Jam Pintar Masuk Air? Baca tips untuk penyelesaian

Generasi pada hari ini rata-rata mempunyai jam tangan pintar. Setuju tak? Bagaimana dengan anda yang sedang membaca artikel ini? Sudah ada jam tangan pintar? Atau masih lagi sedang berfikir untuk memiliki sepasang jam tangan pintar? Ikuti ulasannya.

Pada masa kini, ia sudah menjadi satu keperluan atau dengan kata lain ialah 'kepentingan' bagi yang terlalu sibuk bekerja atau aktif melakukan pelbagai aktiviti sukan serta memudahkan kehidupan seharian hanya dengan memakainya di pergelangan tangan anda. Tidak perlu lagi melihat skrin telefon anda jika tidak mahu membawanya kemana-mana jika hendak beraktiviti.

Tetapi? Tahukah anda jika berlaku sebarang kemungkinan pada jam pintar itu? Kebanyakan masalah rata-ratanya berpunca daripada masalah jam pintar dimasuki air. Apa perlu anda buat jika terjadi kepada anda? Ikuti tips ini dan anda tidak akan menyesal di kemudian hari.

Baca tips yang berkaitan untuk kerosakan jam pintar anda.

  1. Elakkan aktiviti air

Pelbagai produk jam tangan pintar pada hari ini dapat menyokong ketahanan air dengan standard yang tersendiri. Pembeli ada kalanya terkeliru dan salah faham tentang produk ini dan menyebabkan mereka merasakan bahawa jam tangan pintar ini mempunyai ketahanan air yang sama. Tetapi! Tahukah anda bahawa setiap ketahanan jam tangan air adalah berbeza dan dinilai melalui standard ketahanan air. Jadi? Anda tidak digalakkan untuk menggunakan Apple Watch ketika melakukan aktiviti air. Kenapa dan bagaimana? Jom baca.

Sebenarnya, anda mesti tahu tahap kedalaman air mengikut jenis jam pintar anda itu. Antara langkah keselamatan dan anda mesti berjaga-berjaga jika jam pintar anda terkena air adalah:

a. Terdapat jam pintar yang fungsinya kalis air. Tetapi anda perlu ingat, ianya tidak berkesan dalam jangkamasa panjang, malah akan menjadi semakin lemah dari semasa ke semasa.

b. Jika skrin anda tidak 'alert' pada sentuhan kerana terdapat air pada jam atau jari anda? Apa yang perlu dilakukan? Mudah saja. Ambil kain yang lembut dan lapkan pada permukaan skrin berkenaan. Senang kan?

c. Adakah tali jam juga memainkan peranan yang penting? Betul. Tepat tekaan anda. Jika menggunakan tali kulit, anda boleh menggantikannya dengan tali silikon supaya air tidak meresap dengan banyaknya jika ada aktiviti bersukan dan sebagainya.

d. Anda mesti cas jam pintar anda di tempat yang sesuai supaya tidak terdedah kepada hujan atau cecair yang akan menyebabkan jam anda dimasuki air.

2. Fahami terma dan syarat

Beberapa tinjauan yang dilakukan oleh pihak pengeluar jam tangan pintar mendapati bahawa rata-rata pembeli mempercayai jam pintar mereka adalah kalis air. Tanpa disedari, mereka juga tidak membaca atau memahami terma dan syarat dengan betul semasa pembelian jam tangan pintar itu. Kita sebagai pembeli perlulah lebih bijak dan berhati-hati untuk menjaga barangan yang mudah sensitif terhadap air.

Oleh itu, baca dan fahami syarat yang telah diberikan oleh pihak Apple ya. Jika anda ada sebarang pertanyaan yang ingin diajukan kepada pihak mereka, jangan ragu-ragu bertanya tentang jam pintar anda itu. Amat mudah bukan?

3. Rujuk perkhidmatan pembaikan yang dipercayai

Pelbagai cara telah dilakukan namun jam pintar anda masih belum dapat diselamatkan? Anda sudah kehabisan idea untuk menyelesaikan masalah ini? Sudah tiba masanya anda berjumpa atau bercakap dengan wakil sah kami. Apa tunggu lagi? Cepat-cepat bawa jam pintar anda itu ke pusat servis atau pengedar yang sah untuk mendapatkan bantuan pakar yang lebih arif.

Jika anda bernasib baik, anda masih boleh menggunakan 'warranty' yang terdapat dalam terma dan syarat semasa pembelian terdahulu. Kembalikan jam pintar anda secara 'normal' seperti sediakala. Dengan adanya perkhidmatan dari Fixbay, anda tidak perlu gusar lagi kerana mereka pakar dalam membaik pulih gajet berteknologi tinggi.

KESIMPULAN

Buat perbandingan sekarang jika anda ingin membeli jam tangan pintar. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang berdasarkan 'fakta' berkenaan jam pintar anda. Kami di Fixbay sudi membantu anda jika memerlukan pemeriksaan "kerosakan" segera. Hubungi mana-mana pusat perkhidmatan FixBay untuk bantuan.

One comment on “Jam Pintar Masuk Air? Baca tips untuk penyelesaian”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *