Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Perkara Yang Perlu Tahu Jika Kamera Telefon Bimbit Tiba-Tiba Blank

Kamera blank

Anda menghadapi masalah mengambil gambar dengan telefon bimbit anda? Apabila anda menekan kamera untuk mengambil gambar adakah anda hanya mendapat skrin hitam?

Ini bukan suatu isu yang luar biasa untuk telefon bimbit tetapi ia sangat menganggu aktiviti harian anda apabila telefon bimbit tidak dapat mengambil gambar atau merakam video sama sekali. Artikel ini akan membawa anda membincangkan beberapa sebab serta tips penyelesaian yang boleh dilakukan anda supaya kamera telefon bimbit mampu berfungsi semula.

Sebab-sebab kamera telefon bimbit menjadi blank

Sebab kamera kabur
  • Isu luaran

Skrin kamera telefon bimbit anda boleh menjadi hitam atas pelbagai sebab. Yang paling jelas ialah ia boleh terjadi kerana disekat secara fizikal oleh sesuatu seperti kotoran yang terkumpul, sarung telefon, lengan baju, bahagian tripod atau tangan anda sendiri.

  • Isu dalaman

Jika kamera masih menunjukkan skrin hitam selepas melakukan tetapan semula kemungkinan besar isu ini berkaitan komponen dalaman bermakna bahagian kamera sebenar tidak berfungsi. Komponen-komponen ini mengalami kerosakan boleh berpunca daripada pelbagai sebab antaranya litar pintas, penggunaan yang berat dan pelbagai lagi.

Kamera telefon bimbit yang menunjukkan skrin hitam mungkin sukar untuk diperbaiki

Isu ini boleh menjadi perkara yang sukar untuk diselesaikan dan kemungkinan berfungsi dengan betul semula agak nipis. Jika isu itu berkaitan dengan perisian, kemungkinan besar anda mungkin boleh membetulkannya. Namun, ia juga boleh menjadi lebih teruk dan mungkin hanya terdapat 50% sahaja peluang untuk benar-benar menyelesaikan masalah kamera anda.

Langkah segera yang boleh dilakukan jika kamera telefon bimbit anda mengalami blank

Kamera blank
  1. Matikan kuasa selama 10saat

Hanya matikan telefon anda selama 10 saat dan kemudian hidupkan semula dan periksa kamera  anda dan ini boleh membetulkan isu kecil berkaitan perisian.

  1. Keluarkan bateri

Menarik keluar bateri telefon ialah satu lagi jenis tetapan semula lembut yang boleh membolehkan telefon mula berfungsi dengan betul semula. Namun tidak semua telefon boleh melakukan langkah ini, hanya pada bateri telefon yang boleh tanggal.

  1. Buang semua aplikasi yang dipasang berhubungan dengan kamera

Anda juga boleh menyahpasang mana-mana aplikasi kamera pihak ketiga yang telah anda muat turun ke telefon. Telefon mungkin telah menerima arahan kemas kini untuk perisiannya dan pembangun aplikasi itu mungkin belum mempunyai peluang untuk mengemas kini aplikasi mereka. Ini menyebabkan kamera gagal berfungsi dengan baik.

  1. Soft reset

Tetapkan semula lembut telefon sekali lagi selepas menyahpasang aplikasi anda, dengan mematikan kuasa telefon, sebaik-baiknya dengan mengeluarkan bateri, mengira hingga 10 saat dan kemudian masukkan semula bateri dan hidupkan semula telefon.

  1. Hard reset

Jika anda telah membersihkan semua aplikasi anda dan telefon anda masih menunjukkan skrin hitam maka perkara yang anda perlu lakukan ialah melakukan sandaran penuh (full backup) pada telefon anda, menyimpan semua maklumat penting anda dan kemudian melakukan tetapan semula penuh pada telefon bimbit anda. Jika ia adalah software bug, gangguan dan virus sepatutnya langkah ini mampu menyelesaikan masalah itu.

  1. Pergi ke kedai servis telefon bimbit berhampiran

Jalan terakhir yang paling mudah dan boleh anda lakukan ialah dengan mengunjungi kedai pusat servis telefon bimbit. Jangan menjadi tikus membaiki labu, jika kita tidak mampu serahkan kepada yang pakar.

Tips penjagaan kamera telefon bimbit

  • Sarung dengan penutup lensa kamera
  • Gunakan pelindung skrin yang bersesuaian untuk kamera hadapan
  • Elakkan daripada air mengenai kamera telefon bimbit kerana kamera sangat sensitif
  • Elakkan daripada jatuh atau bergegar dengan kuat supaya ois (makanism kamera) tidak rosak
  • Bersihkan lensa kamera telefon bimbit dengan kerap
  • Elakkan menggunakan kamera di kawasan yang berbahaya dan tinggi.

Sesetengah orang mencadangkan pita scotch untuk lensa kamera telefon bimbit. Tetapi itu bukan cara yang betul untuk melindungi lensa kamera anda. Cuba elakkan perkara tersebut kerana ia akan merosakkan kejelasan imej dan video anda.

Jika anda telah melakukan segala tips diatas tetapi kamera anda masih sama? Tiba masanya untuk anda layari laman web FixBay untuk berhubung dengan pakar telefon bimbit yang terlatih dan berpengalaman untuk membantu anda dengan sebarang masalah kamera telefon bimbit.

One comment on “Perkara Yang Perlu Tahu Jika Kamera Telefon Bimbit Tiba-Tiba Blank”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)