Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Apakah Itu Apple Independent Repair Provider Program?

Pastinya sukar untuk pengguna Apple mencari kedai alat ganti yang sah untuk membaik pulih model iPhone yang telah rosak, baik model terkini mahupun model lama.Tambahan pula di Malaysia tidak banyak premis sah untuk membaik pulih produk Apple.

Tetapi, tahukah anda bahawa pihak Apple telah membuka peluang kepada mana-mana premis tunggal yang mempunyai kedai alat ganti dan baik pulih peranti bekerjasama dengan pihak Apple untuk Apple Independent Repair Provider Program?

Apple Independent Repair Provider Program

Program ini telah dilancarkan oleh pihak Apple sejak tahun 2019 dan Amerika Syarikat merupakan negara pertama yang diberi peluang untuk mengikuti program ini sehinggalah terkini, sudah lebih 200 buah negara telah diberi peluang mengikuti program ini termasuk Malaysia. Ini merupakan berita gembira untuk pengguna Apple di Malaysia, hooray!

Program ini membolehkan premis alat ganti dan baik pulih peranti yang tidak bekerjasama dengan Apple (baca: reseller dan pengedar Apple tidak layak untuk program ini) untuk membaik pulih produk Apple dengan bantuan pihak Apple sendiri. Ini membolehkan mereka mendapat akses seperti Apple's Authorised Service Providers yang lain. Menarik, kan?

Boleh ke saya sertai program ini juga?

Sekiranya anda merupakan pemilik premis alat ganti peranti atau merupakan ‘independent technician’ yang berdaftar sah dan mempunyai semua dokumen lengkap yang diperlukan oleh pihak Apple, sudah semestinya boleh!

Cuma, anda kena pastikan syarikat tunggal anda mempunyai pakar yang sah untuk membaik pulih produk-produk Apple. Tiada syarat kelayakan istimewa yang lain kecuali yang dinyatakan oleh pihak Apple sahaja.

Jom ke FixBay!

Suka untuk kami dimaklumkan bahawa FixBay juga dalam proses mendapat kelulusan rasmi untuk menjadi sebahagian daripada program Indenpendent Repair Program ini. Selepas ini akan ada lebih banyak tambah baikan dalam perkhidmatan yang kami sediakan, yeay!

Anda ada produk Apple yang perlu dibaik pulih? Apa ditunggu lagi, bawa sahaja ke pakar kami di Fixbay sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)