Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Macam Mana Cara Meningkatkan Jangka Hayat Phone

Bila sembang tentang cara meningkatkan jangka hayat phone ni, ramai pikir tentang peredaran zaman, teknologi dan sebagainya.

Tapi kena ingat, ramai juga yang selesa dengan phone sedia ada. Tak ramai juga yang mampu nak tukar phone tiap-tiap tahun ni. Melainkan dia golongan T20.

Kalau nak guna phone yang sama dalam tempoh yang lama, ada satu komponen dalam phone anda yang paling penting dan paling anda patut jaga. Jawapannya, bateri.

Tapi bukan bateri sahaja, benda lain pun kena jaga. Jadi dalam artikel kali ni, kami akan kongsikan kepada anda beberapa cara untuk meningkatkan jangka hayat phone anda, dari aspek fizikal hinggalah pengurusan bateri.

cara meningkatkan jangka hayat phone

Cara Meningkatkan Jangka Hayat Phone

Terdapat 6 tips yang ingin kami berikan tentang cara meningkatkan jangka hayat phone anda. Antaranya adalah:

Perlindungan Fizikal

Back to basic. Nak jaga phone supaya tahan lama kena lah jaga phone tu sendiri. Maksudnya jaga body phone supaya takde calar, jatuh dan sebagainya

So memilih casing untuk phone adalah penting. Bukan pikir nak casing cantik je tapi kenalah yang boleh menahan gegaran bila terjatuh dan sebagainya.

Pembersihan Berkala

Membersihkan phone anda secara berkala adalah penting. Anda boleh gunakan lap mikrofiber lembut untuk membuang debu dan kotoran lain dari skrin dan di bahagian body phone.

Perisian Terkini

Sentiasa pastikan phone anda dalam perisian / software versi terbaru. Benda ni bukan sahaja membawa ciri-ciri terbaru malah boleh memastikan phone anda dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.

Sebab security penting. Bukan PC je boleh kena malware tapi phone pun boleh. Lebih-lebih lagi pengguna Android.

Penyimpanan Phone

Anda boleh simpan phone anda di suhu bilik. Tempat yang terlalu panas atau terlalu sejuk boleh merosakkan bateri dan komponen phone yang lain.

Pastikan juga anda elakkan meletakkan phone anda dalam tempat yang terdedah kepada cahaya matahari yang terus.

Masalah ni selalu terjadi bagi mereka yang gunakan phone holder di dalam kereta mahupun di motorsikal. Jadi phone holder anda tu pun akan memainkan peranan yang penting.

Jaga Komponen Fizikal

Elakkan daripada menjatuhkan phone anda atau mengecas dengan pengecas yang tidak sah. Ye selalu pengecas yang original memang mahal tapi ianya lebih selamat daripada pengecas 3rd party.

Pengurusan Bateri

Pengurusan Bateri Phone

Bateri phone adalah salah satu komponen penting dan pengurusan bateri yang baik boleh membantu meningkatkan jangka hayat phone anda.

Dalam bahagian ini, kami akan kupas serba sedikit 7 tips tentang cara nak jaga atau uruskan bateri phone anda dengan baik dan memastikan ianya dalam prestasi yang baik.

Antaranya adalah:

  • Pengunaan Aplikasi Phone
  • Mod Penjimatan Bateri
  • Kecerahan Skrin
  • Mematikan Sambungan Internet etc
  • Pemantauan Suhu
  • Penyenggaraan Bateri
  • Pengunaan Charger Yang Betul

Penggunaan Aplikasi Phone

Aplikasi yang running di belakang secara berlebihan boleh mengurangkan bateri anda dengan cepat. Seeloknya aplikasi yang terlalu jarang digunakan boleh dibuang / delete dari phone anda.

Atau anda boleh pastikan aplikasi tersebut ditutup supaya tidak ada berlaku pengurangan bateri yang cepat.

Mod Penjimatan Bateri

Hampir semua phone mempunyai mod penjimatan bateri ni. Anda boleh pastikan ianya telah aktif.

Mod ini akan menghadkan prestasi phone anda apabila bateri hampir habis atau apabila anda tidak memerlukan prestasi yang penuh. Sebagai contoh, hanya gunakan untuk WhatsApp atau benda-benda yang simple.

Kecerahan Skrin

Skrin phone yang cerah adalah antara penyebab utama pengunaan bateri yang tinggi. Jadi anda hanya perlu kurangkan kadar kecerahan pada skrin phone anda.

Pastikan ianya tidak di set dalam automatik. Gunakan secara manual adalah lebih baik.

Mematikan Sambungan Internet etc

Anda boleh mematikan sambungan ke WiFi, Bluetooth dan juga GPS apabila tidak menggunakannya. Kebiasaanya benda ni boleh dilakukan semasa anda tidur di waktu malam.

Sambungan ini boleh mengurangkan bateri dengan laju jika ianya sentiasa aktif.

Pemantauan Suhu

Phone yang panas boleh merosakkan bateri phone anda. Elakkan meninggalkan phone anda di tempat yang panas atau terdedah dengan cahaya matahari.

Bateri yang panas juga boleh membuatkan bateri anda kembung dan boleh berlaku kerosakan dalam komponen phone anda.

Penyenggaraan Bateri

pengecas bateri phone

Pastikan phone bateri anda tidak jatuh ke paras 20% sebelum mengecas semula phone anda.

Pengecasan berulang yang tak lengkap atau penggunaan bateri dalam keadaan rendah boleh merosakkan bateri. Selalu isikan phone apabila anda mempunyai peluang.

Cas berlebihan dalam tempoh yang lama juga tidak baik untuk bateri anda. Sesetengah phone mempunyai ciri-ciri STOP CHARGING selepas penuh tapi masih banyak lagi phone di luar sana yang tidak mempunyai ciri ini.

Penggunaan Charger Yang Betul

Seeloknya anda menggunakan charger / pengecas yang telah di approve oleh pengilang phone atau yang mempunyai spesifikasi yang sesuai.

Penggunaan pengecas yang tidak betil boleh merosakkan port charger anda dan juga bateri anda.

Kesimpulan

Kalau anda nak memastikan phone anda hidup dan boleh digunakan dalam jangka hayat yang lama, pastikan anda follow tips yang kami berikan seperti di atas.

Dengan tindakan yang cepat dan tepat, anda boleh mengekalkan prestasi phone anda untuk tempoh yang lama.

Ingatlah bahawa menjaga phone adalah penting. Bukan sahaja untuk duit poket kita tapi malah kepada alam sekitar. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)