Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

Evolusi iPad: Sejarah Generasi iPad di Pasaran

Kemajuan teknologi masa kini memaparkan kehebatan jenama-jenama alat peranti yang bersaing untuk mencipta nama, termasuklah syarikat Apple Inc. Syarikat ini bukan sahaja mengeluarkan model-model iPhone, malah turut mengeluarkan model-model komputer riba yang dikenali sebagai Macs dan juga tablet canggih, iPad.

Untuk artikel kali ini, kami akan memberikan anda info asas iPad dari setiap generasi.

Apple tidak cenderung melakukan perubahan pada reka bentuk iPad tetapi lebih mementingkan bahagian dalaman tablet tersebut. Boleh dikatakan, setiap generasi iPad yang dilancarkan setiap tahun mempunyai peningkatan fungsi dalaman seperti penggunaan cip yang lebih berkuasa tinggi dan spesifikasi yang lebih hebat.

Generasi iPad

Apple mengeluarkan empat jenis model iPad, iaitu:

  • iPad
  • iPad Mini
  • iPad Pro
  • iPad Air

Setiap jenis iPad ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tak tahu? Tidak mengapa.

Jika anda di antara pengguna yang masih ragu-ragu dalam pemilihan iPad, skrol artikel ini sehingga titik terakhir untuk membuat perbandingan sebelum pembelian!

1. iPad (2010, Generasi Pertama)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 9.7 inci, ketebalan sekitar 13mm, dan berat sekitar 680g
  • Pemproses: Cip A4 1GHz
  • Kapasiti Penyimpanan: 16, 32, 64 GB
  • Kadar Hayat Bateri: 10 jam

KELEBIHAN

  • Terdapat stesen penyambungan papan kekunci.
  • Dok standard untuk menjadikannya bingkai foto terhebat.

2. iPad 2 (2011, Generasi Kedua)

Model ini mempunyai perbezaan ketara pada kamera berbanding dengan keluaran model pertama dan dilengkapi dual-facing camera untuk memudahkan kegunaan aplikasi FaceTime dan panggilan video.

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 9.7 inci, ketebalan sekitar 8.8mm, dan berat sekitar 600g
  • Pemproses: Cip A5 dwi-teras (penambahan 1 GHz dual-core ARM Cortex-A9)
  • Kapasiti Penyimpanan: 16. 32, 64 GB

KELEBIHAN

  • Apple turbocharged CPU.
  • Penggandaan jumlah memori akses rawak (RAM) dari 256MB menjadi 512MB.
  • Kehadiran gyroscope, Digital AV Adapter yang membolehkan iPad disambungkan kepada peranti HDMI, keserasian AirPlay yang membolehkan iPad menyambung ke TV secara wireless melalui Apple TV, dan Cover Pintar.

3. iPad 3 (2012, Generasi Ketiga)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 9.7 inci
  • Pemproses: Cip A5X
  • Kapasiti Penyimpanan: 16, 32, 64 GB

KELEBIHAN

  • Pemproses grafik ditingkatkan menjadi quad-core.
  • Resolusi kamera bertambah baik.
  • Mempunyai paparan skrin yang lebih baik dari model sebelumnya dan mempunyai peningkatan yang baik dalam penyambungan kelajuan dengan rangkaian 4G.
  • Menaik taraf kamera belakang ke kamera 5 megapiksel "iSight".
  • Penambahan pencahayaan belakang, lensa 5-elemen, dan penapis IR hibrid.

4. iPad 4 (Hujung Tahun 2012, Generasi Keempat)

Model ini dilancarkan selepas 6 bulan pelancaran iPad 3 dan mempunyai spesifikasi yang sama iaitu paparan retina 9.7 inci dengan resolusi 2048 x 1536.

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 9.7 inci
  • Pemproses: Cip A6X (2 kali lebih pantas dari iPad 3)
  • Kapasiti Penyimpanan: 16, 32, 64, 128 GB

KELEBIHAN

  • Menghapuskan penyambung dok 30-pin dengan menggantikannya dengan Lightning.
  • Menyokong Wi-Fi dwi-band.
  • Dual-facing camera dipertingkatkan dari VGA hingga 1.2-megapixel.

5. iPad Mini (2012, Generasi Pertama)

Model ini dilancarkan sejurus pelancaran iPad 4 pada tahun 2012 dan didatangkan dalam saiz yang lebih kecil dari iPad Klasik. Apple menggunakan resolusi iPad 2 , 7.9 inci - 1024 x 768 piksel pada model mini ini.

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 7.9 inci
  • Pemproses: Cip A5 (tidak sekuat iPad 4)
  • Kapasiti Penyimpanan: 16, 32, 64 GB

KELEBIHAN

  • Bezel di sekitar paparan dikurangkan.
  • Pemrograman iOS untuk mengabaikan penekanan jari secara tidak sengaja di tepi skrin.
  • Bentuk melengkung di hujung paparan.

6. iPad Air (2013, Generasi Pertama)

iPad Air boleh dispesifikasikan sebagai gabungan dua jenis model, iaitu iPad Klasik (harga yang mampu milik) dan juga iPad Pro (spesifikasi yang lebih maju). Model ini merupakan generasi kelima diantara semua jenis iPad dan didatangkan dengan rekaan yang baru, cenderung kepada bahagian-bahagian melengkung pada iPad Mini.

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 9.7 inci, 7.5mm dan berat 469g
  • Pemproses: Cip A7 (64-bit yang membolehkan autofokus yang lebih pantas)
  • Kapasiti Penyimpanan: 16, 32, 64, 128 GB

KELEBIHAN

  • Tangkapan foto yang lebih pantas.
  • Pengurangan bezel sebanyak 43% yang menjadikan kawasan tontonan lebih besar.
  • Kamera yang sama dengan iPad 4.

7. iPad Mini 2 (2013, Generasi Kedua)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 7.9 inci, 200 x 134.7 x 7.5mm dan berat 331g (Lebih berat dan tebal dari iPad Mini asli)
  • Pemproses: Cip A7 (Cip yang sama digunakan pada iPad Air dan iPhone 5S)
  • Kapasiti Penyimpanan: 16, 32, 64, 128 GB

KELEBIHAN

  • Mempunyai paparan retina.
  • Reka bentuk masih kekal, hanya layar beralih dari resolusi 1024 x 768 piksel ke resolusi 2048 x 1536 piksel.

8. iPad Air 2 (2014, Generasi Kedua)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 9.7 inci, 6.1mm dan berat 437g (tablet paling nipis pada masa itu)
  • Pemproses: Cip A8X
  • Kapasiti Penyimpanan: 16, 32, 64, 128 GB

KELEBIHAN

  • Mempunya lapisan anti-reflektif yang tidak ada pada generasi pertama iPad Air.
  • Pengenalan Touch ID.

9. iPad Mini 3 (2014, Generasi Ketiga)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 7.9 inci, 200 x 134.7 x 7.5mm dan berat 331g
  • Pemproses: Cip A7 (M7 motion coprocessor)
  • Kapasiti Penyimpanan: 16, 64, 128 GB

KELEBIHAN

  • Penambahan Touch ID.
  • Kamera HD 1080p, kamera HD untuk FaceTime dan kamera iSight 5-megapixel.

10. iPad Mini 4 (2015, Generasi Keempat)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 7.9 inci
  • Pemproses: Dual-core cip A8 (Pemproses gerakan M8)
  • Kapasiti Penyimpanan: 16, 32, 64, 128 GB

KELEBIHAN

  • Mempunyai paparan berlamina sepenuhnya, serta lapisan anti-reflektif seperti Air 2.
  • Resolusi kamera belakang.

11. iPad Pro 12.9 (2015, Generasi Pertama I)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 12.9 inci dengan resolusi 2732 x 2043 piksel.
  • Pemproses: Cip A9X 64-bit (1.8x lebih pantas daripada iPad Air 2)
  • Kapasiti Penyimpanan: 32, 128, 256 GB

KELEBIHAN

  • Mempunyai audio empat pembesar suara berbanding dengan dwi pada iPad Air 2.
  • Smart connector untuk penyambungan papan kekunci.
  • Apple Pencil diperkenalkan (boleh langsung dicas pada Lighting iPad Pro).

12. iPad Pro 9.7 (2016, Generasi Pertama II)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 9.7 inci dengan resolusi sama seperti Air 2.
  • Pemproses: Cip A9X 64-bit (1.8x lebih pantas daripada iPad Air 2)
  • Kapasiti Penyimpanan: 32, 128, 256 GB

KELEBIHAN

  • Spesifikasi kamera dipertingkatkan.

13. iPad 5 (2017, Generasi Kelima)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 9.7 inci dengan resolusi sama seperti Air 2.
  • Pemproses: Cip A9
  • Kapasiti Penyimpanan: 32, 128 GB

KELEBIHAN

  • Tangkapan gambar pada cahaya rendah dan kualiti HD.

14. iPad Pro 10.5 & 12.9 (2017, Generasi Kedua)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 10.5 inci dan 12.9 inci
  • Pemproses: Cip A10X
  • Kapasiti Penyimpanan: 64, 256, 512 GB

KELEBIHAN

  • PaparanPro 12.9 20% lebih besar dan pengurangan bezel 40% berbanding Pro 9.7
  • Spesifikasi kamera dan penawaran perisian 12.9 sama dengan 10.5

15. iPad 6 (2018, Generasi Keenam)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 9.7 inci
  • Pemproses: Cip A10
  • Kapasiti Penyimpanan: 32, 128 GB

KELEBIHAN

  • Kepantasan dalam FaceTime HD, penyambungan LTE dan Touch ID.
  • Lebih murah kerana dicipta khas untuk pelajar.

16. iPad Pro 11 & 12.9 (2018, Generasi Ketiga)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 11 inic dan 12.9 inci
  • Pemproses: A12X (mempunyai 11 billion transistor)
  • Kapasiti Penyimpanan: 64, 256, 512 GB, 1 TB

KELEBIHAN

  • Pengenalan Face ID menggantikan Touch ID.
  • USB Type-C menggantikan lightning.
  • Apple Pencil melekat ditepi Pro 12.9 dan pengecas wireless.

17. iPad Air 3 (2019, Generasi Ketiga)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 10.5 inci
  • Pemproses: A12
  • Kapasiti Penyimpanan: 64, 256 GB

KELEBIHAN

  • Kamera video 1080p HD.
  • Menggunakan lightning dan Touch ID.

18. iPad Mini 5 (2019, Generasi Kelima)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 7.9 inci
  • Pemproses: A12
  • Kapasiti Penyimpanan: 64, 256 GB

KELEBIHAN

  • Butang Touch ID Home.
  • Pembaharuan paparan, kamera dan sokongan untuk Apple Pencil.

19. iPad 7 (2019, Generasi Ke-7)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 10.2 inci
  • Pemproses: A10 64-bit
  • Kapasiti Penyimpanan: 32, 128 GB

KELEBIHAN

  • Penambahan penyokongan pada Smart Keyboard.

20. iPad Pro 11 & 12.9 (2020, Generasi Keempat)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 10.2 inci
  • Pemproses: A12Z
  • Kapasiti Penyimpanan: 128, 256, 512 GB, 1 TB

KELEBIHAN

  • Penyambungan WiFi lebih 60% pantas berbanding model sebelum ini.
  • Penambahan sensor LIDAR.

21. iPad 8 (2020, Generasi Ke-8)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 10.2 inci
  • Pemproses: A12
  • Kapasiti Penyimpanan: 32, 128 GB

KELEBIHAN

  • Paparan retina beresolusi 1668 x 2388 piksel.
  • Berkebolehan untuk memproses 5 trilion operasi setiap saat.

22. iPad Air 4 (2020, Generasi Keempat)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 10.9 inci
  • Pemproses: Cip A14
  • Kapasiti Penyimpanan: 64, 256 GB

KELEBIHAN

  • Kamera hadapan FaceTime 7-megapixel, kamera web 12-megapixel dan kestabilan video.
  • Penukaran ke Touch ID.
  • USB Type-C.

23. iPad Pro 11 & 12.9 (2021, Generasi Kelima)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 11 inci dan 12.9 inci
  • Pemproses: Cip M1
  • Kapasiti Penyimpanan: 128, 256, 512 GB, 1, 2 TB

KELEBIHAN

  • Paparan Liquid Retina XDR dengan kecerahan puncak 1600nits.
  • Kamera wide-angel pro 12-megapixel.
  • Penambahan sambungan 5G.

24. iPad 9 (2021, Generasi Ke-9)

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 10.2 inci
  • Pemproses: Cip A13 (kepantasan 20% CPU dan GPU)
  • Kapasiti Penyimpanan: 64, 256 GB

KELEBIHAN

25. iPad Air 5 (2022, Generasi Kelima)

Model terbaru ini menjadi bualan ramai berikutan penggunaan cip M1 sebagai pemproses. Penggunaan pemproses M1 ini meningkatkan kelajuan CPU dan GPU. Bukan sahaja peningkatan pada bahagian kamera, malah, padanya audionya yang dilengkapi wide stereo sound. Tak perlu lagi ke panggung wayang, paparkan sahaja filem pada model ini dan tonton bersama yang tersayang!

SPESIFIKASI

  • Saiz Paparan: 10.9 inci
  • Pemproses: Cip M1
  • Kapasiti Penyimpanan: 64, 256 GB

KELEBIHAN

  • Kamera hadapan 12-megapixel menyokong teknologi "Center Stage Mode" dengan ultrawide sensor.
  • Pengenalan kamera AR (realiti berperantara).
  • Kelajuan sambungan 5G dan WiFi 6.
  • Mengimbas dokumen menggunakan kamera belakang.
  • USB Type-C dengan 2x kelajuan lebih pantas dari model sebelumnya.

Banding dan Beli!

Ha, menarik dan cukup lengkap bukan info yang kami sediakan untuk anda?

Oh, ya! Sebelum kami terlupa, untuk pengetahuan anda, generasi ipad ke-10 bakal dilancarkan pada bulan Oktober tahun ini bersama dengan generasi ipad Mini ke-6. Walau bagaimanapun, tarikhnya masih dalam perancangan. Menurut Apple, model baru ini agak nipis berbanding sebelumnya dan yang paling menarik, model ini menggunakan pemproses A14 yang ada pada iPhone 12 dan iPad Air 4!

Wah, menarik bukan? Jom, kita sama-sama nantikan kemunculan model baru ini!

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dengan iPad anda, jemput untuk pilih mana-mana pusat perkhidmatan FixBay untuk bantuan selanjutnya.

4 comments on “Evolusi iPad: Sejarah Generasi iPad di Pasaran”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · FixBay Sdn Bhd (1463044-X)