Xiaomi Umumkan Tiada Lagi Kemas Kini Pada 7 Peranti Mereka

Xiaomi secara rasmi telah mengumumkan penamatan sokongan kemas kini perisian untuk tujuh model utama mereka. Peranti yang terlibat adalah POCO F4 GT, Redmi K50 Gaming, Redmi 10A, Redmi Note 11S, Redmi Note 11 Pro+ 5G, Xiaomi 11i, dan Xiaomi 11i HyperCharge. Kesemua model ini diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 2022, dan kini telah mencapai fasa akhir hayat (End of Life, EOL) dari segi sokongan perisian.

Walaupun peranti ini masih boleh digunakan seperti biasa, ketiadaan kemas kini keselamatan akan mendedahkan pengguna kepada pelbagai risiko keselamatan. Tanpa tampalan keselamatan berkala, peranti mungkin akan terdedah kepada ancaman siber seperti pencerobohan, perisian hasad (malware), dan potensi serangan godaman dengan lebih mudah.

Ketiadaan kemas kini sistem operasi (OS) turut menghalang pengguna daripada menikmati pelbagai ciri terbaru dan akan berdepan dengan masalah ketidakserasian aplikasi, ciri-ciri keselamatan yang lama, serta pengalaman pengguna yang bukan lagi standard teknologi semasa.

FixBay sarankan untuk mempertimbangkan model baharu yang menawarkan jaminan kemas kini selama enam tahun.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram