Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

Elakkan 5 Perkara Ini Untuk Mengelakkan Speaker Telefon Anda Pecah

Tiada bunyi pun dah resah, inikan pula kalau pecah. Bayangkan anda menonton movie genre anime, A Silent Voice, dan suara Nishimiya seperti Megatron hanya disebabkan oleh speaker telefon anda yang pecah. Tak ke seram begitu? Dah seperti menonton filem Ju-On pula.

Speaker pecah ini boleh terjadi akibat buzzer audio anda rosak atau pun terdapat kerosakan komponen yang lain pada speaker telefon anda. Kalau nak tahu, lima perkara di bawah inilah punca speaker telefon anda pecah sehingga bingit telinga. Ha, apa ditunggu lagi. Jom, layan artikel ini sampai titik yang terakhir.

Kerap Menggunakan Volume Yang Tinggi

Kalau nak tahu, situasi ini sering kali terjadi pada pasangan ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil. Tak kurang juga dengan anak remaja dan orang dewasa seperti kita. Asyik sekali menonton movie di rumah seperti menonton movie di panggung wayang sahaja gayanya. Volume telefon itu kalau boleh semaksima yang mungkin dipasang.

Manakala, anak-anak pula sangat terbiasa dengan memasang volume yang tinggi semasa menonton kartun di YouTube atau bermain game. Kadang-kadang itu, volume dipasang sangat tinggi sehingga panggilan tidak disahut walaupun dipanggil berkali-kali. Ha, kena bebellah jawabnya.

Bila buka volume terlalu tinggi, gegendang speaker akan bergetar sangat kuat dan menyebabkan lapisan gegendang speaker yang paling nipis rosak. Sebab itulah, bunyi yang akan terhasil pecah dan tidak jelas. Sudahlah movie seram yang ditonton, lagi seram jadinya dek kerana sound yang pecah itu.

Penyelesaiannya mudah sahaja. Pastikan anda gunakan volume yang rendah semasa menonton movie, video, bermain game atau mendengar muzik. Cukuplah sekadar jelas di halwa telinga anda. Mudah sahaja, kan?

Telefon Kotor Dengan Habuk

Kami faham anda tiada masa untuk membersihkan telefon pintar anda. Tetapi, janganlah sampai setiap lubang di telefon tersumbat dengan gumpalan habuk. Bukan sahaja memberi kesan kepada speaker, malahan kepada charging port juga. Jangan sampai gumpalan tersebut menjadi kerak sehingga menutupi semua lubang yang ada.

Sambil-sambil tunggu adik atau mak bersiap keluar ke, cuba ingat kembali, dah berapa lama casing anda tidak dicuci? Lubang-lubang pada telefon, dah berapa lama tak dikorek buang habuk-habuknya? Caranya sangat mudah. Mari sini kami tunjukkan.

  1. Sediakan lampu suluh, jarum atau tweezer, dan berus gigi yang bersih. (Jangan gunakan berus make up kakak, mak atau adik anda pula. Tahu kenapa? Pertama, bulunya sangat lembut. Kedua, takut berbulu saja mereka tengok anda guna berus make up mereka. Ha, jangan kata kami tak bagi amaran pula)
  2. Anda nyalakan lampu suluh tadi pada lubang-lubang yang ada pada telefon anda bermula dengan charging port. Tengoklah, ada habuk ke tak? Kalau ada, korek perlahan-lahan menggunakan jarum atau tweezer kerana di dalam lubang charging port mempunyai pin connector.
  3. Seterusnya, ini part untuk hypekan semula speaker anda. Beruskan lubang speaker dan mikrofon anda sehingga hilang semua habuk. Kalau anda hendak tahu, mikrofon berada di kiri manakala sebelah kanan pula, lubang speaker anda yang pecah itu.
  4. Dah selesai, test speaker anda semula. Ha, barulah puas hati, kan?

Meletakkan Halangan Pada Speaker Telefon

Anda mesti pernah meletakkan telefon anda yang sedang dipasangkan muzik di bawah bantal? Tak pun, kalau telefon anda mempunyai speaker di bahagian belakang, anda selalu meletakkan speaker telefon anda menghadap ke lantai. Konon-konon nak bagi kuatlah. Tetapi, anda tahu tak perbuatan anda itulah yang menyebabkan speaker anda pecah.

Bila muzik yang bergema ‘tersekat’, muzik tersebut secara teorinya akan memantul semula ke speaker sehingga menyebabkan audio pada speaker anda pecah. Dah elok dengar Iman Troye menyanyi, tiba-tiba pula seperti Megatron yang menyanyi. Aduh, potong mood betul!

Dah tahu puncanya, lebih baik anda betulkan semula posisi speaker ke hadapan. Tidak mengapalah sekiranya muzik yang didengar tidak terlalu kuat. Memadai masih lagi boleh didengar berbanding mendengar Megatron mendendangkan lagu Di Pintu Syurga. Bantal, selimut letakkan sahaja di tepi, tak perlu selimutkan speaker telefon anda. Ingat, sayangkan telefon, sayangkan juga speakernya.

Kerap Menggunakan Headset

Majoriti yang melakukan tabiat ini, semestinya para pelajar. Sambil siapkan assignment, bergema lagu Naim Daniel di telinga. Niatnya tidak mahu mengganggu orang lain, tanpa mengetahui bahawa perbuatan itu memberi kesan kepada speaker telefon sehingga bunyi yang dikeluarkan melalui speaker menjadi semakin perlahan.

Bila lagu diputarkan, balance, sound refine, sound fade dan sebagainya tidak di setting secara automatik pada speaker telefon anda dan menghasilkan ketidakseimbangan antara speaker dan headset. Dan akhirnya, audio speaker anda akan mulai pecah.

Tidak salah untuk menggunakan headset dan sebagainya, tetapi pastikan anda menggunakan headset yang sesuai dan jarakkan waktu menggunakannya.

Speaker Masuk Air

Pasti telefon anda pernah dimasuki air, kan? Sama ada secara tidak sengaja (ditimpa hujan) mahu pun sengaja (berenang dengan membawa telefon). Telefon yang dimasuki air juga memberi kesan kepada speaker sehingga menghasilkan bunyi yang pecah.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan merendam telefon anda di dalam beras. Kalau boleh, leraikan dahulu casing, bateri dan telefon anda. Tetapi, memandangkan telefon generasi kini menggunakan bateri built-in, cukup hanya dengan meleraikan telefon dengan casing sahaja. Beras berfungsi menyerap air. Biarkan selama 2-3 hari sehingga telefon anda benar-benar kering.

Korek sedikit di bahagian lubang-lubang sekiranya terdapat habuk-habuk beras yang tersekat. Kemudian, dah boleh test speaker anda!

Lima perkara ini sudah pasti biasa terjadi atau bakal terjadi. Maka, anda perlu sentiasa berhati-hati dalam mengendali telefon pintar anda. Bila speaker dah rosak sepenuhnya, tiada lagi cara yang boleh diaplikasikan, melainkan menghantar servis. Kalau speaker anda didapati pecah dan tiada jalan lain, bawa telefon anda ke FixBay yang berdekatan sekarang. Nak tips berkaitan telefon lagi? Ikuti FixBay di media sosial!

One comment on “Elakkan 5 Perkara Ini Untuk Mengelakkan Speaker Telefon Anda Pecah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2023 · FixBay Sdn Bhd (1205988-M)