Risiko Meletakkan Pelapik Papan Kekunci Atau Skrin Pelindung Tebal Di MacBook

Papan kekunci dan paparan skrin adalah salah satu komponen terpenting pada MacBook. Walaupun anda turut menggunakan pad jejak atau mungkin menyambungkan tetikus ke peranti anda, papan kekunci membolehkan anda menaip, meletakkan arahan dan melaksanakan fungsi.

Ramai pengguna menggunakan pelindung papan kekunci dan skrin pelindung pada paparan skrin bagi tujuan melindungi MacBook mereka daripada sebarang kerosakan. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah pengguna hanya menggunakan accessories itu bagi tujuan estetik semata-mata.

Apakah Itu Pelindung Papan Kekunci?

Pelindung papan kekunci ialah bahan nipis yang diperbuat daripada plastik, poliuretana atau silikon yang diletakkan di atas MacBook atau papan kekunci komputer riba. Ia dibentuk untuk dimuatkan pada papan kekunci dengan ketebalan antara 0.12mm hingga 2mm.

Pelindung skrin mungkin memecahkan paparan MacBook anda sama sekali.

Terdapat juga risiko kerosakan skrin fizikal, terutamanya daripada pelindung skrin yang lebih tebal yang diperbuat daripada kaca. Disebabkan pelindung skrin ini selalunya terlalu tebal dan sering menyebabkan MacBook tidak dapat ditutup dalam keadaan yang baik.

Selain itu, jika anda menutup komputer riba anda terlalu kuat, pelindung skrin yang terkena pada bahagian bawah boleh merosakkan paparan skrin. Keadaan ini boleh juga menyebabkan paparan skrin tidak dapat berfungsi lagi dengan sempurna.

Namun, Apple juga mengesyorkan anda tidak meletakkan apa-apa accessories di antara papan kekunci dan paparan skrin apabila anda mahu menutup MacBook anda.

Jika anda mahu mendapatkan sebarang perkhidmatan berkaitan MacBook, anda boleh berkunjung ke FixBay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *