Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

Eh, Kenapa Speaker Telefon Saya Tak Berbunyi?

Speaker merupakan komponen yang penting untuk sebuah telefon pintar. Tanpa speaker, telefon pintar tidak lagi berharga, kerana aktiviti seperti mendengar lagu, menonton movie, atau video memerlukan bunyi yang dihasilkan melalui speaker. Komunikasi juga akan terbatas sekiranya speaker telefon anda terjejas. Kerosakan speaker merupakan kerosakan yang amat membimbangkan pengguna telefon pintar itu sendiri.

Punca-punca Telefon Tak Berbunyi

Sebelum anda mengambil keputusan untuk menghantar servis, kenali  dahulu punca-punca berlakunya kerosakan tersebut. Sekiranya anda boleh membaiki kerosakan itu sendiri, dapatlah kurangkan kos membaik pulih telefon pintar anda. Lebih jimat, bukan?

1. Telefon Anda Kerap Terjatuh

Punca utama yang sering kali pengguna lakukan sehingga speaker tidak berbunyi adalah kerap menjatuhkan telefon pintar mereka. Tidak kiralah, sama ada terjatuh, dijatuhkan mahu pun sengaja menjatuhkannya, perbuatan tersebut akan memberi impak besar terhadap speaker telefon pintar anda.

Hentakan yang berlaku akibat terjatuh boleh menyebabkan kerosakan speaker anda sehingga tidak mengeluarkan bunyi berpunca daripada perlanggaran komponen-komponen di dalam telefon pintar. 

Justeru, elak dari meletakkan telefon pintar anda ditempat-tempat tinggi atau di tempat berisiko terjatuh seperti di dalam poket seluar, atau di dalam poket di hadapan beg anda. Jika anda seorang ibu atau bapa, elakkan tempat yang mampu dicapai oleh anak-anak kerana ramai pengguna mengatakan telefon pintar mereka kerap terjatuh berpunca dari ‘tangan-tangan kecil’ tersebut.

2. Masalah Sistem

Sebagai seorang pengguna telefon pintar yang bijak, check sistem telefon anda terlebih dahulu sebelum menghantarnya servis. 

Pernah tak anda melihat sebuah video yang memaparkan seorang pensyarah dari Singapura terpaksa menggantikan kelasnya semula berpunca dari telefon pintarnya yang di mute sepanjang waktu kelas? Ini berlaku semasa pembelajaran secara atas talian oleh seorang profesor Matematik di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dong Wang pada bulan Februari, tahun lalu.

Mengikut kenyataan dari para pelajarnya, pembelajaran tersebut berjalan lancar sebelum skrin pengajar tersebut secara tiba-tiba tersekat dan kemudian profesor itu muncul semula dengan mikrofon yang di mute. Ha, nampak tak betapa pentingnya untuk anda semak sistem telefon dahulu sebelum menghantar servis? Antara masalah sistem yang kerap berlaku sehingga menyebabkan speaker telefon anda tidak berbunyi adalah seperti berikut:

  • telefon berada dalam keadaan senyap (mute);
  • telefon anda mengalami bug;
  • telefon anda masih bersambung dengan headset atau bluetooth speaker.

3. Masalah Komponen

Sekiranya tiada masalah pada sistem telefon anda, segera periksa komponennya pula. Tindakan ini boleh dilakukan sendiri sekiranya anda mahir, atau meminta bantuan kedai untuk mengenal pasti punca terlebih dahulu sebelum membuat keputusan seterusnya. Masalah komponen yang sering terjadi kepada pengguna pada speaker mereka sehingga hilang bunyi adalah:

  • kabel pada speaker tercabut atau longgar;
  • lilitan pada coil speaker longgar.

Masalah ini boleh diatasi dan dilakukan sendiri dengan pematerian semula kabel dan lilitan pada coil speaker. Sekiranya anda tidak mahir dalam pematerian, elak membaikinya sendiri kerana boleh mengakibatkan kerosakan secara kekal pada speaker telefon anda. Tak nak keluarkan duit untuk baiki? Elakkan dari melakukan perkara yang mampu memberi kesan kepada komponen pada telefon pintar anda.

Bila ada masalah, mestilah ada penyelesaian, kan? Tetapi kalau nak elak masalah, mestilah kena tahu cara. Ha, jom cuba tips yang kami sediakan ini. Mana tahu boleh membantu anda atasi masalah speaker telefon anda yang tak berbunyi tu!

1. Check Settings Bunyi

Anda perlu pastikan sama ada speaker telefon anda berada dalam mod senyap atau tidak. Settings bunyi ini mungkin berbeza untuk setiap jenis telefon, namun pasti anda sudah mahir dengan settings telefon pintar, bukan? Sekiranya tidak, anda boleh rujuk cara di bawah:

  1. Buka settings telefon anda.
  2. Klik di bahagian bunyi dan getaran.
  3. Kemudian naikkan volume anda semaksima yang mungkin.
  4. Akhir sekali, test kembali bunyi telefon anda.

Ha, ada bunyi tak? Sekiranya speaker anda masih lagi tidak berbunyi, cuba periksa kembali mod bunyi anda. Sekiranya dalam keadaan mute , aktifkan semula kepada mod sound. Caranya mudah sahaja. Slide bahagian atas telefon anda > kemudian aktifkan mod sound.

2. Clear Cache

Tips ini untuk menghilangkan bug pada sistem telefon anda. Bila anda hapuskan cache ini, data-data sementara yang ada pada telefon pintar anda akan terhapus. Hasilnya, kerosakan yang terjadi pada sistem akan kembali normal. Nak cuba demi mengatasi speaker anda yang tak berbunyi itu? Jom, kami tunjukkan caranya.

  1. Klik tombol power dan matikan telefon anda.
  2. Telefon dah mati, tekan tombol power + volume up selama beberapa saat.
  3. Keluar sahaja mode recovery, klik pada wipe.
  4. Pilih tombol wipe cache dan tekan confirm.
  5. Selesai sahaja semua langkah tadi, restart semula telefon anda.

3. Reset Factory

Langkah yang ketiga ini sangat berisiko, ya. Sekiranya anda masih mahu meneruskan proses ini, pastikan data anda seperti gambar, dokumen atau video yang penting disimpan rapi pada alat peranti yang lain. Ini kerana, proses ini akan menghapuskan semua data anda termasuk yang berada di internal.

  1. Buka settings telefon anda.
  2. Klik pada pilihan backup and reset.
  3. Kemudian klik pada factory reset.

4. Lakukan Speaker Test

Sekiranya semua proses di atas telah dilakukan tetapi speaker anda masih lagi tidak berbunyi, cuba pula tips ini:

  1. Buka menu telefon anda dan taip *#0#*
  2. Secara automatik, halaman baru akan muncul.
  3. Klik pada pilihan speaker dan test speaker anda.

5. Servis Speaker

Sekiranya semua tips telah dilakukan, tetapi speaker telefon anda masih tidak juga berbunyi, berkemungkinan internal speaker pada telefon anda telah rosak. Tiada tips lain yang mampu dilakukan lagi, melainkan menghantar untuk servis. Gunakan kad jaminan (warranty card) yang masih sah di service centre. Duit jimat, telefon pun selamat.

Ha, dah banyak tips yang kami berikan. Punca-punca juga kami sediakan. Jadi, jangan risau sekiranya speaker telefon anda tidak berbunyi. Pastikan punca-puncanya dahulu sebelum mengambil keputusan untuk servis. Tetapi, kalau dah rosak internal itu, jangan pula jadi Alexander Graham Bell generasi baru sekiranya tiada kemahiran. Datang saja ke cawangan FixBay yang berdekatan. Kami pasti mampu selesaikan masalah anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2023 · FixBay Sdn Bhd (1205988-M)