Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

6 Tips Berguna Bagi Mengatasi Masalah Telefon Pintar Hang atau Freeze.

” Kenapa telefon saya sering hang atau freeze ? ”

Telefon pintar hang atau freeze merujuk kepada keadaan apabila telefon pintar akan berhenti bertindak balas terhadap arahan pengguna. Ia juga dipanggil phone crash dan dikategorikan sebagai pembekuan skrin.

Telefon pintar mempunyai banyak kelebihan jika ia digunakan dengan sebaiknya. Dengan penggunaan telefon pintar, ia membantu dalam mengendalikan banyak urusan terutamanya dalam urusan kerja seharian pengguna. Namun jika telefon pintar anda tidak bertindak balas atau freeze semasa menggunakannya, maka anda tidak perlu panik!

Terdapat pelbagai tips untuk membaik pulih telefon pintar yang hang atau freeze. Anda boleh mencuba satu demi satu tips mudah untuk mengembalikan telefon pintar anda kepada sediakala.

1) Cas telefon pintar anda

Setiap kali anda mengalami situasi yang tidak dijangka ini pada telefon anda, anda tidak perlu berasa cemas atau panik! Bertenang dan cuba untuk cas telefon pintar anda menggunakan pengecas asal untuk menyahbekukan telefon. Mungkin telefon anda mempunyai bateri yang lemah dan ini juga boleh menjadi salah satu sebab telefon anda hang atau freeze secara tiba-tiba.

Oleh itu, anda boleh menekan palam telefon anda. Jika selepas menekan palam telefon tetapi masih tidak menunjukkan sebarang tanda ianya sedang dicas anda boleh juga mencuba menggunakan pengecas lain yang bersesuaian dengan model telefon pintar anda . Namun jika masalah masih berterusan, maka anda harus beralih ke penyelesaian seterusnya.

2) Muat turun applikasi menggunakan Google Playstore atau Apple Playstore

Anda mungkin salah seorang pengguna telefon pintar yang mudah tertarik untuk memasang applikasi daripada sumber yang tidak diketahui. Walau bagaimanapun, perkara ini adalah sangat tidak disarankan kerana ini boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini mungkin terjadi kepada telefon pintar anda.

Sila muat turun semua applikasi kegemaran anda daripada Google Playstore atau Apple Playstore sahaja untuk memastikan muat turun, kemas kini yang selamat tanpa risiko dan ianya bebas virus.

Teruskan melawati gedung aplikasi seperti Google Playstore (jika anda mempunyai telefon Android) dan Apple Playstore (jika anda mempunyai iPhone). Pembangun aplikasi mudah alih terus giat dalam menaik taraf prestasi applikasi mereka. Oleh itu, adalah sangat disyorkan agar anda dapat mengemas kini semua applikasi secara kerap.

Google Playstore atau Apple Playstore mempunyai pelbagai applikasi percuma untuk dipilih yang akan memenuhi keperluan telefon pintar anda. Semua applikasi ini adalah percuma untuk anda!

3) Lakukan pembersihan berkala pada telefon pintar anda

Setiap telefon pintar akan menjadi perlahan dan penuh dengan fail yang tidak diperlukan dari semasa ke semasa. Itulah sebabnya anda harus melakukan pembersihan yang baik secara berkala dan menyeluruh.

Salah satu penyebab utama telefon pintar hang atau freeze adalah disebabkan kekurangan ruang penyimpanan. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan semula lebih banyak ruang penyimpanan. Caranya sangat mudah. Mari sini kami tunjukkan.

  • Mulakan dengan memadam fail lama atau fail yang tidak diperlukan lagi.
  • Kemudian boleh beralih dengan memadamkan applikasi yang jarang dan tidak digunakan.

Justeru itu, dengan memadamkan fail daripada telefon pintar anda dapat mengosongkan ruang. Ruang yang cukup diperlukan bagi memastikan applikasi di dalam telefon anda sentiasa dapat dikemas kini.

4) Lakukan imbasan perisian hasad secara berkala

Virus adalah ancaman. Walau apa pun bidang kerja anda, pastikan telefon anda dilindungi daripada virus. Jika telefon pintar anda menjadi kediaman kepada virus, virus itu boleh memperlahankan telefon pintar anda dengan ketara.

Keadaan ini dapat dilihat apabila telefon anda akan sering hang atau freeze. Oleh sebab itu, anda memerlukan antivirus. Walaupun perisian antivirus itu sendiri mengambil banyak ruang memori di dalam telefon anda tetapi ia dapat membantu menghapuskan virus.

Sehubungan dengan itu, antivirus direka bentuk untuk mengesan, mencegah dan bertindak terhadap perisian hasad dalam telefon anda termasuklah virus. Pencegahan jauh lebih berkesan daripada mengubati, jadi lebih baik mempunyai sistem yang direka bentuk untuk mengesan dan mencegah serangan virus daripada perlu menghabiskan masa serta wang untuk membaik pulih telefon pintar yang telah dijangkiti.

5) Menetapkan semula tetapan telefon pintar

Jika telefon pintar anda masih dalam keadaan hang atau freeze walaupun selepas menukar kepada mod selamat, anda mungkin hanya mempunyai dua pilihan sahaja iatu menetapkan semula telefon pintar atau segera mendapatkan khidmat bantuan profesional bagi mengatasi masalah ini.

Dalam kebanyakkan kes, menetapkan semula telefon pintar dapat membantu untuk menyah beku atau unfreeze semula telefon. Walau bagaimanapun, anda akan kehilangan semua data termasuk fail-fail penting, applikasi permainan, foto, video dan termasuklah muzik. Ini amaran penting untuk anda, pastikan telefon pintar telah dibuat backup dengan sewajarnya sebelum memulakan proses ini.

Ikuti langkah ini untuk menetapkan semula telefon pintar anda :

  • Klik pada tetapan (setting)
  • Pilih pada tetapan semula kilang (reset factory)
  • Klik pada padam semua data (erase all data)
  • Sahkan kata laluan dan tunggu sehingga telefon pintar anda but (reboot) semula.

6) Dapatkan khidmat bantuan professional

Penyelesaian terakhir bagi membaik pulih telefon pintar hang atau freeze adalah dengan pergi ke pusat servis telefon bagi mendapatkan khidmat bantuan professional. Salah satu pusat servis telefon terbaik yang ada di Malaysia adalah FixBay. Di sana ada professional berpengalaman yang boleh membantu anda bagi menangani isu ini.

Selain itu, FixBay menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan telefon pintar dan pasti dapat membantu anda dengan sebarang masalah yang mungkin dihadapi. Letakkan sepenuh kepercayaan kepada yang lebih professional, mereka boleh membantu anda. Jom segera singgah ke FixBay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)