TQ Wuling, hasil kerjasama antara Tan Chong Motor dan SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd (SGM Wuling), secara rasmi telah memperkenalkan model kereta elektrik pertama mereka untuk pasaran Malaysia — Wuling Bingo EV. Model hatchback kompak ini dijangka akan dijual dengan harga di bawah RM100,000, menjadikannya antara EV termurah di pasaran tempatan.
Wuling Bingo EV hadir dengan rekaan yang kompak dan bulat, memberikan rupa yang klasik dan unik. Lampu LED hadapan direka dengan bentuk menyerupai huruf X, sekali pandang mungkin mengingatkan anda kepada Ora Good Cat.
Di pasaran luar, Wuling Bingo ditawarkan dalam dua varian utama:
Masa Pengecasan — Pilihan AC dan DC
Bagi pengecasan, Wuling Bingo menyokong pengecasan jenis AC dan DC:
Kedua-dua varian Wuling Bingo EV didatangkan dengan:
Pilihan Warna dan Pemasangan Tempatan
Di Malaysia Autoshow 2025, dua unit Wuling Bingo dipamerkan dengan pilihan warna menarik:
Model ini dijangka akan dipasang di kilang tempatan dan mula dijual di Malaysia pada suku keempat tahun ini, dengan sasaran harga bawah RM100,000.
Dengan harga yang kompetitif, Wuling Bingo EV bakal bersaing rapat dengan model EV tempatan seperti:
Model ini pastinya akan memberi pilihan mampu milik kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih ke kenderaan elektrik tanpa perlu mengorbankan ciri moden dan praktikaliti. Mampukah Wuling Bingo mencuri perhatian pengguna tempatan? Sama-sama kita nantikan!
Sumber - Amanz