Adakah Berbaloi Membaiki Telefon Anda Berbanding Membeli Baru?

Pada masa kini, telefon pintar telah menjadi sebahagian dalam kehidupan kita. Tidak kira harga mencecah berapa ribu Ringgit, ramai orang pasti akan membelinya kerana telefon pintar adalah keperluan semua walaupun ia mungkin akan membebankan sesetengah pihak.

Mahal mana pun, jangkaan untuk telefon pintar kita yang dibeli pada harga mahal untuk rosak pasti sudah ada. Rasa kecewa kerana kemerosotan prestasi peranti dan rasa berang kerana peranti mula menimbulkan kesan-kesan kerosakan menjadi dilema kepada semua. Dilema sama ada untuk membaiki atau mengganti kepada telefon pintar yang baharu.

Apakah yang akan anda lakukan apabila perkara ini berlaku? Adakah anda akan mempertimbangkan untuk membaikinya? Atau adakah anda akan membeli yang baru?

Persoalan utama sama ada membaiki atau mengganti adalah rumit, terutamanya apabila anda tidak mempunyai bajet yang mencukupi. Anda mungkin akan mula panik, jika telefon rosak dan jaminan pula sudah tamat tempoh. Jadi anda perlu memutuskan sama ada untuk membaikinya atau mengeluarkan wang untuk membeli telefon baharu.

Kos Membaiki vs Kos Mengganti

Ini adalah perkara paling utama yang perlu difikirkan. Jika mengganti telefon akan menelan kos mencapai RM3000 dan membaikinya hanya akan menelan kos mungkin 10x ganda lebih murah - maka membaiki mungkin pilihan terbaik. Anda juga harus mempertimbangkan nilai telefon yang anda miliki.

Walaupun kos membaiki vs mengganti kelihatan seperti keputusan yang mudah pada pandangan awal, anda masih perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membuat keputusan.

  • Berapa tahun usia telefon anda?
  • Kemampuan bajet anda bagi telefon baru?
  • Berapa lama anda boleh hidup tanpa telefon sekarang?
  • Adakah anda mahu menaik taraf telefon?
kebaikan dan kekurangan membaiki telefon

4 sebab kenapa membaiki lebih berbaloi berbanding membeli baru!

Membaiki Menjimatkan wang

Menggantikan telefon baharu tidak salah tetapi ia boleh menjejaskan bajet anda kerana membeli telefon pintar baharu boleh menjadi mahal. Dalam kebanyakan kes, membaiki akan menjadi jauh lebih murah berbanding membeli yang baru. Jadi, jika telefon anda mengalami skrin retak, kerosakan komponen, masalah pengecasan, isu bateri atau sebarang kerosakan lain yang serupa, maka adalah lebih baik ia dibaiki daripada membelanjakan ribuan ringgit untuk menggantikannya.

Membaiki Menjimatkan Masa

Apabila anda ingin menukar telefon lama anda dengan yang baru, anda tidak hanya pergi dan membelinya. Mula-mula, anda perlu menyelidik telefon, ciri, kelebihan dan kekurangan serta juga melihat bajet. Paling utama adalah anda perlu mendapatkan semula data dan kemudian memindahkan data kepada telefon baharu.

Bukan senang hanya sekadar ingin membeli yang baru. Jika anda memutuskan untuk membetulkan isu yang terdapat dalam telefon anda, ia tidak akan mengambil banyak masa, terutamanya untuk kerosakan kecil. Kebanyakan pusat servis membaiki hanya memerlukan minimum 30 minit sahaja untuk membetulkan kerosakan. Jadi, membaiki telefon anda sememangnya menjimatkan masa anda bersama-sama dengan wang.

gunakan waranti

Jika anda mempunyai masalah pada telefon anda dan ia masih dalam jaminan, anda boleh membaikinya tanpa membayar sebarang duit. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang syarikat letakkan untuk pembaikan percuma ini. Namun proses ini agak memakan masa berbanding berkunjung terus ke pusat servis membaiki telefon.

Mendapatkan Nilai Maksimum

Sebelum menggantikan telefon anda dengan yang baharu, cuba tanya diri anda sama ada anda telah menggunakan telefon anda semaksimum yang mampu?

Apabila anda membeli mana-mana telefon baharu, anda meluangkan masa untuk mempelajarinya, membaca ulasannya dan kemudian membelanjakan sejumlah wang yang banyak. Segala-galanya akan menjadi sia-sia jika anda tidak menggunakannya dengan semaksima mungkin. Luangkan sedikit masa untuk memikirkan pelaburan anda untuk telefon itu dan buat perbandingan antara yang terbaik mengikut keperluan dan bajet anda.

Sememangnya setiap wang yang dibelanjakan untuk membeli telefon bimbit bertujuan untuk penggunaan jangka masa panjang, jadi jika ia rosak sebenarnya ia masih boleh dibaiki. Jika anda masih ragu-ragu, guna skala potensi pembaikan telefon anda di sini.

Sehingga kini kita telah membincangkan sebab-sebab untuk memilih membaiki telefon yang rosak dan bukannya membeli yang baru. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat juga situasi di mana mengganti telefon baharu adalah lebih baik daripada membaikinya.

3 keadaan membaiki telefon tidak lagi berbaloi buat anda

Apabila model telefon anda sudah lapuk sama sekali dan tiada alat ganti yang dijual di pasaran.

Apabila kerosakan telefon bimbit anda sangat teruk dan tidak boleh dibaiki.

Apabila kos membaiki telefon bimbit anda lebih tinggi berbanding membeli yang baru.

Jadi, semak kes-kes tersebut dan fikirkan secara mendalam sebelum membuat pilihan sama ada anda akan membaiki telefon anda yang rosak atau akan membeli yang baharu.

Di manakah anda harus pergi untuk membaiki telefon anda?  

Berita baik buat anda kerana di FixBay, juruteknik kami menawarkan konsultasi PERCUMA dan dilatih untuk membetulkan semua jenis gajet—termasuk peranti Apple, Android, Apple Watch dan banyak lagi!

Lebih 10 tahun dalam industri, FixBay mempunyai ulasan dalam talian yang bagus, menggunakan alat ganti yang berkualiti dan menawarkan jaminan dan After Sales Service untuk perkhidmatan mereka. Dengan tawaran perkhidmatan baik pulih yang sangat berpatutan dan dipercayai ini, ia mungkin jauh lebih menjimatkan kos daripada menggantikan telefon bimbit. Apatah lagi, membaiki telefon bimbit adalah salah satu cara untuk menjaga alam sekitar! Menarik bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram