“Alamak, bateri dah hampir mati. Ah, cas je lah dalam kereta nanti”
Tahu tak perbuatan tersebut boleh memberikan kesan buruk pada peranti anda? Lebih-lebih lagi jika anda pengguna iPhone. Kami pasti anda semua sudah sedia maklum bahawa iPhone sangat fragile, walaupun jika dibandingkan dengan Android, iPhone lebih jauh canggih dan hebat.
Kebiasaannya soket penyala rokok digunakan sebagai sambungan untuk mengecas peranti dalam kenderaan. Arus voltan yang tidak stabil kesan dari pergerakan kenderaan menyebabkan arus yang mengalir ke dalam peranti iPhone mengalami kesan sama.
Kesannya bukan pada komponen bateri iPhone sahaja, malah alat ganti kenderaan anda juga berisiko untuk mengalami kerosakan. Ha, takut tak?
Jika kecemasan, gunakan sahaja powerbank. Tetapi, lebih selamat jika mempunyai Magsafe Pengecas Tanpa Wayar khas untuk pengguna iPhone. Pengecas tanpa wayar ini boleh didapati di cawangan Switch berdekatan anda atau melalui ejen Apple yang sah.
Pengecas kenderaan bukan sahaja berisiko pada bateri dan alat ganti kereta anda, malah skrin juga turut mendapat tempias jika bateri rosak.
Jika mahu selamatkan iPhone kesayangan, anda boleh rujuk kepada pakar kami di Fixbay untuk dibaiki. Paling best, consultation diberi PERCUMA sebelum proses baik pulih dijalankan. Peranti Apple lain juga kami terima.
Jom segera ke Fixbay!