Risiko Yang Mungkin Anda Hadapi Apabila Mencuba Membaiki Telefon Secara DIY

Dalam dunia internet hari ini, kita mungkin menemui pelbagai video DIY (Do it Yourself) untuk hampir segala-galanya dan selepas menonton video tersebut, kita mungkin berfikir bahawa kita boleh mengikuti semula dengan mudah dan berupaya menyelesaikan sebarang masalah.

Google Diy

Jika telefon bimbit anda mengalami kerosakan, anda mungkin terlintas untuk mencuba membaikinya sendiri. Perkara utama yang pasti anda akan lakukan ialah dengan memulakan Googling untuk mendapatkan cara membaiki telefon anda.

Lambakan video 'Bagaimana untukā€¦' di internet telah memulakan trend orang ramai untuk mencuba membaiki telefon mereka sendiri. Video tersebut menjadikannya kelihatan begitu mudah. Tambahan pula konsep DIY untuk menjimatkan wang dan masa mempengaruhi orang ramai untuk menyelesaikan masalah itu sendiri. Percubaan ini akan meletakkan anda pada risiko bahkan memburukkan lagi kerosakan pada telefon dan bukannya memperbaikinya.

Diy Membaiki Telefon

Tidak dinafikan usaha dan keupayaan seseorang membetulkan barang mereka sendiri harus dipuji, namun melihat begitu banyak kerosakan apabila seseorang cuba membaiki telefon mereka tanpa mempunyai alatan atau latihan yang sesuai mendorong FixBay menghasilkan artikel ini untuk kesedaran semua. Pembaikan yang mudah dan murah yang diperlukan telefon anda mungkin berisiko menjadi lebih mahal akibat kecuaian membaiki secara DIY.

Bak kata pepatah seperti tikus membaiki labu......

Membaiki Telefon Bimbit

Mudah ke membaiki telefon sendiri?

Sama seperti golongan profesional lain, rata-rata juruteknik telefon melabur beberapa bulan bahkan bertahun untuk mempelajari asas pembaikan telefon bimbit. Mereka mengambil masa beberapa tahun untuk berlatih, mencuba dan melakukan pelbagai bentuk pengorbanan untuk menjadi pakar dalam bidangnya, seseorang yang anda panggil sebagai juruteknik telefon profesional!

Perkara yang sama berlaku kepada tutor DIY dalam talian yang ditonton anda. Kebanyakkan mereka bukan seperti anda, tetapi profesional yang mempunyai kepakaran dan alatan yang sesuai untuk menyempurnakan tugas mereka dan disamping menghasilkan video yang menarik untuk anda.

Tutor Diy

Jadi, patutkah anda membandingkan diri anda dengan mereka dan membuat percubaan pembaikan telefon DIY dengan satu-satunya telefon bimbit kesayangan anda? Adakah anda sudah memenuhi kreteria dibawah? Ianya bukan semudah yang disangka!

1. Tahap Kepakaran

Hanya kerana anda telah menggunakan telefon anda selama bertahun-tahun tidak bermakna anda pakar dalam membaikinya, terutamanya untuk isu tertentu yang berlaku dalam motherboard atau komponen dalaman lain. Menggunakan telefon bimbit adalah perkara yang berbeza dan membaikinya adalah perkara yang berbeza.

Bukan mudah untuk membuka telefon dengan pemutar skru. Terdapat banyak jalur yang disambungkan ke skrin dan papan utama yang memerlukan pengetahuan pakar untuk memisahkannya dengan selamat tanpa merisikokan komponen lain.

Komponen-Kecil-Dalam-Telefon

2. Bekalan Alat Ganti

Dalam kebanyakan kes, kerosakan telefon anda memerlukan alat ganti. Persoalannya, adakah anda mempunyai pembekal yang sesuai untuk mendapatkan alat ganti telefon anda dan jika nasib anda tidak baik anda perlu menunggu berminggu-minggu atau bahkan berbulan-bulan untuk mendapatkannya dan ada kemungkinan juga komponen yang dibeli anda merupakan alatan terpakai.

Bekalan Alat Ganti

Tambahan pula, semua alat ganti elektronik bersifat sangat sensitif dan mungkin rosak semasa proses penggantian oleh yang bukan profesional dan hanya pakar yang mempunyai pengalaman boleh mengendalikannya tanpa sebarang kerosakan.

Jadi, walaupun anda yakin tentang kehebatan pembaikan telefon DIY anda, kesilapan paling tinggi ialah menggunakan alat ganti palsu untuk membaiki telefon anda. Lebih-lebih lagi, kedua-dua alat ganti palsu dan tulen kelihatan sama di mata pengguna umum seperti anda. Hanya pakar sahaja boleh membezakan ia!

3. Keperluan alat membaiki

Sekalipun anda dapat mendiagnosis masalah dan juga mendapatkan alat ganti yang sesuai untuk membaikinya, adakah anda mempunyai alat yang sesuai untuk melaksanakan pembaiki ini?

Kebanyakkan aktiviti pembaikan telefon memerlukan alat atau peralatan khusus selain daripada pemutar skru, seperti spudgers, tweezers, jimmy dan pelbagai peranti perlindungan anti-statik. Sudah tentu anda boleh membeli semua ini, tetapi ia mungkin lebih mahal daripada hanya membawa telefon kepada pusat untuk pembaikan.

Keperluan Alat Membaiki

Walaupun mungkin menarik untuk membaiki telefon sendiri dan anda menyangka projek DIY boleh menjimatkan masa dan wang, namun ini tidak selalu berlaku! Pertimbangkan risiko dibawah terlebih dahulu sebelum bertindak sedemikian!

Risiko kehilangan bahagian dan kerosakan lain

Ralat Piksel

Apabila anda telah membuka telefon anda untuk dibaiki, risiko kehilangan skru atau bahagian dalaman adalah sangat tinggi sehingga boleh menjejaskan kefungsian telefon anda. Mencari alat ganti juga adalah sangat mencabar. Dalam kebanyakan kes, telefon akan menghadapi ralat piksel atau rosak selepas melakukan pembaikan DIY.

DIY boleh menyebabkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan

Telefon bimbit merupakan peranti yang sangat kompleks. Ia mengandungi banyak bahagian kecil dan sensitif. Sebagai contoh, anda mungkin melihat skrin sebagai bahagian paling atas telefon dan mudah untuk diganti. Tetapi itu bukan realitinya.

Mencabut Beberapa Komponen

Menggantikan skrin telefon memerlukan anda masuk ke dalam telefon terlebih dahulu dan mencabut beberapa komponen sebelum anda boleh menanggalkan skrin tersebut.

Jadi, adakah masih berbaloi mencuba pembaikan telefon DIY di rumah? Adakah anda lebih suka mengusik dan merosakkan telefon anda atau meminta juruteknik membaikinya dalam masa yang singkat?

Projek DIY Boleh Mengancam Keselamatan Anda

Pembaikan DIY juga boleh menjadi agak berbahaya jika anda tidak dilengkapi dengan alatan yang betul. Anda boleh berisiko terkena renjatan elektrik, luka, melecur dan akibat berbahaya yang lain kerana kurangnya asas keselamatan dan SOP membaiki yang betul.

 Diy Boleh Mengancam Keselamatan Anda

Projek DIY Boleh Menghabiskan Dompet Anda

Anda juga boleh berisiko melakukan kerosakan selanjutnya pada telefon apabila anda tidak berpengalaman dan cuba menyelesaikan isu teknikal sendiri.

Campur Tangan Oleh Bukan Profesional.

Ini boleh membebankan dalam jangka masa panjang. Perkara yang bermula sebagai isu yang mudah untuk diselesaikan, boleh menjadi lebih teruk jika terdapat campur tangan oleh bukan profesional.

Jadi, kerosakan telefon anda mungkin tiada kesudahan, anda akan sentiasa perlu membaiki dan mengganti alat ganti yang rosak akibat aktiviti DIY anda.

Dapatkan perkhidmatan pembaikan telefon profesional di FixBay

Kami di FixBay merupakan pusat penyelesaian bagi kesemua masalah telefon anda, dari pembaikan iPad, telefon bimbit dan Apple Watch. Juruteknik di FixBay menerima latihan yang terbaik dan mampu membaiki hampir kesemua jenama seperti iPhone, Huawei, OnePlus, Samsung, MI/Xiaomi, Vivo, Oppo dan jenama-jenama lain bagi sebarang kerosakan.

Pembaikan Telefon Profesional Di Fixbay

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri pembaikan di seluruh Malaysia, FixBay menyeru orang ramai yang mempunyai masalah telefon untuk merujuk pusat membaiki telefon yang bertauliah kerana membaiki ia tidak semudah yang disangka! Lebih baik anda mendapatkan juruteknik membaiki telefon anda kerana ia akan menjimatkan masa dan tenaga serta yang paling menarik Fixbay memberikan konsultasi secara percuma dan After Sales Service kepada semua pelanggan mereka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *