Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

6 Panduan Menyemak Ketulenan Peranti Di Pasaran

Menyemak Ketulenan Peranti Di Pasaran

Pada masa kini, harga untuk memiliki sebuah telefon bimbit menelan kos sehingga ribuan ringgit. Jadi tidak hairanlah jika terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab meniru reka cipta telefon bimbit khususnya telefon android.

Populariti telefon android ini telah meningkatkan kebanjiran pasaran telefon bimbit palsu yang menyukarkan pengguna untuk mengenal pasti telefon android palsu daripada telefon tulen.

Jom kita lihat 6 panduan dibawah untuk menyemak ketulenan telefon bimbit dipasaran:

1. Buat Semakan

Anda boleh menyemak spesifikasi dan ciri telefon bagi model tertentu di laman web rasmi pengeluar telefon tersebut. Semua pengeluar telefon bimbit rasmi di dunia menyebut butiran ini di laman web rasmi mereka.

2. Semak Nombor IMEI

IMEI ialah nombor pengenalan telefon yang berada di bateri, kotak telefon bimbit atau dengan mendail *#06#. Jika anda mempunyai Nombor IMEI 15 Digit, anda boleh menyemak ketulenan di sini dengan mudah dan maklumat lain seperti jenis pengeluar dan model.

3. Semak Nama Jenama dan Logo

Kebanyakan pengeluar telefon bimbit palsu mengelak daripada menggunakan nama jenama dan logo rasmi kerana ia melibatkan kes undang-undang tetapi masih berupaya mengelirukan pengguna. Seperti kesalahan ejaan atau penggunaan simbol pada nama.

4. Stok Telefon Bimbit

Pengeluar telefon mudah alih palsu sering menyasarkan jenama dan model yang popular dan kehabisan stok. Di sini, telefon palsu akan mulai masuk dan dijual di laman web lelongan dalam talian dengan stok yang banyak dan tidak masuk akal.

5. Penampilan & Kefungsian

Telefon palsu ini diperbuat daripada bahan dan komponen yang murah. Mereka juga tidak mampu menggunakan OS asal. Jika anda melihat dengan teliti, anda boleh mengenal pasti perbezaannya seawal minit pertama anda memegang telefon tersebut.

Telefon Palsu

6. Warranti

Hanya telefon tulen sahaja mempunya 12 bulan waranti secara bertulis. Telefon palsu menawarkan tempoh jaminan yang lebih pendek kerana mereka tidak dapat menjamin ia akan bertahan begitu lama.

Ingin mempelajari lebih lagi tips & panduan telefon bimbit? Lawati Fixbay.com pusat pembaikan telefon bimbi untuk pelbagai lagi ilmu pembaikan dan perkongsian telefon bimbit daripada kami!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · FixBay Sdn Bhd (1463044-X)