Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

Butang Telefon Bimbit Anda Tidak Berfungsi? Lakukan 5 Teknik Ini Segera!

Kemajuan dalam dunia teknologi telefon bimbit memperlihatkan butang kekunci fizikal pada telefon bimbit semakin jarang dilihat. Tetapi terdapat juga beberapa fungsi yang masih bergantung pada butang untuk melakukan perkara asas seperti menghidupkan skrin dan kelantangan suara. Butang kekunci mekanikal ini juga boleh mengalami haus dari semasa ke semasa memandangkan penggunaan butang-butang ini sangat kerap setiap hari.

Butang yang rosak boleh menjadi sangat menyusahkan—terutamanya jika tempoh waranti anda tamat. Jika butang kelantangan suara, butang utama atau butang kuasa tidak berfungsi, jangan panik dan putus asa dengan telefon bimbit anda.

Sebaliknya lakukan 5 perkara ini segera:

1. Semak Sama Ada Butang Telefon Bimbit Benar-Benar Mati

  • But Semula Telefon Anda

But semula akan memulakan semula semua perkhidmatan latar belakang dan menghidupkan semula komponen teras telefon anda sekiranya sesuatu telah lumpuh atau tidak berfungsi. Namun, jika butang kuasa tidak berfungsi untuk melakukan but semula, maka anda boleh memulakan semula telefon bimbit anda menggunakan ciri Mulakan Semula Auto (Auto Restart).

Caranya adalah:

  1. Pergi ke tetapan telefon anda dan cari bahagian bertajuk Bateri dan Penjagaan Peranti (Battery and Device Care) atau yang serupa.
  2. Pergi ke ellipsis di penjuru kanan sebelah atas skrin anda dan pilih Automasi (Automation).
  3. Di sini, anda akan menemui pilihan untuk mula semula automatik pada masa yang ditetapkan.
  4. Hidupkan ia, kemudian pilih hari ini dan tetapkan masa untuk telefon anda dimulakan semula.
  5. Telefon anda akan dimulakan semula dalam masa satu jam dari masa yang anda tetapkan.
But Semula Telefon Bimbit
  • But Semula ke Mod Selamat (Safe Mode)

Satu lagi cara untuk menguji sama ada virus yang menyebabkan masalah butang anda adalah dengan but semula ke mod selamat. Pada asasnya, mod selamat ialah kawasan yang mengehadkan perisian yang pada asalnya dihantar bersama dengan aplikasi ketiga ketika anda memuat turun.

Jika anda memasang mod selamat, tiada perkhidmatan dan aplikasi pihak ketiga yang sedang berjalan. Jika butang yang dimaksudkan berfungsi seperti biasa dalam mod selamat, maka jelas menunjukkan bahawa penyebabnya ialah aplikasi daripada pihak ketiga.

  • Diagnosis Butang Telefon Bimbit Anda

Kaedah terakhir untuk mengesahkan bahawa masalah kegagalan butang telefon bimbit anda disebabkan oleh kegagalan perisian adalah dengan mendiagnosis butang telefon anda melalui aplikasi. Anda boleh mencuba aplikasi yang dipanggil TestM daripada PlayStore. Muat turun dan klik Hardware pada halaman utama. Seterusnya, pilih Hardware dan ikut arahan pada skrin. Jika TestM dapat mengesan input butang anda, anda telah mengesahkan bahawa masalah anda adalah disebabkan oleh perisian.

Jika gagal, anda boleh mencuba tetapan semula kilang (Factory Reset) yang lengkap di Tetapan > Sistem > Lanjutan > Tetapkan semula pilihan. (Settings > System > Advanced > Reset options).

Muat turun TestM disini!

2. Bersihkan Celahan Di Sekitar Butang

Bersihkan Celahan Butang Telefon Bimbit

Kekunci butang telefon sentiasa terdedah kepada dunia luar dan segala kotoran. Anda juga boleh meniup udara ke dalam kawasan yang berpotensi terjejas dan membersihkannya menggunakan pencungkil gigi atau kapas. Jika nasib anda baik, ia sudah cukup untuk membuat komponen butang telefon bimbit anda berfungsi semula.

