Tips Mudah Tetapi Berkesan UntukMeningkatkan Jangka Hayat Skrin Telefon Bimbit Anda!

Bagi kebanyakan orang, telefon bimbit adalah salah satu harta yang paling penting yang dimiliki. Menyimpan ratusan kenangan dalam bentuk foto, kenalan dan mesej.

Kebanyakan orang menarik nafas panjang apabila tiba masanya untuk menggantikan telefon bimbit mereka kerana harga telefon bimbit juga tidak murah dan boleh menjangkau sehingga RM2000-RM3000 dan ada yang berharga lebih tinggi daripada itu.Tetapi anda boleh menangguhkan hasrat tersebut dengan memastikan telefon anda dalam keadaan sihat.

Semua sedia maklum, kos pengantian skrin telefon bimbit yang berkualiti juga tidak murah dan kebanyakan pengguna telefon bimbit memilih untuk mengantikan terus telefon bimbit berbanding mengeluarkan kos untuk memperbaiki skrin yang rosak.

Jadi wajarlah kita untuk mengetahui cara penjagaan telefon bimbit terutama sekali skrin paparan untuk memastikan ia mampu bertahan selama mungkin.

Jom kita pelajari 6 cara mudah untuk menjaga skrin telefon bimbit anda supaya mampu bertahan lebih lama:

  1. Gunakan jari telunjuk anda semasa menggunakan skrin

Bunyi memang kelakar tapi ini adalah tips yang sangat berkesan untuk menjaga telefon bimbit anda. Buktinya, sila lihat telefon bimbit ibu dan ayah anda berapa lama mereka telah gunakan. Ini kerana tekanan pada skrin mampu merosakkan kefungsian skrin telefon bimbit, gunakan skrin telefon bimbit dengan bersahaja.  

  1. Gunakan kain yang lembut

Jangan gunakan peralatan keras untuk mengelap skrin telefon anda kerana ia akan menyebabkan skrin mudah tercalar. Sebaliknya, gunakan tisu lembut atau kain bersih untuk mengelap skrin. Kain yang lembut juga mempunyai daya serapan yang lebih halus dan mampu membersihkan skrin telefon bimbit dengan lebih bersih.

  1. Jauhkan telefon bimbit daripada terdedah dengan cuaca yang melampau

Elakkan pendedahan skrin telefon bimbit kepada cuaca yang melampau baik sejuk atau cahaya matahari langsung kerana ia akan merosakkan kualiti LCD. Telefon bimbit anda diperbuat daripada logam dan kaca, kedua bahan ini akan menyerap haba dengan sangat cepat dan boleh mencapai suhu panas yang melampau.

Jika telefon anda dibiarkan di bawah terik matahari, skrin sentuh kaca juga akan menjadi terlalu panas dengan cepat. Situasi ini akan mendorong pelbagai lagi isu kepada skrin anda seperti skrin menjadi tidak berfungsi, skrin terhenti atau senyap dan sebagainya. Skrin telefon anda sangat sensitif dan ia juga boleh retak atau pecah jika anda meninggalkannya di kawasan sejuk atau panas yang melampau.

  1. Beri perhatian dan ruang yang terbaik untuk telefon bimbit anda

Skrin sentuh telefon bimbit adalah sangat sensitif dan anda perlu mengendalikannya dengan baik. Jika anda mempunyai telefon skrin sentuh yang lebih besar, anda harus mengelak daripada meletakkannya di dalam beg atau di dalam poket seluar. Ini bagi mengelakkan LCD daripada pecah atau ghost touch akibat bergesel dengan barang lain.

  1. Sentiasa jaga kebersihan telefon bimbit

Bukan sahaja kebersihan diri, telefon bimbit juga perlu dijaga. Sekurang-kurangnya lap skrin telefon bimbit 3 kali seminggu untuk mengelakkan sebarang bendasing merosakkan skrin telefon bimbit anda. Bayangkan betapa tebal kotoran minyak, habuk dan sisa lain yang terlekat pada skrin telefon bimbit anda yang menjadi punca skrin telefon menghadapi masalah.

Keberrsihan Telefon Bimbit

Jika anda ingin memastikan telefon bimbit anda dalam keadaan baik, anda harus membersihkannya dengan kerap. Untuk membersihkannya, matikan telefon bimbit anda terlebih dahulu dan gunakan kain lembab yang lembut dan tidak berbulu. Jangan sekali-kali menggunakan sebarang sabun pembersih, pencuci rumah atau alkohol.

Dan akhir sekali tips yang paling utama dan penting!

  1. Gunakan skrin pelindung (screen protector) pada skrin telefon

Selain sarung perlindungan telefon, skrin pelindung juga sangat penting dan wajib diletakkan sejurus selepas anda mendapatkan telefon bimbit.

Skrin pelindung adalah satu lagi keperluan jika anda ingin memastikan telefon anda dalam keadaan terbaik selama mungkin. Tanpa pelindung skrin, skrin telefon boleh mengalami kesan calar, retak dan kesan cap jari. Mempunyai pelindung skrin bermakna anda akan mempunyai satu lagi lapisan keselamatan pada telefon anda.

Terdapat beberapa jenis skrin pelindung dipasaran

Polyethylene Terephthalate (PET) – PET memberikan paling sedikit perlindungan calar dan hentaman. Harganya juga murah, ringan dan nipis.

Poliuretana Termoplastik (TPU) - TPU adalah bahan yang lebih fleksibel yang memerlukan pengguna mengeluarkan gelembung udara sebaik sahaja diletakkan, tetapi memberikan kemasan yang agak tahan lama.

Kaca Terbaja (Tempered Glass) – ini adalah pilihan terbaik. Kaca terbaja lebih tebal dan lebih kuat daripada pelindung plastik. Skrin anda akan lebih tahan daripada calar dan kerosakan lain yang boleh dilihat.

Semoga skrin telefon anda mampu bertahan lebih lama dengan tips ini! Untuk lebih banyak tips dan ilmu berkaitan telefon bimbit, ikuti kami di laman sosial FixBay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *