Pernah tak korang alami situasi di mana telefon bergegar tanda ada mesej masuk, tapi skrin langsung tak menyala? Masalah skrin telefon gelap atau "Black Screen of Death" ni adalah antara kes yang paling kerap Abang FixBay terima. Bila skrin dah tak nampak apa-apa, hati mesti rasa risau sangat fikir pasal data dalam tu dan berapa pula modal nak kena keluarkan untuk baiki.

Kerosakan skrin tidak semestinya bermaksud korang kena tukar skrin baru. Jom semak kemungkinan ini:
Kadangkala, skrin telefon gelap bukan sebab hardware rosak, tapi sebab sistem operasi (Android atau iOS) "tergantung" atau crash. Phone sebenarnya hidup, tapi sistem tak mampu hantar gambar ke skrin.
Cara atasi paling mudah adalah dengan melakukan Force Rebuilt/Restart. Tekan kombinasi butang kuasa dan butang volume (ikut model) untuk paksa phone menyala semula. Jika ini puncanya, masalah skrin telefon gelap korang akan selesai sekelip mata tanpa kos!
Janji SERVICE FixBay: Kalau dah cuba restart tapi tetap tak jadi, bawa ke FixBay. Kami tawarkan diagnosis PERCUMA untuk cek sama ada isu skrin telefon gelap korang berpunca dari perisian atau perkakasan.
Pernah tak korang suluh skrin yang gelap tu guna lampu picit, pastu nampak samar-samar gambar kat dalam? Kalau ya, itu tandanya lampu latar (backlight) LCD korang yang rosak. Phone masih hidup, tapi cahaya tak keluar.
Ini adalah kes skrin telefon gelap yang memerlukan kepakaran teknikal pada motherboard atau penukaran LCD baru. Di FixBay, kami akan cek dengan teliti supaya korang tahu bahagian mana yang perlu dibaiki dengan harga yang berpatutan.

Jika telefon korang pernah terjatuh, walaupun skrin tak pecah, impak tersebut boleh menyebabkan soket sambungan LCD pada motherboard menjadi longgar atau tercabut. Inilah punca skrin telefon gelap secara tiba-tiba selepas jatuh.
Kes macam ni selalunya tak perlukan penukaran barang baru. Kami cuma perlu buka, bersihkan, dan pasang semula soket tersebut dengan kemas. Ketelusan servis di FixBay memastikan korang tak perlu bayar harga LCD baru untuk masalah sambungan longgar.
Ini adalah punca skrin telefon gelap yang paling nyata. Walaupun kaca luar nampak cantik, lapisan paparan dalaman (LCD/OLED) mungkin sudah retak atau pecah akibat tekanan melampau atau terjatuh.
Bila lapisan dalam dah pecah, cecair kristal akan bocor dan menyebabkan skrin telefon gelap sepenuhnya atau keluar tompok hitam. Dalam situasi ini, penukaran skrin baru adalah jalan penyelesaian terbaik untuk kembalikan fungsi peranti korang.

Jika korang dah cuba tukar skrin baru tapi tetap jadi skrin telefon gelap, kemungkinan besar masalah berpunca daripada komponen pada motherboard (IC Display atau IC Backlight). Ini selalunya berlaku akibat litar pintas atau masuk air.
Janji KEPAKARAN FixBay: Juruteknik kami berpengalaman luas dalam pembaikan motherboard sejak zaman Xpert Gadget lagi (2015). Kami mahu selesaikan isu skrin telefon gelap korang hingga ke akar umbi supaya phone kembali "sihat" untuk jangka masa panjang.
Jangan biarkan masalah skrin telefon gelap merumitkan urusan seharian korang. Semakin cepat korang hantar untuk diagnosis, semakin tinggi peluang untuk menyelamatkan data dan peranti korang daripada kerosakan yang lebih teruk.
Ingat pesan Abang FixBay: "Pilih yang beri ketenangan fikiran, bukan yang buat hati lagi pening!"
Misi kami di FixBay adalah #FixPhoneLifeBetter. Kami sedia memulihkan peranti korang dengan servis yang jujur, pantas, dan berkualiti tinggi.
Dapatkan semula paparan yang cerah dan berfungsi sempurna hari ini juga.
WhatsApp Abang FixBay untuk baiki telefon di 018-777 7680 atau terus je ke 7 Cawangan FixBay terdekat (Senawang , Seremban 2 , Ampang, Kajang, Semenyih, Sungai Petani dan Seberang Jaya).
Jom Follow Kami!
Website: fixbay.com.my
Facebook: @FixBayPhone
Instagram/Threads: @fixbay.my
TikTok: @abangfixbay
P.S. Terakhir: Kami Ada Solution Untuk Setiap Pilihan!
Apa jua telefon korang, kami ada kepakaran untuk baiki!
