Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Apa Nak Buat Kalau Phone Masuk Air?

Kita semua mesti pernah ada masalah dengan phone masuk air ni. Yelah, kadang-kadang nak ambil gambar time snorkeling tu semua kan.

Mungkin terjatuh atau casing halang air tu bocor. Mungkin juga sebab hujan, air tumpah kat meja makan dan sebagainya. Maka phone anda ni masuklah air. So apa nak kena buat?

Anda boleh follow panduan ni kalau phone anda masuk air atau terkena air dalam tempoh yang lama.

6 Tips Selesaikan Masalah Phone Masuk Air

Matikan Phone Dengan Segera

Kalau phone anda terkena air, perkara pertama sekali yang anda kena buat adalah matikan phone anda tu secepat mungkin.

Ini boleh mengelakkan kerosakan pada bahagian komponen seperti skrin, motherboard, camera dan lain-lain.

Jangan cuba hidupkan phone anda untuk check phone masih boleh berfungsi ataupun tidak kerana ini mungkin boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius.

Biarkan dalam tempoh yang lama (7-14 hari) dan pastikan tiada air di dalam sebelum hidupkannya. Okay sekarang ikut langkah yang seterusnya.

Keluarkan Bateri (Jika boleh)

Kalau phone anda menggunakan bateri yang boleh dikeluarkan, cuba untuk buka dan cabutkan bateri dari phone anda.

Biarkan phone anda dalam keadaan dimana tiada apa-apa aliran elekrik yang boleh berlaku untuk mengelakkan masalah component rosak yang lebih serius.

Jangan Keringkan Dengan Pengering Rambut

Ramai orang cuba guna cara ni. Walaupun nampak macam logik tapi sebenarnya tak logik langsung.

Seeloknya anda boleh gunakan tisu kering atau kain mikrofiber untuk keringkan phone anda secara perlahan-lahan.

Anda juga boleh balut phone anda dengan kain atau tisu selepas mengeringkan permukaan phone anda.

Jangan Tekan Butang Atau Cuba Cas

Kalau phone dah basah, janganlah sesekali cuba untuk cas. Itu cari masalah namanya. Kami yakin u all's boleh je hidup tanpa phone untuk 2-3 hari kan.

Kalau urgent sangat, try gunakan phone lain. Tukar simkad dan sebagainya kalau ada urusan kerja.

Letak Phone Dalam Bekas Berisi Beras. Berkesan ke?

Ini adalah kaedah popular untuk hilangkan air yang tertinggal dalam phone anda. Ramai gunakan cara ni tapi banyak buat dengan cara yang salah.

Ye masukkan phone dalam bekas berisi beras ni memang menjadi disebabkan beras boleh menyerap air-air yang tertinggal.

Cuma sebelum masukkan phone dalam bekas beras, pastikan anda menutup component tempat charging phone dengan salotape untuk mengelakkan beras tersumbat disitu.

Untuk proses yang lebih cepat, pastikan letak sekali bahan penyahlembapan atau silica gel. Cuma kena banyak ler. Letak sekali semua dalam bekas berisi beras tu.

Apa pun, letak phone dalam bekas beras ni sebenarnya MITOS. Dengan lain cerita, cara ni tak berkesan pun. Jadi yang terakhir sekali adalah, bawa ke kedai untuk repair phone anda kalau tak dapat ON. hehe

Bawalah Ke Kedai Repair Phone

Kalau nak ON pun tak boleh, jawapnya kenalah hantar ke kedai repair phone. Kalau semua tips dekat atas dah follow tapi masih tak boleh ON memang kena hantar ke kedai.

Pakar repair phone boleh check sekiranya ada component phone yang telah rosak dan beritahu anda cara untuk elokkan semula phone anda tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)