Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

5 Kepentingan Menggunakan Perisian Keselamatan (Anti-Virus)

 Kepentingan Menggunakan Perisian Keselamatan (Anti-Virus)

Soalan yang sering juruteknik kami terima ialah: Adakah saya perlu memasang Antivirus pada telefon bimbit saya?

Seperti desktop dan komputer riba, telefon bimbit sentiasa berkembang, menjadi semakin berkuasa untuk menyimpan dan memproses maklumat yang meluas. Dengan begitu banyak data yang dipertaruhkan, anda harus mempertimbangkan untuk melindungi telefon pintar anda dengan perisian Antivirus.

Perisian Antivirus akan mengimbangi kelemahan dan eksploitasi yang mungkin wujud pada sistem pengendalian dan pelbagai aplikasi yang berjalan pada telefon bimbit. Antara kepentingan utama menggunakan perisian keselamatan pada telefon bimbit adalah untuk:

  1. Mengesan dan menyekat aplikasi jahat dan fail data - banyak kelemahan aplikasi mudah alih datang daripada aplikasi pemesejan dan e-mel yang membenarkan akses tanpa kebenaran kepada peranti pengguna.
  2. Menyekat Malware/perisian hasad dan aplikasi yang mungkin tidak diingini - ciri perisian hasad termasuk pengelogan kunci, penstriman masa nyata dan keupayaan untuk berinteraksi dengan aplikasi lain yang dipasang pada peranti pengguna.
  3. Mengimbas dan menyekat laman web berniat jahat - kebanyakkan laman web mempunyai iklan, clickbait dan link yang mempunyai virus dan berupaya menembusi fail dan maklumat peranti pengguna.
  4. Menyediakan perlindungan privasi semasa menggunakan laman carian - terutamanya jika mereka cuba mengakses data atau sumber yang melibatkan privasi atau maklumat sulit pengguna. 
  5. Melindungi pengguna ketika menyambung internet atau rangkaian lain -  Kebanyakan kecurian identiti berlaku pada Wi-Fi awam dengan memintas data log masuk, mencuri data peribadi dan perisian hasad.
Anti Virus

Terdapat vendor yang boleh anda percayai untuk menyediakan keselamatan peranti yang komprehensif seperti Trend Micro, Kaspersky, McAfee, Avast dan AVG.

Namun, seandainya anda menyedari telefon bimbit anda mempunyai virus sehingga menganggu kefungsian atau data telefon bimbit anda segera berjumpa juruteknik profesional kami untuk menyelamatkan telefon kesayangan anda itu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)