Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

Kerosakan utama Android Tablet

Android Tablet tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan Apple iPad.

Layar skrinnya yang besar memudahkan penggunanya menonton filem dengan paparan yang lebih luas dan visual yang lebih jelas. Bukan itu sahaja, rata-rata pengguna memanfaatkan tablet ini sebagai punca rezeki, seperti menggunakannya untuk mereka animasi, berilustrasi, serta lain-lain kegunaan di dalam dunia kreatif.

Para mahasiswa juga lebih cenderung untuk memilih tablet, kerana lebih mudah diusung ke mana sahaja. Malahan, jika dibandingkan saiz dan berat komputer riba, tentu sajalah tablet lebih ringan, saiz lebih kecil dan kompak. Tetapi, jangan disangka kecil tidak bermanfaat ya!

Kecil-kecil cili padi. Sungguhpun kecil, sangat berisi!

Inisiatif Kerajaan Membekalkan Android Tablet

Selari dengan itu, kerajaan telah menyediakan inisiatif untuk para pelajar dengan membekalkan Android Tablet Samsung yang telah diedarkan sejak bulan Julai tahun 2022. Mereka tidak perlu memulangkan semula peranti tersebut setelah tamat pengajian. Atau kata mudah, peranti tersebut menjadi hak mutlak mereka. Sangat beruntung, kan!

Namun, isu Peranti Siswa telah menjadi bualan hangat sejak dua menjak ini. Terbaru, beberapa orang mahasiswa telah kantoi cubaan menjual semula Android Tablet yang diperolehi melalui Peranti Siswa ini dengan alasan ingin menaiktaraf tablet tersebut. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak termasuk pihak kerajaan yang telah menyediakan kemudahan ini. Tindakan susulan telah diambil ke atas mahasiswa tersebut.

Alahai, sudah di bagi betis, dijual pula!

Kerosakan Utama Android Tablet

Walaupun digembar gemburkan dengan kelebihannya seperti layar skrin yang luas, saiz yang nipis, serta dilengkapi Play Store yang memudahkan muat turun aplikasi, Android Tablet juga mempunyai kelemahan tersendiri. Sama seperti peranti Android lain, tablet juga mampu 'botak'kan kepala pengguna sekiranya mengalami kerosakan.

Anda tak pasti sama ada tablet anda rosak? Berikut adalah tiga kerosakan utama yang selalu dialami pada Android Tablet.

1. Kerosakan Bateri

Bateri merupakan jantung untuk sebuah peranti. Sama sahaja seperti jantung manusia-jika berhenti berdegup, seluruh anggota akan turut sama berhenti berfungsi. Kerosakan pada jantung tablet ini akan menyebabkan seluruh anggota peranti gagal berfungsi.

Tahu tak punca berlakunya kerosakan pada bateri tablet? Jika artikel sebelum ini membincangkan tentang bateri telefon yang kong, kami lanjutkan pula dengan kerosakan bateri pada Android Tablet anda. Tak salah untuk ambil tahu. Sekurang-kurangnya, jika berlaku kerosakan kemudian hari, anda boleh segera ambil tindakan, kan?

  • Cas Berlebihan

Mesti anda selalu lakukan tabiat ini, kan? Selalunya alasan yang diberikan - bateri cepat habis, tak sempat cas penuh kerana bergegas ingin melakukan sesuatu, dan sebagainya. Alasan-alasan inilah kadangkala punca anda cas melebihi tiga kali sehari. Aduh, kasihan tablet anda!

Walau apa pun alasan, ketahuilah tabiat cas berlebihan inilah menyebabkan bateri tablet anda rosak dengan mudah!

  • Menggunakan Pengecas Palsu dan Cas Pada Soket Kereta

Kebiasaannya alat pengecas yang disediakan semasa anda membeli Android tablet adalah yang tulen. Walaupun begitu, anda masih boleh mendapatkan pengecas yang tulen dari kedai-kedai alat gantian telefon yang lain. Elakkan dari sembarangan membeli dari penjual di e-dagang, kerana sebahagian besar menjual alat pengecas yang palsu. Kesannya akan menimpa pada bateri tablet anda. Jangan sembarangan cucuk pengecas pada portcas anda tanpa memeriksa ketulenannya dulu, ya!

"Dah tak sempat ni nak join meeting, bateri nak habis pula. Alah, cucuk je lah pada soket kereta. Bolehlah drive sambil ber-meeting"

JANGAN! Anda tidak sepatutnya cas pada soket kereta. Tahu tak perbuatan ini mampu memberi kesan buruk pada bateri tablet anda. Arus yang disambungkan pada tablet anda melalui soket kereta adalah berbeza jika dibandingkan dengan pengecas tablet yang biasa digunakan. Perbezaan rintangan tersebut mampu merosakkan bateri anda jika selalu digunakan. Jadi, lebih baik jika anda cas menggunakan pengecas yang sepatutnya.

  • Bermain Tablet Semasa Mengecas

Punca ini kerap kita dengar,kan? Ramai yang mengingatkan untuk tidak bermain semasa mengecas alat peranti. Arus yang mengalirkan semasa mengecas boleh menyebabkan bateri tablet anda mudah kembung. Bila bateri kembung, pelbagai kesan buruk yang anda akan hadapi! (Rujuk artikel mengenai bateri kembung ini)

Tetapi, apa pula tanda-tanda bateri tablet dah rosak?

  • Tablet terpadam secara tiba-tiba semasa anda sedang menggunakannya.
  • Tablet tidak dapat dihidupkan semula walaupun dicuba berkali-kali.
  • Dibut semula atau dimulakan semula secara rawak.
  • Ditutup tanpa dimulakan semula.

2. Masalah Pada Layar Skrin

Kita pergi pula kepada kerosakan kedua yang sering terjadi pada Android Tablet iaitu kerosakan pada layar skrin. Kerosakan ini menjadi kebimbangan pengguna kerana bila layar skrin dah rosak, paparan visual juga akan terkesan. Bagaimana nak tonton Mat Kilau di tablet dengan senang hati kalau dah jadi begini, aduh!

Walaupun punca skrin rosak adalah bermula dari pengguna itu sendiri, tetapi tak salah untuk ambil tahu demi 'kesihatan' skrin tablet anda.

  • Jatuh

Disebabkan Android tablet ini mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding komputer riba biasa, rata-rata pengguna akan membawanya dengan memegang sahaja. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan tablet anda jatuh dan memberi kesan pada skrin sama ada retak, pecah dan sebagainya. Kalau rosaknya pada skrin sahaja pun dah berganda harga baik pulih, inikan pula jika dalamannya rosak.

  • Overheat

Overheat juga berpunca dari akibat perbuatan suka bermain tablet anda semasa mengecas dan akan memberi kesan pada bateri anda.

Tetapi bagaimana pula perbuatan ini memberi kesan pada layar skrin?

Ha, bila bateri dah overheat, mestilah kembung, kan? Bila dah kembung, skrin anda akan terkesan kerana penolakan dari komponen dalam tablet anda. Skrin anda mungkin retak, atau yang paling buruk, tablet anda meletup. Bahaya, kan?

Mesti anda terfikir bagaimana nak tahu skrin anda dah rosak? Kalau jatuh, sekurang-kurangnya kita tahu melalui keretakannya, tetapi, bagaimana pula dengan komponennya? Apa akan terjadi pada tablet anda? Berikut merupakan tanda-tanda skrin anda mungkin mengalami kerosakan.

  • Skrin anda tidak memberi tindak balas walaupun disentuh berkali-kali.
  • Skrin anda berkelip seperti bintang di angkasa.
  • Dan yang terakhir, skrin tablet memaparkan piksel mati.

3. Android Tablet Menjadi Perlahan

Kadang-kadang tu panas juga hati. Nak cepat, tapi tablet pula buat hal. Sudahlah perlahan, skrin pula tidak memberi apa-apa tindak balas. Aduh, sakitnya hati!

Bila dah jadi begini, mesti anda nak tahu apa punca-puncanya, bukan?

  • Tidak Menaiktaraf Perisian Android Terkini

Kalau anda perasan, hampir setiap bulan robot hijau Android memberi notis untuk menaiktaraf sistem dan perisian. Jika anda abaikan notis tersebut dan terus menggunakan tablet anda tanpa menaiktaraf kepada perisian Android terkini, maka, leburlah tablet anda. Sudahlah perlahan, asyik-asyik terpadam pula. Stres!

  • Aplikasi Terlalu Banyak

Mentang-mentang skrin besar, segala jenis permainan online dan offline dimuat turun. Tak cukup dengan permainan, aplikasi untuk mengedit gambar dan video juga pelbagai. Tetapi, tidak digunakan pun? Asyik-asyik Inshot dan Capcut sahaja. Aplikasi beribu, tetapi yang digunakan hanya dua. Ish ish ish, tak sepatutnya begitu!

Anda sepatutnya memuat turun aplikasi yang hanya hendak digunakan sahaja. Bila kapasiti penyimpanan melebihi had sepatutnya, memang beratlah tablet anda. Ukur baju di badan tablet sendiri, ya!

  • Aplikasi Dimuat Turun Sembarangan

Sudahlah aplikasi banyak, dimuat turun pula dari sumber yang meragukan. Android menyediakan lengkap dengan Play Store untuk setiap generasi tablet, tetapi biasalah, manusia suka mensia-siakan kemudahan yang diberi. Bila aplikasi dimuat turun dari sumber yang meragukan, virus akan menjajah tablet anda. Akibatnya, tablet anda akan menjadi sangat perlahan.

Mudah sahaja untuk mengesan kerosakan ini:

  • Sambungan perlahan, sama ada sambungan di laman sesawang mahupun sambungan pada aplikasi dan file/folder dalam tablet anda.
  • Segala aplikasi dan perisian yang ada mengambil masa lama untuk bertindak balas.
  • Tablet freeze dan hang.

Cara Mengatasi Kerosakan Tersebut

Setiap masalah mestilah ada penyelesaiannya! Jadi, jika Android Tablet anda mengalami tiga kerosakan utama yang dinyatakan seperti di atas, anda boleh cuba tips ini dahulu.

1. Kerosakan Bateri

  • Elakkan cas berlebihan.
  • Gunakan pengecas yang tulen.
  • Jangan menggunakan tablet semasa mengecas atau bermain permainan.
  • Elakkan mengecas di tempat yang kedap kerana risiko overheat.
  • Jangan menggunakan soket kereta untuk mengecas tablet anda.

2. Masalah Pada Layar Skrin

  • Memasang skrin pelindung yang berkualiti.
  • Memasang sarung pelindung tablet yang sesuai.
  • Simpan tablet di tempat yang selamat.
  • Elakkan suhu yang melampau.
  • Jangan bermain tablet semasa mengecas (risiko overheat pada bateri yang akan menolak skrin sehingga pecah)

3. Android Tablet Menjadi Perlahan

  • Menaiktaraf perisian Android terkini (peka dengan robot hijau Android!)
  • Memuat turun aplikasi dari sumber yang legit seperti Play Store.
  • Menghapuskan cache dan aplikasi yang tidak digunakan.

Baiki Android Tablet Di FixBay!

Lakukan perbuatan yang selamat untuk mengelakkan kerosakan pada Android Tablet anda. Sayangi Android Tablet anda dengan melindunginya dengan bijak kerana perisian Android tidak seteguh iOS. Namun, jika kerosakan telah terjadi, segera membawa Android Tablet anda ke pakar untuk tindakan lanjut.

Tidak tahu di mana dan pada siapa harus dirujuk? Jangan risau, kunjungi sahaja Pusat Servis Fixbay berdekatan anda atau hubungi pakar kami terlebih dahulu untuk menetapkan janji temu.

Android Tablet rosak, ingat Fixbay!

2 comments on “Kerosakan utama Android Tablet”

  1. Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa tanda bateri kereta lemah dan juga cara untuk jumper kereta anda sekiranya kereta anda mati.

    Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · FixBay Sdn Bhd (1463044-X)