Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

Mitos Telefon Masuk Air Kena Rendam Dekat Beras

Saya terjatuhkan telefon saya ke dalam air! Jika berhadapan dengan situasi seperti ini, apakah reaksi anda? Terkejut, menjerit dan menangis?

Jadi apa yang patut saya lakukan sekarang? Anda haruslah bertenang dan usah panik.

Artikel ini kami akan kongsikan dengan anda cara terbaik yang boleh menyelamatkan telefon anda.

Beras Membantu Menyelamatkan Telefon Yang Terkena Air?

Fakta atau sekadar mitos?

Mungkin ada diantara anda pernah terdengar atau tahu tentang perkara ini. Ada yang mengatakan bahawa jika anda telah menjatuhkan telefon anda ke dalam tandas atau terkena air, apa yang anda perlu lakukan ialah meletakkan telefon tersebut ke dalam timbunan beras selama beberapa jam dan selepas itu keadaan telefon akan menjadi seperti biasa semula.

Adakah cara ini fakta yang boleh dipercayai atau ianya sekadar mitos? Namun cara ini hanyalah sekadar mitos dan ianya bukanlah cara yang berguna untuk diguna pakai.

Untuk pengetahuan anda, beras tidak dapat menyerap air dari udara dengan efektif untuk membantu mengeringkan bahagian dalaman telefon yang sudah terkena air.

Mungkin juga ada antara kita pernah menggunakan cara ini dan ianya berhasil terhadap generasi telefon jenis bateri yang mudah dicabut dan bukanlah untuk jenis telefon pintar seperti sekarang. Walaupun dengan menggunakan beras adalah mitos yang amat popular, ia bukan bahan terbaik untuk menyerap lebihan H2O (air).

Justeru harus diingatkan jika sebutir beras kecil, debu mahu pun habuk terperangkap pada mana-mana bahagian lubang telefon ianya mampu untuk mengakibatkan kerosakan yang tidak diingini.

Berikut kami kongsikan beberapa langkah yang dapat membantu menyelamatkan telefon anda :

1. Tutup atau matikan telefon.

Anda haruslah mengeluarkan telefon daripada air secepat mungkin. Sesetengah telefon mempunyai salutan kalis air yang boleh menahan kerosakan selama beberapa saat di dalam air.

Jika anda mempunyai salah satu daripada telefon ini, mungkin telefon anda tidak mengalami kerosakan akibat terkena air sama sekali jika anda segera mengeluarkan telefon daripada air. Kemudian, segera matikan telefon untuk mengurangkan kemungkinan sebarang komponen elektronik terputus.

Tanggalkan sarung pelindung telefon jika ada dan sebarang aksesori lain. Apa-apa sahaja yang masih disambungkan ke telefon mestilah ditanggalkan dengan secepat mungkin.

2. Keluarkan kad SIM dan kad Mikro SD

Seterusnya, gunakan pin atau alat yang bersesuaian untuk mengeluarkan kad SIM dan kad Mikro SD. Air mungkin masuk ke dalam lubang kecil ini dan anda tidak mahu mengambil risiko terpaksa menggantikan kad SIM mahu pun kad Mikro SD yang baru.

Selain itu juga jika jenis telefon anda membolehkan anda mengeluarkan bateri, anda boleh segera lakukannya. Semasa anda melakukan ini, berhati-hati untuk tidak mengetuk atau menggoncang telefon kerana anda mungkin boleh mengalirkan cecair di dalamnya.

Air yang terkena cas elektrik melalui mana-mana litar elektrik basah pasti akan menyebabkan masalah. Tetapi jika luar litar dalam keadaan basah ianya tidaklah seteruk membasahi litar aktif dan hanya kerana telefon menjadi basah tidak bermakna ia akan rosak serta merta. Jika anda bernasib baik, telefon anda mungkin telah dimatikan sebelum sebarang kerosakan besar berlaku.

3. Biarkan telefon anda di ruang terbuka dengan kipas.

Jika tiada pilihan, letakkan telefon anda di atas tuala kering atau permukaan penyerap lain dan letakkan kipas elektrik untuk meniup udara ke seluruh permukaan telefon anda. Lebih kuat kipas, lebih baik. Biarkan kipas menyala dalam keadaaan telefon dimatikan selama 48 hingga 72 jam.

4. Keringkan telefon dengan tuala lembut.

Anda juga boleh menggunakan tuala kertas atau kain tetapi pastikan ia lembut dan tidak berbulu. Berhati-hati agar tidak memindahkan sebarang air ke dalam ruang bahagian dalaman telefon. Tambahan itu, anda juga boleh menggunakan tuala untuk mengeringkan mana-mana bahagian yang anda boleh tanggalkan seperti kad SIM, kad mikro SD dan bateri.

5. Tunggu sehingga telefon kering untuk menghidupkannya semula.

Jangan cuba untuk hidupkan telefon atau buka sebarang applikasi untuk melihat sama ada ia berfungsi atau pun tidak. Tempoh masa standard yang disyorkan dalam situasi ini ialah satu hingga tiga hari.

6. Pantau.

Apabila telefon anda telah kering, ia mungkin boleh terus berfungsi. Anda harus memantau keadaan telefon dalam beberapa hari seterusnya dan uji prestasinya seperti memainkan muzik, mengambil gambar dan lain-lain. Jika anda masih menghadapi masalah, anda mungkin perlu membaiki atau menggantikan telefon.

Elakkan buat perkara seperti ini :

  • Jangan masukkan tuala di dalam port pengecasan.
  • Jangan masukkan sebarang objek lain di dalam port pengecasan, seperti kapas dan sebagainya.
  • Jangan tekan sebarang kekunci atau butang pada telefon anda.
  • Jangan goncang, ketik atau hentak telefon.
  • Jangan cas telefon, walaupun dengan pengecasan tanpa wayar.
  • Jangan keringkan telefon anda menggunakan sumber haba luaran seperti pengering rambut atau pun microwave.

Bagaimana Jika Telefon Masih Tidak Berfungsi?

Anda seharusnya sudah tahu bahawa tiada jaminan bahawa telefon anda akan selamat selepas terkena air. Boleh dikatakan terdapat hanya 50% peluang telefon anda akan berfungsi semula dengan baik. Tambahan itu juga, anda harus tahu bahawa kerosakan disebabkan air tidak dilindungi dalam waranti standard telefon anda.

Walaupun anda sudah mengikuti semua langkah seperti di atas dan telefon anda mungkin masih mengalami kerosakan.

Sekiranya telefon tidak berfungsi walaupun selepas mencuba pelbagai cara, anda dinasihatkan untuk ke pusat baik pulih telefon. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan baik pulih di FixBay untuk semua jenis telefon yang mengalami sebarang masalah dan FixBay sedia membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · FixBay Sdn Bhd (1463044-X)