Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

7 Punca Utama Yang Boleh Merisikokan MacBook Anda!

MacBook atau Mac adalah antara komputer riba yang paling popular dan tahan lama di pasaran. Ia terkenal dengan ketahanan dan kualiti yang tinggi. Baik pelajar mahupun pekerja sanggup melaburkan belanja yang besar untuk mendapatkannya kerana peranti ini mampu meningkatkan produktiviti dan gaya hidup mereka. Ianya memang tidak dinafikan!

Namun semakin anda menggunakan MacBook anda, semakin besar kemungkinan ia rosak. Setiap hari di FixBay, pasukan juruteknik kami akan berjumpa dengan pelbagai jenis kerosakan melibatkan Macbook. Tetapi jika anda belajar daripada kesilapan mereka, anda boleh memastikan MacBook anda selamat.

Dalam artikel ini, kami akan membongkar punca utama kerosakan Macbook berlaku supaya anda boleh mengelaknya di masa hadapan!

1. Kerosakan disebabkan cecair

Salah satu punca kerosakan yang paling biasa yang boleh berlaku pada MacBook anda ialah berpunca daripada cecair. Ramai di antara kita mempunyai tabiat menggunakan komputer riba semasa kita makan atau minum. Kami di FixBay telah menemui ramai pelanggan yang dengan tidak sengaja merosakkan MacBook mereka dengan menumpahkan air ke atasnya.

Siapa yang tidak duduk di hadapan Mac dengan secawan kopi atau teh pada waktu pagi atau dengan minuman ringan atau minuman lain pada waktu lain?

MacBook dan kopi

Setiap kali anda menumpahkan air secara tidak sengaja pada MacBook anda, kami amat mengesyorkan agar anda berhenti menggunakannya serta-merta. Matikannya dan bawakannya kepada kami, di mana-mana pusat membaiki FixBay yang berdekatan anda segera!

MacBook anda akan melalui konsultasi penilaian percuma dan pasukan kami akan menganalisis isu tersebut dan membaiki Macbook anda dalam masa secepat yang boleh bagi mengelakkan kerosakan akibat tumpahan tersebut merebak.

2. Kerosakan disebabkan Terjatuh

MacBook sangat berisiko untuk terjatuh dengan mudah kerana reka bentuk unibody semua logam mereka. Jika MacBook terjatuh, ia berkemungkinan besar membawa kepada komponen yang pecah, ia boleh merosakkan komputer secara kekal. Untuk mengelakkan MacBook anda rosak jika ia terjatuh, anda boleh menggunakan sarung MacBook untuk menutupnya.

Antara risiko kerosakan yang boleh di alami MacBook anda akibat terjatuh ialah:

  • Ia boleh menjadi kemik teruk, menjadikannya sukar untuk dilipat tutup.
  • Skrin boleh retak, yang akan menyebabkan komputer tidak boleh digunakan.
  • Komponen dalaman boleh rosak, menyebabkan kehilangan data atau kegagalan perkakasan.
  • Ia juga boleh berpotensi rosak yang tidak boleh dibaiki. Alamak!

Jika anda menjatuhkan MacBook dengan tidak sengaja, anda harus mulakan dengan menyemaknya kerosakan yang menimpa MacBook anda. Jenis kerosakan akibat terjatuh ini akan bergantung pada jenis permukaan ia terhempas. Jangan buang masa lagi dan segera pergi ke FixBay!

3. Kerosakan Disebabkan Panahan Petir

Kedengaran agak mustahil tetapi ini merupakan punca yang pernah berlaku dan tidak disangka. Risiko kerosakan yang tinggi akan berlaku dengan mudah jika MacBook bersambung ke soket kuasa ketika petir. Panahan petir ini akan memberi lonjakan elektrik dan memusnahkan keupayaan motherboard dengan serta merta.

Bagi mengelakkan Mac anda rosak akibat panahan petir. Anda perlu segera melepaskan soket kuasa atau sebolehnya berhenti menggunakan MacBook anda ketika guruh dan apabila merasakan ribut petir bakal melanda. Anda juga boleh menggunakan pelindung lonjakan antara salur keluar kuasa dan Mac anda.

panahan petir

4. Meninggalkan MacBook Di Dalam Kereta

Meninggalkan MacBook di dalam kereta adalah salah satu tabiat yang gemar dilakukan ramai orang. Ia sangat berbahaya dan merosakkan MacBook anda dengan sangat serius kerana suhu di dalam kereta boleh meningkat sehingga lebih 100 ° derajat celcius dalam masa satu jam jika ia diletakkan di bawah cahaya matahari.

MacBook tidak direka bentuk untuk menahan suhu sebegitu tinggi dan ini boleh menyebabkan kerosakan kekal seperti bateri kembung, kerosakan skrin dan paling teruk ia boleh menyebabkan komponen dalaman menjadi cair.

di dalam kereta

Elakkan meninggalkan MacBook anda di dalam kereta. Tetapi, jika anda perlu meninggalkan MacBook anda di dalam kereta, cuba letakkan kereta anda di tempat yang teduh dan biarkan tingkap terbuka sedikit untuk membolehkan aliran udara masuk ke dalam.

5. Mendedahkan MacBook dengan Kotoran

Kotoran disini sangat umum dan boleh merujuk kepada pelbagai bentuk seperti habuk, pasir, bulu mahupun peluh di tangan anda sendiri. Bagi kotoran daripada habuk dan pasir ini sering berlaku kepada pengguna yang tinggal di kawasan berdebu atau berhampiran pantai.

Tidak hanya itu, FixBay juga sering menerima masalah yang sama daripada pencinta haiwan, kerana bulu haiwan peliharaan mereka terperangkap di papan kekunci dan komponen dalaman MacBook lain. Kotoran yang terkumpul ini bukan sahaja akan merosakkan bateri, tetapi ia juga boleh menyebabkan kipas MacBook tersumbat dan menjadi terlalu panas.

bulu kucing pada MacBook

Jika ia tidak dibaiki dan dibersihkan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan fizikal yang kekal!

6. Menggunakan Punca Kuasa Yang Tidak Stabil

Punca lain yang mungkin kita terlepas pandang, terutamanya ketika sangat terdesak ialah penggunaan punca kuasa yang tidak stabil seperti extension cord. Semua peralatan elektrik, termasuk pengecas MacBook anda, direka bentuk dalam julat voltan tertentu. Kebiasaanya hanya 120 volt tetapi sesetengah mungkin beroperasi pada 240 volt atau lebih.

Rintangan yang meningkat menyebabkan lebih banyak haba terkumpul di kedua-dua hujung extension cord di alur keluar dan di port pengecasan MacBook anda. Haba ini pada asasnya adalah tenaga yang terbuang. Ia akan menyebabkan MacBook anda menjadi panas semasa mengecas dan berkemungkinan memendekkan jangka hayatnya dengan melemahkan komponen seperti bateri dan sesentuh elektrik.

 Punca Kuasa  Macbook Yang Tidak Stabil

Jika anda menggunakan pengecas di luar julat voltan yang ditentukan, selain merosakan MacBook anda, ia juga akan menimbulkan risiko keselamatan kepada anda dan orang lain di sekeliling anda.

7. Menggunakan Pengecas Murah

Apple mungkin meletakkan harga yang mahal pada pengecas MacBook mereka yang mendorong pengguna MacBook beralih ke pilihan pengecas yang lebih murah. Tetapi harga yang ditawarkan itu bersesuaian dengan kualiti dan ciri keselamatan yang sangat tinggi. Ciri tersebut membantu melindungi MacBook daripada masalah seperti lonjakan kuasa.

Terdapat banyak laporan mengenai pengecas pihak ketiga yang mengalami kegagalan yang serius. Potensi kerosakan akibat daripada pengecas pihak ketiga termasuk kebakaran, letupan dan kerosakan pada bateri dan komponen dalaman lain.

Pengecas Murah

Jika anda ingin mengelakkan sebanyak mungkin risiko, gunakanlah pengecas rasmi Apple.

Ambil Langkah Berjaga-jaga yang Betul untuk Melindungi MacBook Anda

MacBook sememangnya pelaburan yang baik tetapi tidaklah kebal seperti yang difikirkan oleh ramai orang, itulah sebabnya ia juga berpotensi rosak dalam pelbagai cara. Siapa sangka perkara sekecil-kecil bulu kucing mampu merosakkannya secara kekal? MacBook masih memerlukan langkah berjaga-jaga yang teliti dan penuh kasih sayang daripada pengguna ia untuk memastikannya berfungsi selama mungkin.

Namun, ada ketikanya kita selalu terlepas pandang untuk melindungi MacBook daripada perkara-perkara diatas. Akibatnya, keupayaan MacBook kesayangan anda menjadi merundum dan mungkin rosak tanpa anda sendiri mengetahui punca ia terjadi.

Kami Mempunyai Perkhidmatan Pembaikan MacBook untuk Semua Jenis Kerosakan!

Jangan risau! Punca-punca di atas merupakan hasil daripada 10 tahun pengalaman juruteknik kami di FixBay membaiki dan menyelamatkan MacBook kesayangan pelanggan kami. Kami mempunyai pakar yang akan menyemak dan mendiagnosis MacBook anda secara percuma untuk mengetahui punca isu tersebut.

Kami membaiki, menggantikan alat ganti dan memberi perkhidmatan kepada semua produk Apple di hampir seluruh Malaysia. Selain daripada membaiki software dalaman dan penggantian alat ganti yang berkualiti, kami juga melakukan pemulihan data. Apa sahaja masalah MacBook yang anda hadapi dan komponen yang anda perlukan, hubungi kami dan kami akan menguruskannya!

Perkhidmatan Pembaikan FixBay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)