Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

7 Masalah Internet Phone Yang Wajib Anda Tahu

10 Masalah Internet Phone Selalu Putus

Masalah Internet Phone

Telefon sekarang semua canggih-canggih. Konfem la kena ada Internet kan? Tapi banyak juga masalah internet phone selalu putus untuk sesetengah pengguna telefon. Kenapa?

Ya betul. Kadang-kadang kami pun ada masalah yang sama.

Sekejap dapat internet. Sekejap tak dapat internet. Nak kata lokasi takde line memang ada je. So apa masalahnya sebenarnya ni?

Jom kita kupas 1 per 1 masalah ini.

Data Mobile & WiFi Internet

Pertama sekali kita kena tau ada internet dari simkad anda iaitu kita panggil sebagai data mobile. Kedua adalah dari Wifi Internet router. Tak kisah la di rumah atau di tempat lain.

So dua-dua benda ni akan buat kita ada akses kepada internet.

Kalau wujud benda lain selain dua benda ni yang boleh buat anda dapat internet, memang kami tak pastilah. Mungkin yang lain tu dari Starlink milik Elon Musk jelah. Sebab guna satelit.

Tapi topik kali ni lebih kepada yang guna data mobile dan WiFi Internet.

Masalah Dari Data Mobile

Ada 5 masalah yang ingin kami nyatakan disini dan ianya masalah normal bagi sesetengah situasi. Antaranya adalah:

Signal Line Phone Tak Kuat

Pastikan anda berada di kawasan yang mempunyai signal line yang cukup kuat. Jika signal anda lemah, cub pindah ke lokasi yang lebih baik untuk dapatkan signal.

Benda ni memang boleh buat anda tak dapat akses internet ataupun membuatkan internet akses anda sangatlah slow.

Data Internet Dah Habis

Sesetengah line telefon, kuota untuk internet adalah berlainan. Jadi sama ada ianya kurang, dah habis, atau telah tamat tempoh untuk akses internet.

Pastikan anda semak data internet anda dahulu dan pastikan ianya dalam keadaan yang baik. Anda boleh hubungi talian rangkaian phone anda untuk semak sekiranya ia sudah habis.

Perisian / Sofware Tidak Berfungsi Dengan Baik

Pastikan phone anda mempunyai perisian terkini. Ini mungkin sebab terdapat beberapa error di perisian anda yang perlu diupdate / kemaskini sebelum ianya berfungsi dengan baik.

Anda boleh terus semak setting > software update. Antara kebaikan update software ni juga menjaga security phone anda supaya anda boleh gunakan phone anda dengan lebih selamat.

Tetapan APN Salah

Anda kena semak dulu Access Point Name (APN) di phone anda dan pastikan ianya betul.

APN ni membolehkan phone kita menyambung kepada rangkaian data. Kalau salah, memang tak dapat ler internet.

Airplane Mode Aktif

Airplane Mode On

Pernah banyak kali jumpa kawan yang tiba-tiba bising tak dapat line dan tak dapat internet. Padahal dia teraktifkan Airplane Mode. Memang call pun tak dapat macam tu.

So sebagai pengguna phone yang bijak, kena lah disable Airplane Mode tu. Pastikan juga mobile data internet anda tu pun telah on. Barulah boleh guna phone dengan baik.

WiFi Internet

Semua orang nak internet laju. Jadi benda paling normal untuk dibuat adalah gunakan connection internet dari WiFi router di rumah atau di tempat publik.

Maklumlah WiFi zaman sekarang ni betul-betul canggih. Boleh capai sehingga 2Gbps. Ni dikira biasa. Ada institut di Jepun ada speed internet dengan kelajuan 319 Terabit (TB) tau.

Tapi cukup sampai disitu. Kita fokus dekat Malaysia je.

Balik kepada topik kita, masalah internet phone tak dapat digunakan. Ini adalah masalah mereka yang menggunakan WiFi internet. Tidak kira di rumah ataupun di tempat awam.

Tak Bayar Bil Internet

Kadang-kadang kita terlepas pandang atau terlupa untuk bayar bil internet.

Jadi benda ni boleh jadi punca anda tak dapat nak sambung phone anda kepada internet rumah anda. Sebab kebiasaannya pihak pembekal internet rumah anda mungkin akan memotong sambungan internet ini secara tiba-tiba setelah memberikan anda peluang dengan memberitahu melalui email, sms, ataupun surat.

Tidak kiralah dari Maxis, Digi, Time atau mana-mana pembekal internet anda.

Router Bermasalah

Untuk pengetahuan anda, router adalah antara punca paling besar sekiranya anda tidak dapat sambung ke Internet anda.

Masalah internet phone tak dapat digunakan ni mungkin disebabkan salah setting di router ataupun sebagainya. Nak cerita 1 per 1 masalah router ni memang banyak.

Jadi kami suggest anda gunakan jelah router dari pihak pembekal internet anda. Kalau ada salah setting ke apa, anda boleh panggil technician mereka untuk bantu anda.

Jadi Macam Mana Nak Selesaikan?

Kebanyakan dari masalah yang kami berikan diatas boleh diselesaikan dengan on off / restart semula phone anda.

Sekiranya phone yang bermasalah, restart phone anda. Sekiranya router yang bermasalah, restart semula router anda.

Kalau semua dah buat tapi anda masih ada masalah yang sama, semak balik dan pastikan semula apa punca sebenar berdasarkan maklumat yang kami berikan diatas.

Akhir kata, kalau ada component yang rosak, hantar jelah repair atau beli peranti yang baru. Tak boleh nak buat apa dah.

Sebab kos untuk repair dengan beli baru dah lebih kurang je. Melainkan masalah tu datang dari phone anda sendiri. Kalau ada masalah phone, boleh terus hubungi kami untuk kami bantu. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2023 · FixBay Sdn Bhd (1205988-M)