Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

1 tahun perkhidmatan FixBay

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, walaupun dengan begitu banyak cabaran yang dihadapi, FixBay telah pun mencecah umur 1 tahun sejak ianya didaftarkan sebagai sebuah syarikat. Perjalanan 1 tahun ini merupakan perjalanan yang tidak mudah, ada banyak cabaran dan halangan yang terpaksa kami tempuh demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

Bermula dengan penjenamaan semula cawangan-cawangan kami, proses yang menelan belanja yang sangat tinggi, kemudian kami strukturkan semula sistem pengurusan, team, khidmat pelanggan, perkhidmatan yang ditawarkan dan banyak lagi.

Semua ini adalah untuk memastikan pelanggan FixBay akan menikmati perkhidmatan dan layanan yang berbaloi-baloi dari sudut harga dan kualitinya.

Cawangan FixBay

Sejak penubuhan FixBay, setakat ini kami telah berjaya membuka 12 cawangan di pelbagai lokasi dan ini bukanlah bilangan akhir, kami mensasarkan untuk menambah lagi cawangan ini menjadikan jumlah keseluruhan cawangan FixBay kepada 20 cawangan dalam tahun kedua ini.

Semasa bermula, kami hanya ada 6 cawangan yang diubah daripada sebuah jenama lama, kemudian kami telah berkembang menjadi 12 cawangan iaitu peningkatan sebanyak 1 kali ganda daripada jumlah asal.

Tahun ini, kami sudah membuat perancangan untuk pembukaan lebih banyak cawangan untuk kami menyediakan perkhidmatan premium pada harga yang berbaloi dan mampu milik kepada para pelanggan kami.

Kekuatan FixBay selepas 1 tahun penubuhan.

Semasa artikel ini ditulis, jumlah kakitangan dan ahli pasukan FixBay sudah mencecah 77 orang, ini termasuk dalam bidang pengurusan, technician, pakar baik pulih, dan semua ahli pasukan yang menguruskan 12 cawangan sedia ada. Semua ini berlaku disebabkan sokongan dan doa daripada para pelanggan dan kenalan semua.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.

Kami juga telah menambah baik perkhidmatan dengan memberikan latihan-latihan tambahan kepada semua technician yang membuat proses baik pulih peranti anda seperti iPhone, iPad, apple watch, Macbook Air, Macbook Pro, Peranti Samsung dan pelbagai lagi.

Dan salah satu pelaburan yang besar telah kami buat apabila kami membuat permohonan untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Apple sebagai penyedia perkhidmatan baik pulih yang disahkan.

Independent Repair Provider Programme

Bermula tahun 2023, kami telah menjadi salah satu daripada sebilangan kecil sahaja syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan ini. Independent Repair Provider Programme yang disediakan oleh Apple ini merupakan program di mana, syarikat yang diterima seperti FixBay akan boleh membuat baik pulih menggunakan komponen yang disahkan oleh pihak Apple sendiri.

Ini merupakan antara pencapaian terbaik yang kami perolehi dalam tempoh setahun penubuhan FixBay. Tujuan utama hanyalah untuk memberikan perkhidmatan tahap antarabangsa (world class standard) kepada semua pelanggan kami.

Kami mohon agar semua dapat doakan, agar FixBay akan terus berkembang maju untuk tahun-tahun mendatang. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua pelanggan kami, vendor-vendor, rakan taulan, ahli pasukan yang tidak pernah jemu memberikan sokongan padu kepada FixBay.

Sekian, selamat ulang tahun untuk FixBay.

One comment on “1 tahun perkhidmatan FixBay”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · FixBay Sdn Bhd (1463044-X)