Anda pengguna Apple Macbook?
Pasti anda tercari-cari rujukan untuk lebih mengetahui Macbook anda dengan lebih mendalam, bukan? Rujukan yang ada juga tak mencukupi dan kebanyakannya tidak lengkap maklumatnya.
Kini, anda tak perlu khuatir lagi. Kami dari FixBay bukan sahaja membaik pulih peranti anda, kami juga menyediakan tips dan rujukan yang mendalam untuk anda praktikkan demi keselamatan dan kesejahteraan Macbook dan peranti anda yang lain.
Ha, mestilah berbaloi! Jom susuri penulisan sebelum ini yang menyentuh mengenai tujuh faktor Macbook menjadi pilihan pengguna komputer riba.
Pengguna Macbook semestinya sedia maklum keupayaan model-model dari Apple yang berfungsi dengan lancar seiring alat peranti lain dalam dunia teknologi moden ini memberi satu pengalaman yang menerujakan. “The Immersive Experience” dari Macbook ini boleh dilihat melalui ketumpatan piksel dalam paparan retina, kekunci suis gunting, pembesar suara, pad jejak ajaib yang menggunakan magnet untuk mendaftarkan satu klik, serta aplikasi dan sistem pengendalian Apple; macOS yang stabil dan mesra pengguna.
Bukan sahaja padat dengan perkakasan terkemuka industri, malah Macbook juga mempunyai daya tahan yang tinggi. Walaupun model lama digunakan bertahun lamanya, kelajuannya masih di tahap maksima jika dibandingkan dengan komputer riba dari jenama lain. Kelebihan ini berpunca daripada sokongan kemas kini perisian baru walaupun pada Macbook model lama.
Jadi, tidak hairanlah mengapa Macbook terpakai juga menjadi buruan ramai walaupun untuk model lama. Reka bentuk yang elegan serta ketangkasan dalam fungsinya memikat hati pengguna.
“Yang mana satu idaman kalbu...”
Amboi, menyanyi pula! Nak buat pilihan dalam hidup ini sangat susah. Tetapi, kalau dah tahu kelebihan dan kekurangan, tentunya lebih mudah untuk buat pilihan, betulkan?
Dalam kalangan generasi Macbook yang ada di pasaran, model Macbook Pro dan Macbook Air kerap menjadi bualan ramai terutamanya di kalangan pelajar dan juga golongan profesional. Ini kerana kedua-dua model ini sangat serasi digunakan dalam jangka masa lama dan mempunyai kapasiti penyimpanan yang besar berbanding komputer riba jenama lain.
Macbook Air yang lebih nipis dan ringan memudahkan pengguna yang inginkan komputer riba yang canggih tetapi mudah dibawa kemana sahaja, manakala, Macbook Pro pula sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan ‘extra kick’ yang mewah pada peranti.
Nak tahu lebih mendalam mengenai kedua-dua model ini? Untuk memudahkan anda membuat perbandingan dan pilihan, rujuk artikel kami ini.
Kalau anda buat carian di laman web, semestinya semua model disenaraikan untuk anda pilih. Malangnya, ada beberapa model yang telah ditamatkan kemaskini OS yang terbaharu. Anda tahu tak?
Tak tahu? Tak mengapa, anda tak perlu risau sebab kami dah sediakan rujukan untuk anda. Lebih mudah untuk anda pastikan model yang ‘vintage’ serta model yang terkini. Untuk pengetahuan anda, hanya negara Perancis sahaja yang masih menerima model Macbook yang ‘vintage’ dan ‘obsolete’ untuk dibaik pulih alat gantinya sehingga tujuh tahun selepas Apple menghentikan model-model Macbook di pasaran.
Dalam artikel sebelum ini kami mengupas keistimewaan Macbook pada paparan retina yang memberi visual lebih jelas dari komputer riba lain.
Tetapi, tahu tak yang Macbook ini mempunyai pelbagai jenis paparan retina untuk setiap model iaitu Retina, Retina Cecair, dan Super Retina XDR yang mempunyai kelebihan tersendiri. Nak tahu lebih mendalam? Kami sudah sediakan rujukan istimewa untuk semua pengguna Macbook dan untuk bakal pengguna juga.
Mudah untuk anda meneliti perbezaan paparan retina pada setiap model Macbook terkini.
Sama sahaja seperti komputer riba lain, Macbook juga mempunyai titik kelemahan jika kerap terjatuh, masuk air, dan sebagainya. Jadi, untuk elakkan Macbook anda rosak sepenuhnya, susuri artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut punca-punca yang boleh memberi kesan buruk kepada Macbook anda.
Rugilah kalau baru sahaja menggunakan Macbook, dah kerap rosak. Sayangi Macbook anda, ya!
Komputer riba ini bila dah rosak, jika dibaiki, dah tak sama seperti baru. Tetapi, kalau dibiarkan sahaja kerosakan tu, alamatnya, lingkup pula akhirnya. Kerosakan pada Macbook ini sama sahaja seperti yang terjadi pada komputer riba lain, seperti kerosakan pada bateri dan juga skrin.
Nak tahu tanda-tanda kerosakan utama pada Macbook kesayangan anda? Lawati saja artikel kami di FixBay. Ha, kalau tanda-tanda itu dah ada pada Macbook anda, segera bawa baiki pada kami di Fixbay!
Bateri ini ibarat jantung kepada sebuah komputer riba, sama juga kepada Macbook. Bila bateri rosak, pastinya Macbook anda juga terkesan. Kalau anda masih ingat, perenggan sebelum ini kami juga ada menyatakan kerosakan bateri Macbook merupakan kerosakan utama yang sering terjadi. Nampak tak betapa pentingnya penjagaan bateri Macbook ini?
Ha, kalau anda belum kenal pasti jenis-jenis kerosakan bateri Macbook dan punca terjadinya kerosakan tersebut, segera lawati blog kami di FixBay. Kami sudah sediakan penulisan istimewa untuk rujukan semua pengguna Macbook. Dah tahu puncanya, kenalah praktikkan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada jantung Macbook anda, okay?
“Eh, salah ke gunakan keyboard protector?”
Ha, sebenarnya tak salah, cuma caranya sahaja yang salah. Selain menggunakan protector, anda juga boleh bertukar kepada penggunaan berus, atau vacuum cleaner yang dicipta khas untuk membersihkan keyboard Macbook anda. Bukan sahaja untuk Macbook, malah untuk semua jenis komputer riba yang terdapat di pasaran.
“Tetapi, saya lebih selesa menggunakan protector sebab malaslah nak bersihkan keyboard ni”
Boleh, tapi anda kena pastikan penggunaan protector adalah betul. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan protector pada keyboard Macbook anda, jom layari artikel kami!
Perkara paling penting jika anda memiliki Macbook atau apa sahaja jenama komputer riba yang lain, selenggara berkala. Ibarat sebuah rumah, jika tidak diselenggara, bersawanglah jawabnya.
Penyelenggaraan untuk Macbook ini penting untuk mengenalpasti jika terdapat kerosakan kecil atau besar pada komponen dalaman mahupun luaran. Anda nak tahu lebih terperinci tentang penjagaan dan penyelenggaraan untuk Macbook anda? Segera ikuti penulisan artikel kami di laman web FixBay kerana kami sudah menyediakan tips yang mudah untuk menyelenggara Macbook kesayangan anda.
Selenggara sudah, bersihkan keyboard pun sudah, penjagaan tiptop juga diberi setiap hari, tetap juga rosak. Hm, bagaimana ya? Jika perkara ini terjadi kepada anda, pastinya Macbook anda sudah hampir tamat riwayat. Jadi, sebelum perkara buruk tersebut berlaku pada Macbook anda, segeralah bawa kepada pakar untuk dikenalpasti kerosakannya dan langsung dibaik pulih.
Tak tahu perlu dibawa ke mana? Bawa sahaja kepada kami di FixBay kerana pakar-pakar kami sentiasa menanti kehadiran anda. Bukan sahaja Macbook, peranti Apple lain juga kami terima untuk dibaik pulih.
Ayuh segera ke FixBay sekarang!