Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

5 Sebab FixBay Perlu Menjadi Kedai Telefon Pilihan Anda

TELEFON BIMBIT ANDA ROSAK?

Mencari kedai telefon membaiki yang harga berbaloi dan dipercayai?

Kami memahami betapa kecewanya perasaan anda apabila telefon bimbit yang sangat anda jaga dan sayangi tidak lagi berfungsi. Kerosakan itu akan memisahkan anda dari dunia alam maya yang sangat penting dimasa kini. Situasi ini tidak datang seperti yang dirancang dan mencari penyelesaian dengan cepat bagi memperbaiki kerosakan telefon bimbit anda tidak mudah.

FixBay membekalkan perkhidmatan membaiki telefon yang berkualiti dan terbaik kepada semua pelanggan semenjak 10 tahun yang lalu. Sehingga kini, terdapat 8 cawangan dan dijangka akan menambah 3 lagi cawangan di seluruh Malaysia!

Sebagai seorang juruteknik yang berpengalaman selama 10 tahun dalam industri pembaikan telefon, Pengasas FixBay mendapati bahawa pasaran industri membaiki telefon bimbit masih lagi kurang diberi pendedahan walaupun telefon bimbit dan semakin penting dalam kehidupan seharian kami.

Mengapa Anda Perlu Memilih FixBay

Fixbay menawarkan pelbagai perkhidmatan membaiki telefon bimbit dengan pelbagai kelebihan lain antaranya:

Perkhidmatan Semakan Kerosakan Percuma

Telefon bimbit ada bermasalah tetapi tidak pasti nak hantar ke mana?
Hantarkan sahaja kepada kami untuk buat pemeriksaan kerosakan secara PERCUMA!
Ya PERCUMA! Jadi anda tak perlu risau untuk berjumpa sahaja dengan kami bagi mendapatkan kepastian mengenai kerosakan yang dialami telefon anda. Yang penting ialah anda dapat maklumat yang tepat mengenai kerosakan tersebut sebelum membuat keputusan perkhidmatan mana yang seharusnya dilakukan.

Pernah tak anda baiki telefon tetapi sekejap sahaja kerosakan itu kembali semula?

Di FixBay, perkara itu tidak akan berlaku kerana Fixbay akan memberikan konsultasi khas kepada anda.

Konsultasi Profesional Untuk Setiap Pelanggan

Konsultasi bukan sahaja untuk memperbaiki kerosakan pada telefon bimbit anda tetapi juga kami akan memberikan perhatian yang teliti terhadap tips, penjagaan dan pencegahan yang perlu dititikberatkan pelanggan setelah mendapatkan servis telefon bimbit daripada kami supaya kerosakan yang sama tidak akan berulang. FixBay percaya dengan konsultasi yang diberikan bukan sahaja boleh menambah jangka hayat telefon bimbit pelanggan setelah telefon dibaiki tetapi hubungan baik antara pelanggan dengan FixBay juga akan wujud.

Pernah anda rasa menyesal mengeluarkan duit untuk mebaiki telefon pintar anda, hampir menyamai harga sebuah telefon baharu?

Anda akan terkejut kerana di FixBay, harga yang diberikan adalah sangat tak masuk akal!

Harga Berpatutan

FixBay merupakan syarikat bumiputra yang sangat mesra pelanggan. FixBay sedar dengan kos sara hidup yang semakin mencabar di Malaysia. Setiap servis harga yang ditawarkan pasti membuat anda tersenyum dan tidak akan merungut. FixBay akan sentiasa memastikan tawaran harga yang terbaik kepada semua pelanggan kerana kami percaya membaiki telefon bimbit tidak seharusnya merugikan wang, ia seharusnya menjimatkan anda daripada modal yang besar daripada membeli telefon bimbit yang baharu.

Anda ragu-ragu untuk hantar membaiki telefom bimbit? Risau makin rosak dan semua data penting anda terpadam?

Pengalaman Lebih 10 Tahun

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri membaiki telefon bimbit dan fokus sebenar pada kepuasan pelanggan. Anda boleh bergantung kepada FixBay untuk membaiki telefon bimbit anda. Juruteknik di FixBay juga sangat berpengalaman dan terlatih. Mereka telah menerima latihan dan sijil yang khas sahaja akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan telefon bimbit anda. Jadi anda tidak perlu risau kerana telefon bimbit anda berada dalam tangan pakar.

Perkhidmatan Yang Dipercayai

FixBay sangat menitik beratkan kepuasan pelanggan. FixBay tahu betapa pentingnya telefon bimbit kepada kehidupan dan kerja harian pelanggan mereka. Jadi, kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti terbaik sahaja untuk telefon anda. Kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami! Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik untuk melayani anda dengan lebih baik.

Mengutamakan Kualiti Dan Kepuasan Pelanggan


Kami membaiki semua telefon bimbit, semua masalah.

Tidak kira apa masalah telefon bimbit anda sama ada  portcas, kamera, software, speaker, button multifunction, bateri, skrin, tiada signal, motherboard, update, butang rosak, kerosakan disebabkan air atau lain-lain hantarkan sahaja kepada FixBay untuk dibaiki. Anda dijamin akan mendapatkan perkhidmatan berkualiti dan terbaik daripada kami!

Istimewa juga kami menawarkan perkidmatan membaiki IWatch anda dengan tawaran harga yang sangat berpatutan!

Dengan kepercayaan yang diberikan pelanggan setia dan pelanggan baru di FixBay, kini FixBay merupakan salah satu jenama perkhidmatan pembaiki telefon yang terbesar di Malaysia dan akan mengembangkan lagi pelbagai perkhidmatan seperti membaiki rumah, kenderaan dan lain-lain. Teruskan mendapatkan perkhidmatan berkualiti di FixBay dan jangan lupa untuk mengikuti perkembangan kami di laman sosial FixBay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · FixBay Sdn Bhd (1463044-X)