Pastinya ramai sudah tahu kewujudan komputer riba premium serba canggih keluaran syarikat Apple ini. Sebelum ini, kami mengupas sedikit sebanyak mengenai iPad dan juga iPhone. Untuk kali ini pula, kami bawakan topik menarik mengenai Apple Macbook terkini yang ada di pasaran. Mudah untuk anda rujuk sebelum buat pembelian. Ayuh ikuti artikel ini!
Setiap pengeluaran alat peranti semestinya mempunyai titik permulaan, begitu juga dengan Macbook yang serba mewah ini.
Macbook merupakan jenama komputer buku nota sebaris dengan komputer buku nota Macintosh yang dikeluarkan oleh Apple Inc., nama yang tidak asing lagi dalam pengeluaran alat peranti premium. Keluaran pertama Macbook adalah pada tahun 2006. Namun, pada bulan Februari 2012 pengeluarannya dihentikan dan diteruskan semula pada tahun 2015 dengan nama yang sama, tetapi berbeza pemprosesnya, iaitu dari PowerPC ke pemproses Intel menggantikan siri iBook yang sedia ada.
Dengan wujudnya pemproses yang baharu ini, tidak hairanlah jika jenama Macbook ini digelar sebagai komputer riba premium yang paling laris di dunia. Bukan itu sahaja, banyak lagi keistimewaan yang pengguna boleh rasai dengan adanya Macbook ini.
Sama seperti iPhone dan juga iPad, Macbook juga mempunyai pelbagai generasi. Perbezaan ketara yang dapat dilihat adalah pada bentuk spesifikasinya seperti cip pemproses. Bagi rekabentuk pula, Apple mengekalkan standard rekabentuk yang sedia ada kerana rekabentuk tersebut sudah kelihatan sempurna dimata pengguna. Rekaan yang nipis dan mudah dibawa menjadikan Macbook selalu terpahat dihati mereka.
Kami bawakan dua jenis Macbook terkini yang selalu menjadi bualan ramai iaitu Macbook Air yang mengguna cip pemproses M1 dan M2, serta Macbook Pro yang juga menggunakan cip pemproses yang sama. Tetapi, apa perbezaan antara dua generasi ini? Ha, jom kita bongkarkan!
Model Macbook Air generasi pertama dikeluarkan pada bulan Januari tahun 2008 yang menggunakan pemproses Intel Teras 2 Duo. Pengeluaran berikutnya pada tahun 2010 sehinggalah yang terkini di pasaran iaitu pada tahun 2022. Macbook Air merupakan antara model yang terhangat di pasaran Apple kerana rekabentuknya yang nipis dan ringan memudahkan pengguna yang inginkan komputer riba yang canggih tetapi mudah dibawa kemana sahaja.
Model Macbook Air generasi ketiga ini menggunakan pemproses M1 cip dan dilancarkan pada 10 November tahun 2020. Generasi ini merupakan generasi pertama yang dinaik taraf siri SoC (sistem di dalam cip) dan SiP (sistem di dalam pakej), iaitu cip silikon Apple. Boleh dikatakan, generasi ini sepenuhnya mengaplikasikan seni bina ARM (Mesin RISC yang lebih maju).
Paling menarik, model ini merupakan model Apple yang pertama tidak menggunakan kipas di dalamnya. Wow, menarik bukan?
Selain itu, layar retina 13.3 inci beresolusi 2560x1600 pada model ini memperlihatkan visual yang lebih tepat dan jelas.
Model terbaru ini merupakan generasi keempat dan telah dilancarkan pada 15 Julai tahun 2022 dengan pemproses yang lebih terkini, cip M2. Penggunaan cip M2 memudahkan penyuntingan video 1.4x lebih pantas berbanding cip M1 yang ada pada Macbook Air generasi ketiga sebelum ini. Model ini juga dilengkapi dengan Magsafe 3 yang menyokong kepantasan cas sehingga 50% dalam masa 30 minit sahaja.
Perbezaan lain yang boleh dilihat pada generasi terkini ini adalah pada rekabentuknya yang lebih ringan iaitu seberat 1.24 kilogram dan senipis 1.13 cm sahaja berbanding generasi sebelum ini. Lagilah mudah dibawa, bukan? Seronoknya!
Model ini sebaris dengan komputer buku nota Macintosh, dan julung kali mencipta nama di pasaran pada Januari tahun 2006. Keluaran model ini juga merupakan yang teratas berbanding Macbook Air dan dicipta untuk mereka yang memerlukan sedikit tambahan yang tampak mewah pada peranti. Generasi terbaru ini telah memberi warna pada pasaran Apple pada bulan Jun tahun 2022 seiring dengan pengeluaran Macbook Air M2.
