Tempah TV AI Samsung Dan Dapatkan Ganjaran RM1,199

Samsung tahun ini mempunyai koleksi televisyen dengan Samsung Vision AI. Bermula 28 April iaitu hari ini sehingga 12 Mei 2025, Samsung Malaysia menawarkan ganjaran bernilai RM1,199 bagi yang menempah televisyen AI baharu ini.

Percuma Galaxy Watch7 Percuma

Untuk mendapatkan ganjaran ini, ia adalah sepasang jam tangan pintar Wear OS Galaxy Watch7 (Bluetooth, 40mm). Anda layak menerima jam ini jika anda melalukan tempahan untuk produk seperti model-model terpilih Samsung AI TV 2025 dari 13 Mei sehingga 1 Jun 2025. Kenapa anda akan menerima jam ini adalah kerana wujudnya ciri Universal Gesture yang membenarkan anda menjadi pahlawan Jedi dengan televisyen Samsung.

Antara gestur menarik yang anda boleh cuba:

  • Goncang pergelangan tangan untuk aktifkan mod menunjuk.
  • Cubitan jari untuk pilih item.
  • Genggam tangan untuk kembali ke skrin sebelum.
  • Genggam dan lepas dua kali untuk ke Home.
  • Gerakkan tangan ke depan belakang untuk main/jeda.
  • Pusing bezel jam untuk tatal menu.
  • Tutup skrin jam untuk keluar dari mod tetikus.

Anda boleh tuntut jam ini dengan kod yang anda akan terima jika mendaftar melalui https://samsung.com/my/tvs/handraiser.

Gunakan Samsung Reservation+ (SR+)

Untuk mudahkan anda dapat jam ini percuma apabila ingin membeli televisyen AI Samsung, anda perlu gunakan perkhidmatan Reservation+ (SR+) dari 28 April ke 12 Mei, dan dengan membeli baucar tempahan RM100. Pembelian ini melayakkan anda menerima baucar RM800 yang boleh digunakan di kedai atas talian Samsung yang rasmi. Jika anda tidak ingin menggunakan nilai RM800, ia akan kembali menjadi nilai RM100 untuk penggunaan dari 2 Jun ke 30 Jun 2025.

Tempah dengan Samsung Reservation+ di sini: https://samsung.com/my/gift-card/e-vouchers/pre-registration-tv-evoucher


Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram