Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

5 Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Memilih Pusat Pembaikan Telefon

Tidak kira betapa berhati-hati anda menggunakan telefon, anda tidak dapat melawan takdir daripada mengalami kerosakan. Bayangkan setelah anda mengikuti semua tips-tips penjagaan telefon bimbit yang disarankan kami tetapi telefon anda secara tiba-tiba tidak berfungsi, sama ada skrin telefon anda rosak kerana terjatuh dari poket secara tidak sengaja atau terendam di dalam air ketika anda berseronok bermandi manda. Jangan panik!

Jika ia berlaku, anda mungkin memerlukan perkhidmatan membaiki segera untuk menyelamatkan telefon kesayangan anda itu!

memilih pusat membaiki telefon

Namun persoalannya, pusat membaiki manakah yang perlu anda pergi?

Sejujurnya, mencari pusat membaiki telefon bimbit bukanlah masalah besar tetapi mencari tempat yang boleh menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, berpatutan dan dipercayai adalah satu cabaran. Oleh itu, jika anda mahu hanya juruteknik terbaik untuk membaiki telefon anda, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor berikut:

Dalam apa industri sekalipun pengalaman sangat penting! Anda perlu menyelidik latar belakang pusat membaiki telefon yang anda ingin pergi terlebih dahulu. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan? Apakah jenis dan model telefon yang mampu dibaiki? dan berapa lamakah pusat membaiki tersebut sudah berada di pasaran?

Bayangkan anda pergi ke pusat membaiki telefon yang baru seminggu beroperasi. Adakah anda yakin untuk memperjudikan nasib telefon bimbit kesayangan anda? Anda perlu mengetahui sama ada pusat tersebut pernah membaiki kerosakan yang sama atau tidak sebelum memutuskan untuk menghantar telefon bimbit anda.

sedang membaiki telefon bimbit FixBay

Pengalaman mereka dalam industri ini sangat penting kerana pusat membaiki yang baik semestinya datang dari hasil kerja juruteknik profesional yang berpengalaman. Contohnya ialah Fixbay yang sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri membaiki telefon bimbit di Malaysia.

reputasi

Mungkin terdapat pelbagai pusat membaiki telefon bimbit di kawasan anda, tetapi anda mungkin keliru untuk memilih pusat membaiki yang paling sesuai dan dipercayai untuk anda. Itulah sebabnya anda perlu melihat maklumat tentang syarikat dengan membaca ulasan dan maklum balas di laman web mereka.

Google review antara sumber yang boleh dipercayai yang boleh anda gunakan untuk mengetahui perkara yang pelanggan kongsikan tentang perkhidmatan pembaikan telefon dalam komuniti anda. Jika anda mendapati lebih banyak ulasan negatif daripada positif, ia adalah red flag! Sudah tentu, dalam ulasan, anda mungkin menemui satu atau dua ulasan negatif kerana sesetengah pelanggan mungkin benar-benar tidak berpuas hati dengan perkhidmatan.

Rujukan yang anda dapat juga boleh membantu anda mendapatkan gambaran perkhidmatan yang diperlukan anda. Ini ialah pendekatan praktikal yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan pembaikan telefon yang terbaik!

ulasan google rating

Di FixBay, kami mempunyai penarafan 4.9 hingga 5.0  bintang daripada Google dengan ratusan ulasan positif daripada pelanggan di kesemua cawangan kami.

perkhidmatan bonus

Dalam memilih pusat pembaikan, anda perlu mempertimbangkan pusat yang mempunyai perkhidmatan tambah nilai yang pasti akan menguntungkan anda. Ia akan memastikan anda mendapat pengalaman terbaik dengan telefon bimbit anda walaupun selepas pembaikan. 

Di FixBay, kami menawarkan perkhidmatan tambahan seperti:

  • Diagnostik percuma!
  • After Sales Services iaitu jaminan waranti terpakai di semua cawangan FixBay seluruh Malaysia.
  • Blog bermaklumat yang menawarkan maklumat percuma mengenai peranti telefon dan komputer riba anda.
perkhidmatan bonus

FixBay merupakan antara pusat perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan bonus yang sangat menguntungkan pelanggan mereka. Walaupun setelah telefon anda menerima pembaikan, pelanggan masih boleh mendapatkan konsultasi dan tips-tips percuma daripada juruteknik kami untuk memastikan jangka hayat telefon lebih tahan lama menyamai seperti baru diterima beli dan bukannya baru dibaiki.

tahap kemahiran

Saban tahun pelbagai ciri baharu dalam telefon bimbit telah diperkenalkan menjadikannya penting untuk mempunyai kumpulan juruteknik profesional yang sentiasa up to date dan bersedia dengan permasalahan yang baharu. Oleh itu, anda harus merujuk hanya juruteknik yang mempunyai kelayakan yang betul walaupun untuk isu kecil.

Tidak semua pusat membaiki telefon bimbit mempunyai juruteknik yang bertauliah dan berpengalaman kerana sijil dan latihan yang perlu diterima mereka sangat mahal. Jadi, penting untuk merujuk pusat pembaikan telefon yang sudah mempunyai nama dan telah lama bertapak di industri kerana mereka mempunyai kriteria yang tinggi dan kelayakan tertentu bagi pemilihan juruteknik mereka.

tahap kemahiran membaiki telefon

Kemahiran ini perlu disertai pengalaman untuk membolehkan mereka bertindak cekap dalam tugas yang diamanahkan kerana hanya juruteknik yang terlatih dan profesional sahaja mampu menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan seperti yang ditawarkan di FixBay.

lokasi

Anda harus sentiasa mempertimbangkan pusat pembaikan yang terletak berhampiran anda atau yang mudah diakses untuk mengelakkan sebarang kesulitan terutamanya dari segi pengangkutan dan keselamatan telefon anda.

Terutamanya jika anda tergesa-gesa untuk membetulkan telefon bimbit anda, anda perlu untuk mengutamakan pusat pembaikan berdekatan. Terdapat juga kemungkinan untuk anda kembali ke kedai dengan kerap jika terdapat isu tambahan yang mungkin anda hadapi dengan telefon anda.

Lokasi FixBay

Di sini, Fixbay merupakan antara pusat perkhidmatan yang paling sesuai kerana ia mempunyai cawangan hampir diseluruh Malaysia. Anda boleh hubungi FixBay berdekatan anda untuk mendapatkan konsultasi percuma sebelum membuat keputusan perkhidmatan pembaikan mana yang perlu diterima telefon bimbit anda!

One comment on “5 Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Memilih Pusat Pembaikan Telefon”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)