Generasi Macbook Pro kelima ini telah berada dipasaran sejak 18 Oktober tahun 2021 dan telah diperkenalkan dengan dua saiz layar iaitu, 14.2 inci dan juga 16.2 inci. Untuk model generasi ini, pengguna boleh memilih sama ada pemproses cip M1 Max atau M1 Pro yang masing-masingnya mempunyai kelebihan tersendiri.
Sebagaimana anda maklum sebelum ini, pemproses M1 ini merupakan yang pertama mengaplikasikan sistem silikon Apple pada sebuah cip.
Istimewanya generasi ini adalah, Apple telah memperkenalkan semula Magsafe, kekunci fungsi atau kekunci F pada papan kekunci, bicu headphone serta beberapa elemen-elemen yang telah dihapuskan pada model generasi sebelumnya.
Macbook Pro terbaru ini dilengkapi layar retina bersaiz 13.3 inci dan merupakan generasi keenam yang dilengkapi penambahbaikan pada pemproses yang menggunakan cip M2 Silikon Apple sama seperti Air 13.6". Model ini dilancarkan pada 6 Jun tahun 2022 yang memaparkan kelajuan berlipat ganda pada CPU sebanyak 18% dan 35% pada GPU.
Setiap kelebihan mesti ada kekurangan. Begitu juga dengan generasi terkini Macbook yang hangat di pasaran ini. Walau bagaimanapun, kekurangan ini hanyalah picisan sahaja jika hendak dibandingkan dengan kekuatan dan kelebihan yang telah melengkapi model generasi ini.
Tidak peliklah jika aksesorinya mahal. Lihat sahajalah pada tanda harga Macbooknya sahaja. Umum mengetahui, jika kita membuat pembelian di Apple Machine atau reseller produk Apple, kita juga perlu menyimpan wang lebihan untuk membeli kelengkapan yang lain juga.
Tetapi, ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu, boleh sahaja kita abaikan kelengkapan yang lain. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Menyimpanlah dengan bijak, barulah boleh borong semua aksesori yang ada. Tak begitu?
Kekurangan sokongan pada dua elemen ini merupakan antara sebab pengguna komputer riba canggih lebih memilih model jenama lain berbanding Apple Macbook. Zaman sekarang kan pengguna lebih mementingkan software yang besar untuk kegunaan kerja serta untuk bermain permainan online dan offline. Jadi, tidak hairanlah mengapa kebanyakan gamers tidak cenderung memilih Apple Macbook sebagai pilihan.
Layar pada Macbook agak besar saiznya kecuali jika anda memilih model yang mempunyai layar bersaiz 13". Jika anda memilih Macbook Pro 14.2" dan 16.2", agak sukar untuk anda membawanya ke sana ke mari. Jika saiznya kecil, harga juga lebih murah tetapi kapasiti penyimpanannya lebih kecil berbanding layar bersaiz besar.
Ada juga yang menyatakan bahawa harga baik pulih model Macbook amatlah mahal jika dibandingkan dengan keluaran komputer riba jenama lain. Sudahlah mahal, pusat servisnya juga terhad. Bukan sebarang tempat anda boleh bawa Macbook untuk dibaiki. Silap langkah, duit terbang, Macbook melayang. Aduhai, kesian!
Tetapi sekarang, anda tidak perlu lagi risau. Sekiranya Macbook kesayangan anda mengalami kerosakan yang anda tidak dapat ketahui dengan mata kasar, segeralah bawa kepada pakar kami di Pusat Servis FixBay Shah Alam! Kami bukan sahaja mampu membaik pulih telefon pintar, iPhone serta iPad - kami juga menawarkan servis baik pulih Macbook, istimewa untuk anda semua!
Anda bawa, kami baiki. Anda suka, kami senang hati!
[…] MacBook ialah jenama komputer notebook Mac yang direka dan dipasarkan oleh Apple Inc. yang menggunakan sistem pengendalian macOS Apple sejak 2006. Ia menggantikan jenama PowerBook dan iBook semasa peralihan Mac kepada pemproses Intel. […]
[…] itu, Macbook direka khas dalam software dan hardwarenya yang tersendiri. MacOS itu sendiri sememangnya ternyata […]
[…] untuk menyiapkan tugasan mereka. Antara komputer riba yang menjadi pilihan hati mereka, tentulah Apple Macbook. Keistimewaan Macbook ini tiada tandingannya - dari ekosistem sehinggalah komponen dalamannya, […]