iPhone ialah siri telefon pintar yang dihasilkan oleh Apple Inc. yang menggabungkan telefon mudah alih, kamera digital, pemain muzik dan teknologi pengkomputeran peribadi.
Sehingga kini iPhone menjadi produk paling unggul yang dikeluarkan oleh Apple sejak kemunculan pertama kali. Malahan, keuntungan terbesar yang diperolehi oleh Apple berasal dari jualan iPhone. Golongan muda dan bekerjaya kini lebih cenderung untuk memiliki iPhone untuk pelbagai kegunaan masing-masing.
iPhone adalah telefon pintar terunggul yang pernah dicipta dan inovasi yang ditawarkan oleh Apple membuatkan setiap model terbaru iPhone tidak pernah luput dari perhatian para pengguna.
Tahun bilakah kemunculan iPhone pertama?
iPhone telah berkembang sejak kemunculannya pada tahun 2007.
Steve Jobs telah membuktikan kata-katanya di Konvensyen Macworld kerana dalam hanya 4 bulan kemunculan iPhone pertama, Apple telah berjaya menjual sebanyak sejuta unit iPhone.
Tambahan itu, Steve Jobs mungkin tidak pernah membayangkan bagaimana telefon pintar yang sederhana pada ketika itu akan menjadi platform utama untuk beribu-ribu applikasi yang menawarkan muzik, video, sembang video masa nyata, permainan video, pengalaman realiti maya dan sebagainya.
Model iPhone pertama telah menjadi titik utama dalam keunggulan semua model iPhone dengan menampilkan kecanggihan dan keunikan tersendiri bermula daripada model pertama hinggalah kini dengan kemunculan iPhone 14 pada tahun 2022.
IPhone generasi pertama disifatkan sebagai revolusioner "revolutionary" dan pengubah permainan "game-changer" untuk industri telefon mudah alih dan model seterusnya turut mendapat pujian.
Namun, sudah tentu di mana ada kelebihan terdapat juga perbezaan bagi setiap model yang pernah di keluarkan Apple.
Dari segi jenis-jenis skrin iPhone, pada awalnya skrin jenis TFT LCD digunakan bagi model pertama hinggalah ke skrin yang lebih berkualiti tinggi pada masa kini iaitu Paparan Skrin Super Retina dan Super Retina XDR. Paparan Super Retina dan Super Retina XDR menggunakan teknologi diod pemancar cahaya organik (OLED).
Dengan versi iOS terkini, iPhone direka khas untuk meminimumkan kesan penggunaan jangka panjang dan memanjangkan hayat tontonan paparan Super Retina dan Super Retina XDR.
Anda mungkin sudah tahu atau pun mungkin juga tidak tahu, setiap jenis paparan skrin memiliki kelebihan dan perbezaan tersendiri. Anda juga akan memperoleh banyak info menarik mengenai paparan skrin yang digunakan iPhone sejak tahun 2007 hingga 2022.
Baru-baru ini pada 16 September 2022, Apple telah memperkenalkan sebuah generasi iphone baharu iaitu iPhone 14. Setiap model iPhone 14 ini mengandungi beberapa spesifikasi, harga dan ciri yang berbeza.
Jika anda menggunakan iPhone 11 atau iPhone 12, kami mengesyorkan anda menaik taraf kepada iPhone 14 jika anda rasakan ianya pembelian yang berbaloi buat anda.
Dalam tiga tahun lepas, Apple telah membuat perubahan yang agak ketara pada iPhone.
Apa yang dapat dirumuskan, setiap model iPhone 14 mempunyai ciri uniknya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada reka bentuk, prestasi, hayat bateri, kamera, ketersambungan, keselamatan dan banyak lagi.
Rujukan serta panduan secara terperinci mengenai iPhone 14, akan membawa anda melihat perbezaan antara siri iPhone 14 yang terdiri daripada iPhone 14 versi biasa, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.
Dengan pasaran yang begitu besar untuk produk Apple, pasaran iPhone palsu telah menjadi sangat menguntungkan bagi pengeluar telefon yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Perkara terbaik yang boleh kita lakukan sekarang ialah mendidik orang ramai supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan kepada pengeluar telefon yang tidak beretika.
Pastikan anda mengenal pasti dua ciri utama ini iaitu ciri-ciri fizikal dan perisian yang terkandung di dalam iPhone. Ini juga dapat mencegah anda daripada menjadi mangsa penipuan pihak-pihak tertentu.
Justeru itu, ia menjadi mudah bagi mengesan iPhone palsu apabila anda tahu perkara yang perlu untuk dikenal pasti.
iPhone berada di barisan hadapan untuk keselamatan dalam reka bentuk dan operasi berbanding Android kerana ciri keselamatan teguh yang ada padanya.
Selain itu, iPhone direka untuk melindungi data anda dan privasi anda. Ciri keselamatan yang terbina di dalamnya membantu menghalang strangers daripada mengakses data dalam iCloud dan pada iPhone anda.
Apple sentiasa menjaga kualiti iPhone dengan menaik taraf ciri keselamatannya untuk memastikan maklumat pengguna dilindungi sebaiknya dan membolehkan mereka melaraskan jenis maklumat yang mereka kongsi.
Walaupun ciri peranti iOS lebih terhad daripada peranti Android, reka bentuk bersepadu iPhone menjadikan ciri-ciri keselamatan jauh lebih baik berbanding peranti jenama lain.
Apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada iPhone?
Ini adalah antara ciri-ciri keselamatan yang ada pada iPhone berbanding jenama telefon peranti lain.
Memandangkan iPhone anda menjadi semakin penting dalam kehidupan dan identiti anda. Maka sudah menjadi kemestian untuk memastikan data anda disimpan dalam keadaan yang selamat.
Apa jua pilihan anda sama ada hendak memiliki telefon pintar iPhone mahupun Android, pilihan ada di tangan anda. Pastikan anda sudah cukup ilmu di dada agar dapat membuat pilihan yang tepat.
Namun perlu diingatkan agar anda juga haruslah bijak dalam memilih untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik untuk semua jenis peranti yang anda miliki.
Demikian itu, anda sentiasa boleh mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada kami di FixBay dan ianya pasti berbaloi dengan kepakaran yang tidak dapat di nafikan lagi!
[…] Pengguna iPhone disaran menggunakan pengecas yang mempunyai pelekat MFi. MFi adalah program berlesen dari Apple kepada pihak pengeluar hardware dan software bagi memastikan penyesuaian pada setiap peranti Apple (iPhone/iPad/iPod/iWatch). […]
[…] sukar untuk pengguna Apple mencari kedai alat ganti yang sah untuk membaik pulih model iPhone yang telah rosak, baik model terkini mahupun model lama.Tambahan pula di Malaysia tidak banyak […]