Risiko Menggunakan Alat Ganti Palsu Untuk Baiki iPhone Atau iPad

Sudah semestinya semua pengguna alat peranti sedia maklum bahawa produk-produk Apple dan alat gantinya mempunyai harga yang agak mahal dari peranti dari jenama lain. Walau bagaimanapun, harga yang tertakluk adalah sangat berbaloi jika hendak dibandingkan fungsi dan ciri-ciri yang ada pada produk-produk Apple seperti iPhone dan iPad dengan peranti jenama lain.

Namun, disebabkan harganya yang agak mahal ini, ada yang mengambil jalan mudah dengan menggunakan alat ganti palsu untuk membaiki iPhone atau iPad mereka, terutamanya pada bateri dan juga layar skrin mereka. Kalau hendak pandang pada harga, semestinya jauh lebih murah, tetapi amat berisiko.

Memendekkan Jangka Hayat iPad dan iPhone

Pembaikan yang dilakukan oleh mereka yang tidak terlatih dengan menggunakan alat ganti palsu boleh memendekkan jangka hayat kerana tindakan ini boleh menggugat keselamatan dan fungsi iPhone dan iPad anda. Sebagai contoh, bateri palsu di dalam peranti Apple anda boleh mengakibatkan panas yang terlampau yang akhirnya akan menyebabkan bateri anda kembung. Paling teruk, peranti anda boleh terbakar dan meletup. Bahaya, kan?

Pembaziran Wang Berganda

Macam kita sedia maklum, harga alat ganti produk Apple yang tulen adalah mahal.

Cuba bayang, kalau bateri palsu anda kembung menyebabkan skrin iPad dan iPhone anda yang tulen itu juga terjejas. Dah jadi masalah kena tukar baru kedua-duanya. Paling sedih, kalau memang dah totally hancur, beli iPad dan iPhone baru sahajalah jawabnya. Aduh, duit lagi!

Fixbay Comes to The Rescue!

Alat ganti Apple yang tulen itu merupakan solusi terbaik demi kebaikan dan keselamatan iPhone dan iPad anda. Jangan sesekali mengambil jalan pintas menggunakan alat ganti palsu. Peranti anda merana, duit pun merana. Jagalah iPad dan iPhone seperti nyawa!

Kalau anda ragu-ragu dengan servis dari kedai alat ganti lain, bawa sahaja ke pakar kami di Fixbay untuk dibaik pulih. Pastinya anda akan berpuas hati!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *