Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Smartphone Harga Rahmah Terbaik 2023

Sekarang ni banyak telefon pintar atau smartphone harga rahmah di luar sana. Memang harga mampu milik lah senang cerita.

Antara jenama yang anda boleh dapat adalah Samsung, HTC, Xiaomi, Oppo, Lenovo, Vivo dan banyak lagi jenama yang jual telefon harga rahmah yang anda boleh dapatkan.

Antara ciri-ciri yang kami rasa patut ada dekat smartphone harga rahmah ni adalah seperti berikut:

  • Camera yang cun
  • Smartphone yang laju
  • Ketahanan Bateri

Ini adalah ciri-ciri basic untuk anda bermain sosial media, games ataupun buat kerja-kerja online. Nak perfect mungkin tak dapat sebab harga murah tapi mungkin boleh memenuhi citarasa anda.

Biasanya, harga rahmah untuk smartphone ini boleh didapati dengan harga RM600-RM1000. Untuk smartphone yang elok boleh didapati dalam lingkungan harga bawah RM1500.

Ikut bajet dan objektif yang anda perlukan untuk smartphone harga rahmah ni.

Smartphone Harga Rahmah Bawah RM1500

Berikut adalah senarai smartphone harga rahmah / murah yang anda boleh gunakan.

  1. Samsung Galaxy A34 5G
  2. Google Pixel 6A
  3. Xiaomi Redmi Note 12 Pro
  4. Realme GT NEO 5 SE
  5. Oppo A98
  6. Realme 10 Pro
  7. Vivo iQOO Z7
  8. Redmi Note 12 Pro
  9. Honor X9a 5G

Smartphone Harga Rahmah Bawah RM1000

Yep. Ada lagi murah yang anda boleh consider untuk beli. Berikut adalah list smartphone harga rahmah bawah RM1000 yang boleh gunakan.

  1. Oppo A5s
  2. Oppo A12e
  3. Redmi 8
  4. Vivo Y11
  5. Honor 8A
  6. Neffos X20 Pro
  7. Dan banyak lagi sebenarnya.

Ada banyak lagi yang anda boleh check. Tetapi kami tak sarankan anda ambil harga di bawah RM500 atas faktor ketahanan bateri, camera dan juga kelajuan processor smartphone tersebut.

Walaubagaimanapun, ikut bajet anda juga sebenarnya.

Sama ada elok atau tidak elok sesuatu smartphone itu bergantung juga dengan objektif anda.

Sekiranya anda still nak smartphone yang terer yang tapi murah memang anda boleh cari second-hand sahaja.

Cuma pastikan anda dapatkan smartphone second-hand yang dijaga rapi oleh pengguna sebelum ini. Pastikan juga ianya dalam keadaan yang baik.

Hati-hati dengan penipuan sindiket yang menjual second-hand smartphone di online. Pastikan anda deal depan-depan dan check dahulu smartphone tersebut sebelum keluarkan duit anda.

Last sekali nak pesan. Kalau rosak, hantar je dekat kedai kami di Fixbay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)