Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Tips Penjagaan Telefon Bimbit Yang Perlu Anda Ketahui!

Menaik taraf kepada telefon bimbit terkini dan canggih setiap tahun kedengaran hebat, tetapi ia tidak murah. Ketahui cara penjagan telefon anda supaya tahan lebih lama dan menyeronokkan anda sebagai pengguna!

telefon bimbit dalam kehidupan

Telefon bimbit telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan hari ini kerana ia merupakan pusat kehidupan digital anda. Saban tahun pelbagai penambahbaikkan dan pengubahsuaian yang menjadikannya telefon bimbit sebagai keperluan unggul harian.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pengalaman telefon yang hebat bagi jangka masa panjang, adalah penting untuk memastikan telefon bimbit dalam keadaan fizikal yang baik.

Siapa yang tidak berkeinginan untuk melihat telefon kesayangan dalam keadan baik seperti baharu dan berfungsi dengan baik bagi tempoh masa yang lama?

Telefon merupakan sebuah bentuk pelaburan untuk wang anda. Oleh itu, adalah wajar untuk menjaga telefon bimbit anda dengan betul supaya ia tahan lebih lama.

tips menjaga telefon bimbit anda dengan betul supaya ia tahan lebih lama.

Kebanyakan orang menarik nafas panjang apabila tiba masanya untuk menggantikan telefon mereka, kerana mereka tahu ia akan melibatkan kos yang tinggi. Tetapi jangan risau anda boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memastikan telefon anda dalam keadaan sihat dengan mengikuti 11 tips di bawah!

1. Pastikan telefon anda mempunyai sarung perlindung (Casing Case)

Untuk memastikan telefon anda dilindungi dan dalam keadaan baik, anda mesti mendapatkan casing yang sesuai dengan telefon. Di pasaran, terdapat berpuluh-puluh pilihan untuk setiap model. Ia bukan sahaja membantu melindungi telefon anda tetapi juga menambahkan lagi kecantikan dan kecomelan telefon bimbit anda!

2. Gunakan Skrin Perlindungan (Screen Protector)

Skrin Perlindungan (Screen Protector)

Salah satu perkara paling mudah dan paling penting untuk melindungi telefon anda ialah dengan memakai pelindung skrin yang berkualiti. Penggunaan telefon bimbit yang kerap akan menyebabkan kotoran, daki dan sisa halus terkumpul di permukaan skrin telefon anda. Serpihan-serpihan ini boleh masuk ke dalam skrin dan merosakkan telefon anda.

Selain menawarkan perlindungan maksimum kepada telefon anda daripada sebarang calar atau pecah, ia juga berupaya untuk mengurangkan impak kerosakan jika terjatuh.

3. Jangan dedahkan telefon anda kepada suhu yang sangat melampau

Suhu yang tinggi boleh menyebabkan telefon menjadi terlalu panas, merosakkan pemproses dan komponen dalaman lain. Bateri juga lebih mudah terdedah kepada kerosakan akibat suhu tinggi dan boleh menyebabkan kehilangan kapasiti pengecasannya dari semasa ke semasa. Jadi, jika anda ingin memastikan telefon anda berjalan lancar, sentiasa simpan telefon anda di tempat yang sejuk, kering dan bersih apabila tidak digunakan.

suhu yang melampau pada telefon

4. Pastikan Telefon Sentiasa Bersih

Pastikan Telefon Sentiasa Bersih

Percaya atau tidak habuk merupakan punca prestasi telefon anda terjejas. Gunakan kain yang lembut dengan pembersih skrin yang sesuai untuk mengelap skrin. Buka casing sekali-sekala untuk mengelap telefon. Jangan gunakan air, kain lap bayi atau pembersih lain yang boleh menambahkan kelembapan pada telefon anda secara tidak sengaja.

5. Sentiasa Kemas Kini Aplikasi Telefon Anda

Jika sesetengah ciri pada telefon anda tidak berfungsi, ia tidak bermakna telefon anda rosak. Anda mungkin hanya perlu mengemas kini perisian anda untuk memastikan telefon anda berjalan sepantas mungkin dan bebas masalah. Kemas kini ini tidak mengambil masa yang lama tetapi membawa impak yang sangat besar kepada prestasi telefon anda!

 Aplikasi Telefon Anda

Android dan iPhone kedua-duanya menawarkan kemas kini aplikasi secara automatik. Anda boleh menyemak pada telefon Android dengan membuka Google Play Store, pergi di menu dari sebelah kiri skrin, anda akan lihat pada Tetapan dan pastikan anda memilih Autokemaskini aplikasi dipilih. Jika anda mempunyai iPhone, pergi ke Tetapan > App Store dan pastikan pilihan Kemas Kini Aplikasi berada dalam kedudukan Aktif.

6. Padamkan Aplikasi Dan Fail Lama

Padamkan Aplikasi Dan Fail Lama

Telefon bimbit mempunyai jumlah storan dan memori yang terhad, penting untuk memastikan bilangan aplikasi yang tidak digunakan pada tahap minimum. Memadamkan aplikasi yang tidak digunakan secara berkala daripada telefon anda akan menjimatkan ruang storan dan menghalang aplikasi daripada berjalan dan memakan hayat telefon anda. Perkara yang sama juga perlu perlu dilakukan terhadap kandungan media yang telah lama dalam telefon anda.

7. Kosongkan Cache

Fail cache wujud apabila anda melawati laman web atau menggunakan aplikasi. Fail ini menyimpan maklumat supaya jika anda melawat laman web pada kali kedua atau menggunakan aplikasi, data akan dimuatkan dengan lebih cepat. Lama kelamaan fail cache ini boleh menyebabkan ruang storan mengecil. Oleh itu, memadamkan fail cache ini boleh mengosongkan beberapa ruang dan meningkatkan prestasi telefon!

8. Jangan muat turun sebarang aplikasi daripada sumber yang tidak dipercayai

Kini, pelbagai iklan aplikasi tersebar meluas internet, masalah muat turun aplikasi tanpa kebenaran semakin meningkat dan keselamatan data telefon semakin terancam. Aplikasi di laman web yang tidak dipercayai mungkin mengandungi perisian yang rosak, virus dan kandungan mudarat yang boleh membahayakan peranti anda.

Sebagai pengguna adalah penting untuk memuat turun aplikasi dari gedung aplikasi rasmi seperti Apps Store dan Play store. Jika anda tidak berbuat demikian, kemungkinan besar telefon anda akan dijangkiti oleh virus dan perisian buruk yang boleh merosakkan telefon anda secara kekal.

laman web sumber yang tidak dipercaya

9. Muat turun antivirus untuk telefon anda

Dalam era digital ini, telefon bimbit memegang hampir seluruh kehidupan peribadi kita. Kebanyakkan orang akan menyimpan maklumat peribadi seperti maklumat akaun bank, kenalan dan kata kunci untuk mengekses internet dan lain-lain maklumat penting.

antivirus

Secara keseluruhan, menggunakan perisian keselamatan antivirus pada telefon bimbit ialah cara yang wajar untuk melindungi diri daripada kecurian data, kecurian identiti, e-mel spam dan kandungan jahat yang lain. Selain itu, perisian keselamatan antivirus juga boleh membantu melindungi daripada kecurian jika telefon kita hilang atau dicuri.

10. Tambah Storan Anda

Pilihan ini hanya terdapat pada sesetengah telefon, jika telefon anda membenarkannya, pasang kad SD untuk meningkatkan storan yang tersedia, kemudian aktifkan sebarang aplikasi yang anda boleh daripada storan ini. Anda juga boleh menggunakannya untuk menyimpan fail media. Ini akan memberikan ruang memori dalaman telefon anda lebih luas dan menghasilkan prestasi yang lebih baik.

Storan

11. Sentiasa jaga bateri telefon anda

Bateri merupakan nyawa dan ciri penting dalam alatan elektronik termasuklah telefon. Oleh itu, ikuti garis panduan penjagaan bateri yang lebih sihat dibawah:

  • mengecas telefon anda sebelum ia habis sepenuhnya.
  • memulakan semula (restart) telefon anda dari semasa ke semasa.
  • mematikan perkhidmatan yang anda tidak perlukan (seperti data mudah alih apabila anda menggunakan Wi-Fi).
  • memastikan bateri sejuk (matikan telefon untuk membiarkannya sejuk jika ia terlalu panas).
  • kekalkan peratusan bateri anda antara 40%-80% untuk hayat bateri yang lebih lama.
  • jangan biarkan skrin latar anda terbuka dalam tempoh yang lama

Sentiasa berwaspada dengan sebarang perubahan Pada telefon anda

Penjagaan telefon bimbit anda adalah penting untuk memastikan ia dalam keadaan baik. Sekarang anda hanya perlu mengamalkan tips di atas bagi memastikan telefon anda berjalan dengan baik. Kini anda boleh melindungi telefon anda daripada sebarang kerosakan yang berpotensi dan memastikan ia berjalan lancar dengan lebih lama.

Namun, anda juga perlu sentiasa peka dengan segala bentuk perubahan yang dialami telefon anda seperti bateri mudah habis, speaker kadang-kadang pecah, skrin tiba-tiba hidup dan mati atau lain-lain perubahan aneh yang berlaku sekejap mahupun lama. Anda perlu segera membawa telefon kesayangan anda untuk mendapatkan konsultasi percuma di seluruh cawangan FixBay di Malaysia. Dengan pengalaman lebih10 tahun dalam bidang pembaiki telefon bimbit, segala isu dan permasalahan telefon anda mampu diselesaikan FixBay dengan cepat, mudah, dan harga yang sangat berpatutan!

One comment on “Tips Penjagaan Telefon Bimbit Yang Perlu Anda Ketahui!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)