Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Tanda-tanda Bateri Telefon Anda Kong & Tips Yang Perlu Anda Tahu

Jika jantung adalah organ utama untuk badan manusia, bateri pula adalah komponen utama dalam telefon pintar. Bateri condemn atau kong bukan sahaja sering terjadi pada bateri kereta, malah juga terjadi kepada telefon pintar. Punca yang sering dilakukan oleh pengguna telefon pintar sehingga bateri kong adalah seperti menggunakan telefon semasa mengecas. Anda kena alert dengan 3 tanda-tanda berikut:

Bateri Masih Penuh Tapi Telefon Dah Terpadam

Mesti anda selalu alami situasi ini, kan? Peratus bateri penuh tetapi semasa nak menggunakan aplikasi TikTok misalnya, telefon terpadam secara tiba-tiba. Nak marah, tetapi kena sabar. Tambahan pula, bila nak hidupkan semula, terpancar signal battery low di layar skrin.

Mereka yang mengalami situasi ini terpaksalah membawa powerbank ke sana sini untuk mengelakkan telefon terpadam secara tiba-tiba. Selalunya kalau jadi begini, dah sahlah bateri telefon anda dah kong. Nak on kan semula perlu cas pula. Ish ish, kesian.

Tak Sampai 1 Jam Bateri Dah Habis

Selalunya boleh main Mobile Legends sehingga 5-6 jam, eh tapi kali ini tak sampai 1 jam dah keluar signal merah. Apa boleh buat, kena cucuk charger lah kesudahannya. Kalau dibiarkan, sampai ke sudah telefon anda terpadam. Ha dah cucuk tu, jangan pula main game. Biar sahaja sehingga peratus bateri anda penuh.

Punca utama bateri anda cepat kong adalah disebabkan selalu menggunakannya sambil cas. Tak pun, dah cas dibiarkan sehingga keesokan pagi. Peratus bateri hanya 100 walau dicas berhari-hari, belum pernah lagi dicipta telefon pintar dengan kapasiti bateri 1000%. Dah kong, menyesal pun dah tak berguna. Terpaksalah ‘terbang’kan duit demi kesejahteraan telefon tercinta.

Dah Cas Lama Tapi Bateri Masih 0%

Kadang-kadang tu menyirap juga kan, kita dah berpeluh-peluh bersiap nak pergi vacation, bila check bateri telefon, nah masih 0% walaupun dah berjam-jam cas. Terpaksa heret powerbank lagilah nampaknya. Ha, kalau nak tahu ini juga tanda bateri telefon anda dah kong!

Gunalah adapter jiran belakang rumah ke, jiran kiri ke, kanan ke, tetap tak akan berhasil. Kadang-kadang tu, peratus dah naik, eh tapi berhenti di peratus tertentu. Aduh, kacau betul! Apa yang perlu anda lakukan? Tukar bateri barulah jawabnya.

Ada Cara Ke Nak Elak Bateri Kong?

"Kalau bateri saya tiada tanda-tanda tersebut, masih selamat ke maksudnya?"

Ha, jangan terlalu yakin sekiranya anda belum aplikasikan tips ini! Tapi, janganlah hanya sekadar baca dan lihat sahaja. Kenalah praktikkan apa yang anda dah belajar, barulah bermanfaat! 

Tips 1: Guna Pengecas Original

Selalunya kalau kita beli telefon pintar dari mana-mana cawangan kedai alat elektronik, mereka akan bekalkan pengecas dan adapter yang original dari brand telefon pintar anda. Tetapi, kalau anda beli telefon pintar terpakai, selalunya tidak dibekalkan dengan pengecas original. Ha, untuk situasi ini, pastikan anda tidak menggunakan adapter atau pengecas dari telefon pintar lama anda melainkan kedua-duanya dari brand yang sama.

Sekiranya berbeza, eloklah jika anda ke kedai elektronik dan beli pengecas yang original. Paling mudah, segera tuju ke mana-mana cawangan brand telefon pintar anda, Samsung misalnya dan buat pembelian pengecas dari cawangan tersebut. Lebih mudah dan selamat!  Ini kerana, setiap telefon mempunyai spesifikasi kapasiti kuasa dan arus yang berbeza.

Pada tahun 2017, Berita Harian memaparkan sebuah insiden yang berlaku di Shah Alam berkaitan kebakaran yang berpunca dari pengecas telefon bimbit. Insiden ini merupakan sebab mengapa pengguna wajib menggunakan alat pengecas original untuk mengelakkan insiden yang sama berlaku.

Tidak menjadi kesalahan juga sekiranya anda lebih memilih untuk membeli di atas talian. Contohnya, seperti di Shopee tetapi pilihlah e-Mall untuk keselamatan anda kerana kebanyakan barangan yang dipaparkan penjual-penjual di Shopee adalah yang tidak tulen dan akan menjejaskan prestasi telefon pintar anda.

Tips 2: Jangan Biarkan Telefon Anda Terpadam Dengan Sendiri

Mesti ramai yang melakukan perkara ini, kan? Kadang-kadang itu, bateri dah betul-betul 1%, barulah gelabah cari pengecas sana sini. Alih-alih, dah terpadam telefon itu. Kalau anda hendak tahu, bateri mengandungi kuasa untuk hidupkan motherboard dalam telefon pintar anda. Jadi, kalau selalu sangat anda biarkan ianya terpadam sendiri tanpa cas, alamatnya konglah jawabnya. 

Elakkan bateri anda 0% sepenuhnya. Lebih bagus jika peratus bateri anda sudah menjunam sekurang-kurangnya 10%, anda dah sambungkan dengan alat pengecas. Bateri anda selamat, duit anda lagilah selamat.

Kalau telefon anda mengalami tanda-tanda yang kami nyatakan di atas, segeralah bawa telefon pintar anda untuk dibaiki. Lebih mudah jika anda menggunakan khidmat kami di FixBay. Lawati cawangan kami yang berdekatan dengan anda. Pastinya technician kami yang pakar akan segera membantu pulihkan telefon pintar anda.

One comment on “Tanda-tanda Bateri Telefon Anda Kong & Tips Yang Perlu Anda Tahu”

Leave a Reply to Tips Penjagaan Telefon Bimbit Yang Perlu Anda Ketahui! — FixBay Smartphone Repair Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)