Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Masalah iPhone Yang Sering Pengguna Alami Masa Kini

Masalah iPhone ni dah lama terjadi dari dulu hinggalah kini. Rata-rata pengguna meluahkan perasaan kecewa apabila telefon pintar keluaran Apple ini rosak setelah sahaja tamat waranti.

Jangkaan bagi masalah kepada pengguna iPhone 14 Pro Max mungkin juga akan meningkat selepas pelancaran telefon pintar ini pada September 2022 cukup setahun.

Tapi ini hanyalah jangkaan. Jadi disini kami ingin maklumkan kepada anda tentang masalah-masalah yang sering dialami oleh pengguna telefon pintar ini.

Artikel Berkaitan:

Masalah iPhone

Walaupun kami tidak tahu apa feedback dari pelanggan yang menggunakan iPhone 14 Pro Max, tapi banyak masalah yang berlaku kepada pengguna yang menggunakan iPhone 13 Pro Max. Berikut adalah senarainya.

White Screen / Green Screen

Kini sudah ramai yang telah melaporkan tentang masalah 'white screen' atau 'green screen' secara tiba-tiba. Masalah ini telah dikesan selepas pengguna update perisian iOS 16.1 pada telefon pintar tersebut.

Perkara ini kebarangkalian berlaku disebabkan oleh gagal untuk update software, jailbreaks, atau masalah kepada hardware telefon pintar sendiri. Banyak punca yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku.

Tapi jangan kuatir, ada cara yang mungkin anda boleh buat untuk mengatasi masalah ini. Antaranya adalah Hard Reset telefon pintar anda. Anda hanya perlu tekan POWER + VOLUME UP + HOME dalam masa yang sama.

Sekiranya tidak berjaya, anda boleh hantar telefon pintar anda ke Apple Service Centre untuk memperbaiki masalah anda sekiranya telefon pintar anda masih dalam tempoh waranti.

Kamera Auto Focus Rosak

Kebiasaannya, masalah ini berlaku apabila berlaku getaran kepada telefon pintar anda disebabkan oleh anda sendiri. Sebagai contoh meletakkan telefon pintar di atas motor atau kenderaan yang lain.

Getaran pengerakan yang berlaku boleh merosakkan sistem operasi atau auto focus di kamera iPhone anda. Disebabkan masalah ini, Apple telah menggesa semua pengguna telefon pintar jenama ini untuk tidak meletakkan iPhone di atas motorsikal atau kenderaan yang lain.

Untuk mengelakkan masalah iPhone ini, pengguna digalakkan memakai pelekap getaran yang dapat meminumumkan risiko kerosakan ke atas telefon pintar ini.

Masalah Face ID

Masalah Face ID ni masalah biasa yang terjadi di iPhone. Ada kemungkinan Face ID tak dapat detect disebabkan oleh objek yang ada di muka anda. Cth topi. Mungkin juga disebabkan oleh mekap yang tebal. Haha.

Tapi ada kemungkinan juga peranti iPhone anda yang rosak. Sekiranya Face ID anda masih tidak berfungsi dengan baik selepas melakukan pelbagai perkara, cara yang terakhir adalah hubungi Apple Support atau hantar ke juruteknik / jurubaiki untuk iPhone anda.

iPhone Tak Boleh On / Mati

Pernah tak bila anda nak buka iPhone anda tapi tak boleh? Dah tekan on banyak kali, dah charge tapi masih tak boleh nak on. Ada beberapa faktor punca kenapa iPhone anda jadi begini.

Antaranya adalah:

Software Corrupt

Ini boleh jadi punca kenapa peranti anda tiba tiba mati. Kalau sistem operasi mengalami kerosakan atau rosak, ia boleh menyebabkan peranti anda tidak berfungsi dengan betul. Maksudnya kemungkinan ada konflik aplikasi, download software tidak lengkap dan sebagainya

Hardisk Rosak

Hardisk atau storage pun boleh rosak atau corrupt. Benda ni boleh jadi dekat setiap peralatan elektronik kita tidak kira PC, Laptop ataupun telefon pintar. Jadi iPhone pun tidak lari juga.

Bateri Rosak

Setiap bateri ada lifespannya sendiri. Ada kitaran untuk caj bateri juga. Jadi kemungkinan bateri anda sudah tidak elok ataupun tidak boleh digunakan lagi. Jadi pastikan anda sentiasa untuk semak battery health anda di iPhone setting. Anda boleh lihatnya disitu. Kebiasaanya battery health di bawah 70% digalakkan untuk ditukar.

Hardware Rosak

Hardware atau nama lainnya component, antara benda yang paling penting untuk memastikan peranti kita boleh digunakan ataupun tidak. Jika berlaku kerosakan pada motherboard, LCD screen atau sebagainya, memang telefon anda tidak boleh ON atau tidak boleh berfungsi dengan elok.

Kesimpulan

Masalah-masalah ini bukan sahaja berlaku di iPhone, malah apa jenis brand telefon sekalipun boleh mengalami masalah yang sama. Kami galakkan anda untuk jumpa technician baiki telefon untuk membantu anda. Sekiranya telefon anda masih dalam tempoh waranti, anda boleh terus ke pusat service center.

Jika tidak, anda boleh dapatkan bantuan dari Fixbay untuk membantu memperbaiki peranti anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)