Bagaimana Habuk Yang Terkumpul Menyebabkan MacBook Panas Dan Kejung?

MacBook mempunyai daya ketahanan tinggi, tetapi hakikatnya ianya tidak tahan lama seperti yang difikirkan para pengguna. Kemungkinan besar anda boleh merosakkannya dalam pelbagai cara.

Siapa tahu bahawa habuk yang terkumpul akan menyebabkan MacBook menjadi panas dan kejung. Namun begitu, MacBook masih memerlukan langkah berjaga-jaga semasa penggunaannya untuk memastikan ianya dapat berfungsi selama yang mungkin.

Segala macam masalah mungkin menyebabkan MacBook anda menjadi terlalu panas, bermula daripada pengumpulan habuk di dalam lubang-lubang bahagian dalamannya.

Apabila habuk terkumpul di bahagian komponen dalaman, ia mula menjejaskan peredaran udara. Jika udara tidak boleh beredar, maka haba tidak boleh keluar dengan sempurna. Tambahan itu juga, jika haba tidak dapat keluar maka suhu keseimbangan dalaman akan terus meningkat dan akhirnya menjadikan MacBook menjadi terlalu panas.

Jika MacBook anda secara konsisten terlalu panas dan anda sukar untuk mengenal pasti sebabnya, anda mungkin perlu untuk memasang applikasi yang membolehkan anda mengatasi kelajuan kipas secara manual.

MacBook Boleh Menjadi Terlalu Panas

Isu ini adalah perkara biasa kepada pemilik MacBook, terutamanya mereka yang mempunyai MacBook Air 2020. Jika MacBook anda masih menjadi terlalu panas, maka anda hendaklah membuat semakan selanjutnya.

Anda boleh berkunjung ke FixBay berdekatan anda dan kami menyediakan perkhidmatan semakan sebarang jenis peranti secara percuma! Dengan kepakaran FixBay mempunyai professional bertauliah dalam membaik pulih sebarang jenis peranti di semua cawangan FixBay seluruh semenanjung Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *