Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Elakkan Daripada Menjadi Mangsa Penipuan Kedai Telefon

Dunia semakin berkembang maju dengan kecanggihan teknologi yang semakin meluas. Kita mempunyai lebih banyak peluang untuk ditipu oleh penipu. Penipu semakin bijak menipu dengan pelbagai cara dan helah.

Anda harus memastikan diri agar tidak mudah terpedaya dan mengetahui fakta yang boleh melindungi telefon pintar anda dengan bijak bagi membantu mengelakkan dan meminimumkan risiko untuk menjadi mangsa penipuan banyak pihak di luar sana.

Kini telah banyak wujud kedai membaiki telefon yang menawarkan perkhidmatan untuk membaiki telefon pintar secara terus di hadapan anda dan boleh membaiki telefon pintar dengan kadar segera hanya dengan beberapa jam sahaja. Ini dapat menarik minat anda sebagai pelanggan dan menambah keyakinan anda terhadap servis di kedai membaiki telefon pintar tersebut.

Walau bagaimanapun, pasti akan berlaku kes-kes di mana pelanggan harus meninggalkan telefon pintar mereka. Setelah di periksa masalah, tiba-tiba wujud beberapa masalah lain yang tidak pernah berlaku pun sebelum ini dan tetapi hanya diberitahu setelah telefon ditinggalkan di kedai tersebut.

Sebagai pengguna yang bijak, anda harus berwaspada dan memastikan diri tidak ditipu. Ini adalah beberapa tips yang anda boleh lakukan dengan selamat:

1) Sandarkan telefon pintar anda

  • Bagi pengguna iPhone, anda boleh memilih sama ada untuk menyandarkan (back up) segalanya ke iCloud atau terus ke komputer dengan menggunakan kabel USB.
  • Namun ianya agak sedikit rumit bagi pengguna Android, anda boleh menyandarkan (back up) applikasi, mesej, pilihan dan banyak lagi yang dipasang pada akaun Google anda.
  • Tetapi anda tidak perlu khuatir kerana anda hanya perlu memastikan foto dan fail penting anda disimpan di tempat lain seperti Google photos dan Google Drive adalah pilihan yang selamat untuk digunakan.

2) Padam telefon pintar anda

  • Setelah anda pasti fail penting anda telah disimpan di tempat yang selamat, anda boleh padam semua fail penting di dalam telefon pintar.

3) Semak dahulu telefon pintar

  • Pastikan anda melakukan semakan secara terperinci terhadap telefon pintar sebelum menyerahkan ia untuk dibaiki. Kenal pasti masalah dan simpan rekod.

4) Jangan berkongsi kata laluan dengan orang luar

  • Kadangkala, menggunakan kata laluan memberi ruang dan peluang kepada orang tidak dikenali untuk cuba menggunakan telefon pintar anda bagi mengakses maklumat peribadi atau menggodam akaun penting secara sembunyi.
  • Anda dinasihatkan agar tidak berkongsi kata laluan kepada orang luar walaupun dengan kedai membaiki telefon. Sebaiknya anda boleh membuka akses telefon pintar dihadapan mereka tanpa mereka melihat kata laluan.

5) Periksa telefon pintar bersama staff yang bertugas

  • Tidak ramai yang melakukan perkara ini dan kebiasaanya pelanggan akan membiarkan sahaja telefon dibaiki tanpa dilihat secara terang-terangan.
  • Justeru itu, adalah lebih baik bagi pihak kedai baik pulih untuk membuat senarai semak untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan memberi penerangan yang jelas kepada pelanggan sebelum membaik pulih telefon pintar milik pelanggan.
  • Ini penting bagi mengelakkan isu di mana pelanggan akan curiga terhadap kedai baik pulih yang tiba-tiba sahaja mengesan kerosakan di luar jangkaan pelanggan.

6) Hanya pilih kedai baik pulih yang menawarkan warranti

  • Kos baik pulih akan melibatkan sejumlah besar wang dan disebabkan itu hak sebagai pelanggan juga haruslah memastikan pembaikan telefon pintar dilindungi dengan warranti.
  • Elakkan berurusan dengan kedai baik pulih yang tidak menawarkan warranti kerana anda mungkin berisiko kehilangan hak sebagai pelanggan di atas kos pembaikan.

7) Buat semakan selepas telefon pintar di baik pulih

  • Jika anda menerima telefon pintar dalam keadaan tiada bateri, anda perlu minta kedai baik pulih untuk charge terlebih dahulu atau anda perlu gantikan bateri yang mempunyai kuasa.
  • Ini kerana memudahkan anda membuat semakan terperinci pada telefon pintar terlebih dahulu sebelum keluar daripada kedai baik pulih. Pastikan telefon pintar telah dibaiki dengan cermat dan baik.

8) Simpan resit rasmi

  • Sebagai pelanggan yang bijak, anda haruslah menyemak dan menyimpan resit rasmi sebagai rekod jual beli. Ini untuk mempertahankan hak anda sebagai pelanggan jika terjadi sebarang isu berbangkit selepas baik pulih dilakukan.
  • Setelah telefon anda sudah siap dibaiki dan berada di tangan anda. Anda perlu terus turn on telefon pintar dan buat semakan sebelum pulang ke rumah.

Begitulah serba sedikit tips buat semua pengguna telefon pintar jika perlu untuk menghantar telefon untuk di baik pulih. Tips yang dikongsikan ini bukan sekadar sesuai untuk digunakan bagi kes telefon pintar malahan juga sesuai untuk kes membaiki komputer, laptop, kenderaan, alatan eletrik dan sebagainya mengikut kepada kesesuaian masing-masing.

Sebagai pengguna dan pelanggan, anda perlu bijak dan cakna tentang hak anda. Di FixBay , kami menyediakan semua jenis perkhidmatan yang berkaitan dengan peranti mudah alih anda. Hubungi kami dan tempah temujanji anda sekarang bagi mendapatkan khidmat perundingan percuma. FixBay bersedia membantu anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)