Jika motherboard merupakan jantung sebuah komputer riba, keyboard pula boleh diibaratkan sebagai nadi yang mengeluarkan idea melalui jari-jemari pengguna. Malangnya, rata-rata pengguna komputer riba memandang remeh isu penjagaan keyboard ini. Oleh sebab itu, sebagai seorang pengguna komputer riba yang bijak, anda sepatutnya menjaga seluruh ‘anggota badan dan dalaman’ komputer riba anda!
Ramai dari kalangan profesional menggunakan komputer riba sebagai kemudahan untuk menyiapkan tugasan mereka. Antara komputer riba yang menjadi pilihan hati mereka, tentulah Apple Macbook. Keistimewaan Macbook ini tiada tandingannya - dari ekosistem sehinggalah komponen dalamannya, semuanya canggih belaka.
Tetapi, jika salah satu komponen di dalam motherboardnya meragam, botak juga kepala jika di baik pulih (kalau di FixBay tentunya mampu milik!). Sebab itulah penting menjaga ‘kesihatan’ dalaman dan luarannya termasuklah keyboard.
Keyboard ini sangat sensitif pada kekasaran - jadi, kalau gunakan keyboard janganlah dihentak kalau tengah stres. Kasihan keyboard anda! Tak class lah kalau menggunakan external keyboard pada Macbook anda. Kalau nak tahu, kerosakan keyboard kebanyakannya berpunca daripada penggunaan yang tidak dijaga dengan baik. Kepulan habuk yang bergembira pada keyboard merupakan punca pengguna memasang keyboard protector pada Macbook mereka.
Berita buruknya, pemasangan keyboard protector ini mampu menjejaskan sebuah Macbook! Nak tahu apa antara kesannya? Berikut merupakan 3 kesan buruk menggunakan keyboard protector pada Macbook anda.
Kalau perasan ada kesan putih seakan kotor di keliling skrin Macbook anda, itu adalah kesan daripada penggunaan keyboard protector. Penggunaan keyboard protector ini lama-kelamaan akan memberi kesan pada keseluruhan paparan skrin anda. Alamak, bahaya ni!
Macbook mempunyai paparan skrin yang sangat jelas visualnya. Tetapi, kalau dah rosak, canggih pun dah tak guna. Dah tak boleh binge-watching Enola Holmes 2 pada hujung minggu. Ha, menyesal tak?
Selepas dah habis layan movie, siapkan tugasan, mestilah kita akan tutup Macbook kita dengan merapatkan skrin, kan? Takkanlah nak tinggalkan terbuka macam tu sahaja. Paling bahaya kalau ada 'tangan-tangan kecil' di rumah. Pantang ada peluang, eh dia pula ambil alih tugas menaip walaupun Macbook tidak dihidupkan.
Tetapi, bila ada halangan di antara skrin dan keyboard, rapat lagi ke Macbook kita?
Semestinya, tidak! Jadi, penggunaan keyboard protector ini akan menyukarkan Macbook untuk ditutup rapat selepas penggunaan. Bahaya menanti, silap-silap terpaksa digantikan dengan baru.
Tahu tak bagaimana udara panas sebuah komputer riba keluar?
Udara panas komputer riba keluar melalui ruang pengudaraan dengan bantuan kipas yang berada di dalam Macbook anda. Jadi, kalau ada halangan seperti keyboard protector yang menutup ruang udara pada keyboard, udara panas ini akan terkurung dan akan menyebabkan kelembapan berlaku pada Macbook anda. Kelembapan ini akan memberi kesan bukan sahaja pada keyboard, malah pada motherboard dan juga komponen dalaman.
Selain itu, kesan dari haba terkurung ini akan menyebabkan berlakunya overheat yang akan menjejaskan motherboard. Masalah ini kerap menjadi punca Macbook anda pendek umur. Silap hari bulan, Macbook kesayangan anda boleh meletup!
Boleh, tapi semasa menggunakan Macbook sahaja. Jika selesai digunakan, jangan lupa tanggalkan keyboard protector tersebut dan simpan di tempat yang bersih untuk mengelakkan habuk atau debu melekat padanya. Rata-rata pengguna komputer riba, tidak kisahlah Apple Macbook atau jenama lain sekali pun, menggunakan keyboard protector dengan cara yang salah. Nak tahu apa salahnya?
Pertama, tidak membersihkan keyboard protector walaupun sudah dihantui habuk tebal. Fungsi utama keyboard protector adalah untuk menghalang habuk pada keyboard. Tetapi, kalau habuk tebal datang dari protector itu sendiri, sudah lari fungsi sebenarnya.
Kedua, penjimatan yang merugikan. Bagaimana jimat tapi rugi, pulak? Ha, yang ini mesti ramai yang lakukan - menggunakan keyboard protector yang sama berkurun lama. Asalnya nak jimat, tetapi kalau sehingga memudaratkan, bukan jimat lagi namanya. Buang sahaja yang lama, gantikan dengan yang baru. Macbook selamat, duit lagilah selamat!
Kalau anda merupakan pengguna Macbook yang risau dengan kesan buruk menggunakan keyboard protector, ini adalah inisiatif alat pembersihan yang boleh digunakan.
1. Gunakan Berus
Anda boleh menggunakan apa sahaja jenis berus yang ada di pasaran. Terdapat juga berus khas untuk pembersihan keyboard. Cari sahaja di platform e-dagang yang ada seperti Shopee, Lazada dan sebagainya. Kalau takut ditipu, beli dari kedai alat ganti peranti yang berdekatan anda.
Cara lebih mudah, ambil sahaja sebatang berus alat solek kakak, adik, ibu atau isteri anda. Tetapi, berhati-hati kerana sesuatu bakal menanti jika kantoi. Kami tak bertanggungjawab, ya.
2. Gunakan Vacuum Cleaner
Kedua-dua alat ini boleh didapati dari platform e-dagang seperti yang dinyatakan tadi. Pembersihan lebih mudah dijalankan kerana vacuum berfungsi menyedut habuk. Kalau gunakan berus, anda masih perlu membersihkan habuk yang keluar dari keyboard Macbook anda. Betul, kan?
Jika keyboard anda masih rosak walaupun anda tidak menggunakan keyboard protector, berkemungkinan besar komponen dalaman anda bermasalah. Tak perlu khuatir jika ini berlaku, bawa sahaja ke pakar kami di FixBay yang berdekatan anda. Pakar kami akan memeriksa kerosakan yang berlaku sebelum meneruskan proses baik pulih. Pilihan di tangan anda.
Jom lawati FixBay sekarang!