Whatsapp : 018 777 7680
fixbaymy@gmail.com

Cara Cek Versi macOS & Kemaskini Versi Terbaru Untuk Mac Korang!

Pernah tak korang nak download satu aplikasi, tapi sistem kata "macOS tidak menyokong"? Masa itulah korang tersedar betapa pentingnya tahu versi sistem yang sedang berjalan dan macam mana cara cek versi macOS. Menggunakan versi lama bukan sahaja mengehadkan fungsi, malah boleh menjadi punca keluar iklan sekiranya pada telefon jika sistem keselamatan sudah tidak dikemas kini. Memang haru-biru jadinya kalau kerja tergendala sebab sistem operasi (OS) yang dah "ketinggalan zaman".

Cara Cek Versi Macos

Cara Cek Versi macOS Yang Sedang Digunakan

Langkah pertama dalam kemaskini macOS adalah mengetahui kedudukan semasa sistem korang. Ikut langkah mudah ini:

  1. Pergi ke Menu Apple () di penjuru kiri atas skrin korang.
  2. Klik pada About This Mac.
  3. Satu tetingkap akan keluar memaparkan nama macOS (contoh: macOS Sonoma) dan nombor versinya.

Bila korang dah tahu versi apa, barulah senang nak tentukan sama ada perlu hantar ke FixBay untuk servis atau boleh buat kemaskini macOS sendiri di rumah.

Daftar Versi macOS Terbaru (Kemas Kini 2026)

Berikut adalah senarai versi macOS bermula dari yang paling terkini. Jika Mac korang masih menyokong versi di atas, sangat digalakkan untuk lakukan kemaskini macOS segera demi keselamatan data.

Nama macOSVersi Terkini
macOS Tahoe26.4.1
macOS Sequoia15.7.5
macOS Sonoma14.8.5
macOS Ventura13.7.8
macOS Monterey12.7.6
macOS Big Sur11.7.11
macOS Catalina10.15.8

(Senarai ini merangkumi versi yang paling stabil untuk prestasi optimum peranti Apple korang.)

Mengapa Korang Perlu Tahu Versi macOS?

Mengetahui versi sistem sangat penting untuk menentukan sokongan kemaskini macOS ikut model Mac. Apple biasanya memberikan sokongan penuh untuk tiga versi macOS yang paling terkini.

Jika versi Mac korang terlalu lama:

  • Aplikasi terbaru mungkin tidak boleh dipasang.
  • Peranti terdedah kepada ancaman virus atau malware attack.
  • Prestasi bateri dan kelajuan sistem mungkin merosot.

Janji SERVICE FixBay: Kami tawarkan diagnosis secara PERCUMA. Bawa Mac korang ke cawangan kami, dan kami akan cek sama ada Mac tersebut masih boleh memuat turun kemaskini macOS terbaru atau memerlukan pembersihan dalaman untuk kekal laju.

Mac Sangkut Masa Update? Jom Ke FixBay!

Kadang-kadang, proses kemaskini macOS boleh menjadi haru-biru kalau internet terputus atau storan penuh. Jangan paksa jika Mac korang sudah mula mengeluarkan bunyi pelik atau skrin menjadi gelap secara tiba-tiba.

Ingat pesan Abang FixBay: "Pilih yang beri ketenangan fikiran, bukan yang buat hati lagi pening!"

Misi kami di FixBay adalah #FixPhoneLifeBetter (dan Mac korang juga!). Sejak zaman Xpert Gadget lagi, kami pakar dalam memulihkan sistem Apple yang bermasalah.

Servis Mac Korang Dengan Pakar Di FixBay!

Jangan biarkan Mac korang ketinggalan zaman. Dapatkan bantuan profesional hari ini juga.

WhatsApp Abang FixBay untuk baiki telefon di 018-777 7680 atau terus je ke 7 Cawangan FixBay terdekat (Senawang , Seremban 2 , Ampang, Kajang, Semenyih, Sungai Petani dan Seberang Jaya).

Jom Follow Kami!

Website: fixbay.com.my
Facebook: @FixBayPhone
Instagram/Threads: @fixbay.my
TikTok: @abangfixbay

P.S. Terakhir: Kami Ada Solution Untuk Setiap Pilihan!

Apa jua telefon korang, kami ada kepakaran untuk baiki!

Some rights reserved  © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)