Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 03 5886 5548 / 013 900 0006
akif@fixbay.com.my

Adakah Selamat Meninggalkan MacBook Di Dalam Kenderaan

Selamat atau tidak jika anda meninggalkan MacBook di dalam kenderaan?

Meninggalkan MacBook anda di dalam kereta boleh menyebabkan beberapa masalah jika suhu berubah ke satu tahap ekstrem yang akan menyebabkan masalah pada MacBook di masa hadapan.

Kereta boleh cepat menjadi panas. Ianya juga boleh menjadi lebih panas daripada suhu udara luar. Barang peribadi, berharga mahupun MacBook tidak sepatutnya ditinggalkan di dalam kereta pada waktu siang atau semalaman bagi mengelakkan kes kecurian mahupun risiko rosak.

Risiko jika meninggalkan MacBook di dalam kereta

Bahagian dalam kereta anda boleh menjadi sangat panas. Haba di dalam kereta pada cuaca panas mungkin juga dapat mencairkan plastik, yang bermaksud ia boleh mencairkan komponen halus di dalam MacBook anda.

Tambahan lagi, keadaaan seperti itu boleh merosakkan cakera keras, paparan skrin, kabel penyambung dan banyak lagi hanya dengan meninggalkan MacBook di dalam kereta semasa cuaca panas. Satu lagi risiko besar apabila meninggalkan komputer riba anda di dalam kereta ialah risiko ianya akan dicuri.

Dapatkan perkhidmatan terbaik di FixBay

Dikenali dengan kepakaran membaiki pelbagai jenis gajet, Fixbay kini mempunyai pusat baik pulih khas bagi membaiki MacBook di Shah Alam. Kami di FixBay merupakan pusat baik pulih terbaik bagi kesemua masalah telefon anda, dari pembaikan semua jenis telefon pintar, iPad, Apple Watch dan MacBook. Juruteknik kami di FixBay menerima latihan yang terbaik. Jom berkunjung ke FixBay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2023 · Fixbay Legacy Sdn Bhd (1208228-H)