Whatsapp : 018 777 7680
fixbaymy@gmail.com

5 Tips Gajet Masuk Air? Tak Jadi Jugak Baru Cari Abang FixBay!

Masuk Air
Telefon masuk air - tips cemas

Gajet "Masuk Air" - Kenapa Ia Berbahaya?

Air adalah konduktor elektrik dan boleh menyebabkan, jadi sekiranya gajet anda masuk air, ia boleh menyebabkan

  1. Litar Pintas (Short Circuit): Ini boleh merosakkan komponen dalaman secara serta-merta, terutamanya motherboard dan bateri.
  2. Karat (Corrosion): Air akan mula menyebabkan karat pada sambungan dan pin halus. Proses ni boleh berlaku perlahan-lahan dan menyebabkan kerosakan berlarutan.
  3. Kerosakan Komponen Sensitif: Skrin, kamera, speaker, mikrofon, dan charger port sangat sensitif kepada air dan boleh rosak kekal.

Tips Cemas Abang FixBay Bila Gajet Korang "Masuk Air"

Setiap minit amat berharga bila gajet terkena air! Cepat bertindak, tinggi peluang nak selamatkan dia

Masuk Air

1. Matikan Gajet Serta Merta!

  • Ini langkah PALING PENTING. Kalau masih hidup, terus matikan. Kalau dah mati, biar je mati. JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ATAU CAS!
  • Kenapa?: Untuk hentikan aliran elektrik dan elak litar pintas yang boleh buat kerosakan kekal.

2. Cabut Semua Yang Boleh Dicabut!

  • Segera cabut SIM card, SD card (kalau ada), dan bateri (kalau boleh ditanggalkan).
  • Kenapa?: Untuk putuskan aliran elektrik sepenuhnya dan bagi ruang udara masuk untuk pengeringan.

3. Keringkan Permukaan Luar Gajet!

  • Guna kain bersih atau tuala kertas untuk lap semua air yang kelihatan di permukaan luar. Goyangkan perlahan-lahan ke bawah (dengan port menghala ke bawah) untuk keluarkan air terperangkap.
  • Kenapa?: Untuk elak air meresap lebih dalam.

4. Jangan Guna Hari Dryer/ Jemur Bawah Matahari!

  • Ramai buat silap ni! Haba panas boleh merosakkan komponen, cairkan gam, atau tolak air masuk lebih dalam. Elakkan juga rendam dalam beras – ia tak cukup kuat dan boleh tinggalkan habuk.
  • Kenapa?: Kaedah ni lebih banyak mudarat dari kebaikan.

5. Hantar Ke Pakar (FixBay), Secepat Mungkin!

  • Jangan tunggu kering sendiri! Secepat mungkin, bawa gajet korang ke FixBay.
  • Kenapa?: Teknisi kami akan buka gajet korang, bersihkan dan keringkan setiap komponen secara profesional guna alatan khas. Ini adalah cara paling efektif untuk kurangkan kerosakan karat dan litar pintas.

Kami ada 7 cawangan di lokasi utama untuk kemudahan korang. Korang boleh cari kedai telefon near me FixBay yang terdekat!

Gajet masuk air - baiki di FixBay

P/S: Masa Itu Data Korang!

Setiap saat air dalam gajet korang, karat makin berleluasa. Jangan bertangguh. Cepat hantar ke FixBay, cepat peluang untuk gajet korang diselamatkan dan data penting korang terpelihara!

Abang FixBay dan team di FixBay memang pakar dalam kes telefon terkena air hujan atau apa saja masalah "masuk air" ni. Kami diagnos percuma sahaja!

#FixBay #GajetMasukAir #TelefonRosak #WaterDamage #TipsCemas #RepairTelefon #AbangFixBay

Some rights reserved  © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)