Pada masa kini, telefon bimbit telah menjadi sebahagian dalam kehidupan kita. Harga bagi kebanyakkan telefon bimbit juga mencecah ribuan ringgit dan ia agak membebankan bagi sesetengah orang.
Seperti dijangka, telefon bimbit kesayangan kita pasti akan berada pada tahap mengecewakan sama ada disebabkan kemerosotan prestasi atau kerosakan, dan akhirnya kita semua akan menghadapi dilema yang sama.
Apakah yang akan anda lakukan apabila ia berlaku? Adakah anda akan mempertimbangkan untuk membaikinya? Atau adakah anda akan membuangnya dan membeli yang baru?
Perdebatan utama sama ada membaiki atau mengganti boleh menjadi rumit, terutamanya apabila anda kekurangan bajet. Anda mungkin panik, jika telefon anda rosak dan anda tidak mempunyai waranti, jadi anda perlu memutuskan sama ada untuk membaikinya atau mengeluarkan wang untuk telefon baharu.
Ini adalah perkara paling utama yang perlu difikirkan. Jika mengganti telefon akan menelan kos RM3000 dan membaikinya hanya akan menelan kos RM300 maka membaiki mungkin pilihan terbaik anda. Anda juga harus mempertimbangkan nilai telefon anda.
Walaupun kos membaiki vs mengganti kelihatan seperti keputusan yang mudah pada pandangan pertama, anda masih perlu mempertimbangkan beberapa perkara di bawah semasa membuat keputusan.
Menggantikan telefon baharu tidak salah tetapi ia boleh menjejaskan bajet anda kerana membeli telefon bimbit boleh menjadi agak mahal. Dalam kebanyakan kes, membaiki akan menjadi jauh lebih murah daripada membeli telefon baharu. Jadi, jika telefon anda mengalami skrin retak, kerosakan komponen, masalah pengecasan, isu bateri atau sebarang kerosakan lain yang serupa, maka adalah lebih baik dibaiki daripada membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan telefon baharu.
Apabila anda ingin menukar telefon lama anda dengan yang baru, anda tidak hanya pergi dan membelinya. Mula-mula, anda menyelidik telefon, ciri, kelebihan dan kekurangan dan juga melihat bajet anda. Dan yang paling utama anda perlu mendapatkan semula data dan kemudian memindahkan data kepada telefon baharu.
Bukan senang nak beli yang baru. Jika anda memutuskan untuk membetulkan isu yang terdapat dalam telefon anda, ia tidak akan mengambil banyak masa, terutamanya untuk kerosakan kecil. Kebanyakkan pusat servis membaiki hanya memerlukan minimum 30 minit sahaja untuk membetulkan kerosakan. Jadi, membaiki telefon anda sememangnya menjimatkan masa anda bersama-sama dengan wang.
Jika anda mempunyai masalah pada telefon anda dan ia masih dalam jaminan, anda boleh membaikinya tanpa membayar sebarang kos. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang syarikat letakkan untuk pembaikan percuma ini. Namun proses ini agak memakan masa berbanding berkunjung terus ke pusat servis membaiki telefon.
Sebelum menggantikan telefon anda dengan yang baharu, cuba tanya diri anda sama ada anda telah menggunakan telefon anda semaksimum yang mampu?
Apabila anda membeli mana-mana telefon baharu, anda meluangkan masa untuk mempelajarinya, membaca ulasannya dan kemudian membelanjakan sejumlah wang yang banyak. Segala-galanya akan menjadi sia-sia jika anda tidak menggunakannya dengan semaksima mungkin. Luangkan sedikit masa untuk memikirkan pelaburan anda untuk telefon itu dan buat perbandingan antara yang terbaik mengikut keperluan dan bajet anda.
Sememangnya setiap wang yang dibelanjakan untuk membeli telefon bimbit bertujuan untuk penggunaan jangka masa panjang, jadi jika ia rosak sebenarnya ia masih boleh dibaiki. Jika anda masih ragu-ragu, guna skala potensi kebolehbaikan telefon bimbit anda disini.
Sehingga kini kita telah membincangkan sebab-sebab untuk memilih membaiki telefon yang rosak dan bukannya membeli yang baru. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat juga situasi dimana mengganti telefon baharu adalah lebih baik daripada membaikinya.
Jadi, semak kes-kes tersebut dan fikirkan secara mendalam sebelum membuat pilihan sama ada anda akan membaiki telefon anda yang rosak atau akan membeli yang baharu.
Di manakah anda harus pergi untuk membaiki telefon anda?
Berita baik buat anda kerana di FixBay, juruteknik kami menawarkan konsultasi PERCUMA dan dilatih untuk membetulkan semua telefon pintar—termasuk peranti Apple, Android, iWatch dan pelbagai lagi!
Lebih 10 tahun dalam industri, FixBay mempunyai ulasan dalam talian yang bagus, menggunakan alat ganti yang berkualiti dan menawarkan jaminan dan After Sales Service untuk perkhidmatan mereka. Dengan tawaran perkhidmatan baik pulih yang sangat berpatutan dan dipercayai ini, ia mungkin jauh lebih menjimatkan kos daripada menggantikan telefon bimbit. Apatah lagi, membaiki telefon bimbit adalah salah satu cara untuk menjaga alam sekitar! Menarik bukan?