Dunia teknologi pernah dikejutkan dengan berita seorang peniaga alat ganti peranti telah disaman kerana menjual 600 pengecas iPhone palsu di pasaran. Pengecas iPhone palsu ini sangat bahaya untuk penggunanya kerana mengakibatkan banyak kecelakaan. Inilah punca pengguna iPhone dilarang menggunakan pengecas cap ayam!
Pengguna iPhone disaran menggunakan pengecas yang mempunyai pelekat MFi. MFi adalah program berlesen dari Apple kepada pihak pengeluar hardware dan software bagi memastikan penyesuaian pada setiap peranti Apple (iPhone/iPad/iPod/iWatch).
Semua aksesori dari pihak ketiga perlu melalui ujian khas dari pihak Apple. Mereka boleh menggunakan logo MFi pada kotak aksesori mereka untuk dipasarkan jika lulus ujian piawaian ini.
Setiap pengecas MFi menggunakan cip E75 yang dicipta khas untuk pengguna Apple. Cip ini berfungsi melindungi arus voltan yang mengalir ke peranti semasa pengecasan. Jika anda masih menggunakan pengecas tanpa pelekat pengesahan MFi, 4 masalah di bawah akan anda hadapi:
Motherboard pada peranti Apple anda juga bakal mengalami kerosakan yang membawa kepada kerosakan keseluruhannya jika masalah tadi berlaku. Alamatnya, peranti baru sahajalah penyelamatnya. Penukaran bateri juga tidak memberi kesan jika anda masih berdegil menggunakan pengecas palsu.
Nak pastikan pengecas anda mempunyai MFi atau tidak? Rujuk pada pakar kami di Fixbay sekarang!