3. Gantikan Butang Secara Maya (Virtually Replicate Button Actions)

Sebelum mendapatkan bantuan profesional, anda boleh mencuba menggunakan bantuan aplikasi lain. Aplikasi ini mempunyai keupayaan untuk meniru tindakan butang supaya anda boleh bertahan tanpa menggunakan butang kekunci fizikal.

  • Buat Pengguna Android Gantikan Butang dengan Button Savior
Button Savior Untuk Android

Jika butang kuasa atau butang kelantangan suara pada telefon Android anda sangat teruk untuk dipakai, anda boleh menggantikannya dengan beberapa aplikasi lain. Salah satu yang terbaik ialah Button Savior. Ia akan menambahkan panel kecil di sisi skrin anda dan memberi akses kepada butang kuasa, utama, kamera, panggilan dan kelantangan.

Muat Turun Button Savior Di Sini!

  • Buat Pengguna iPhone – Gantikan Dengan AssistiveTouch
Assistivetouch Untuk Iphone

Buat pengguna iPhone, anda sangat beruntung kerana telefon bimbit iPhone dengan iOS 5 dan ke atas mempunyai pilihan yang cukup hebat yang dipanggil AssistiveTouch. Hanya pergi ke Tetapan > Umum > Kebolehcapaian dan lihat ke bawah ke AssistiveTouch. Hidupkan AssistiveTouch dan anda akan melihat butang kelabu kecil bertindih di atas skrin anda. Anda boleh mengalihkannya ke mana-mana yang anda mahu dan klik butang tersebut untuk mendapatkan banyak pilihan. Ringkasnya, ia menggantikan hampir semua yang anda boleh lakukan sebelum ini dengan butang fizikal bahkan lebih lagi.

4. Kerosakan yang disebabkan Air? Biarkan Ia Kering

Sekiranya butang telefon anda telah berhenti berfungsi selepas kemalangan yang berkaitan cecair, anda tidak perlu berbuat apa-apa lagi. Anda hanya perlu memastikan bahagian dalam telefon anda benar-benar kering. Terdapat pelbagai kaedah untuk menyelamatkan telefon yang terkena air, namun pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah matikan telefon bimbit anda serta-merta, biarkan ia kering sepenuhnya.

Perlu diingati jika kerosakan disebabkan cecair ini tidak ditangani oleh mereka yang profesional, ia akan menjadi seperti tikus membaiki labu. Anda perlu berkunjung ke pusat membaiki telefon bimbit antaranya pusat perkidmatan FixBay yang mampu membaiki pelbagai jenis kerosakan telefon bimbit terutamanya kerosakan disebabkan cecair dengan segera.

Dapatkan Bantuan Professional

5. Dapatkan Bantuan Profesional

Dalam kebanyakan situasi, anda sepatutnya berjaya mengembalikan kefungsian butang telefon bimbit anda sekurang-kurangnya satu daripada langkah yang ditulis diatas. Namun, jika ianya masih tidak berfungsi dan menganggu aktiviti harian anda, maka pilihan terakhir anda, sudah tentu, adalah dengan berkunjung ke pusat perkhimatan telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan profesional. Di FixBay, semua team yang mengendalikan kes membaiki telefon bimbit adalah daripada kumpulan terlatih dan professional. Anda tidak perlu risau kerana telefon bimbit anda dijamin berada dalam tangan pakar.

Pusat Servis Fixbay

Hanya kerana anda tidak menaik taraf telefon anda setiap tahun tidak bermakna anda perlu biarkan sahaja telefon anda dengan butang yang rosak. Penyelesaian ini tidak sehebat mempunyai butang fizikal tetapi ia dapat membantu anda melaksanakan urusan di dalam telefon bimbit dengan selesa, sekurang-kurangnya sehingga anda mampu untuk naik taraf kepada telefon bimbit yang seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · FixBay Sdn Bhd (1463044-X)