Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
alhamdulillah setelah melalui pelbagai cabaran, akhirnya laman sesawang rasmi FixBay Sdn Bhd telahpun beroperasi untuk memberikan manfaat kepada semua pengunjung. Laman ini akan berfungsi sebagai hentian setempat (one stop center) untuk anda mendapatkan info, tips, maklumat dan perkhidmatan berkaitan topik pembaikan.
Pada permulaan ini, kami akan memfokuskan topik pembaikan telefon seperti iPhone untuk yang memerlukan. Ianya selaras dengan kewujudan FixBay untuk mengembangkan lagi perkhidmatan yang kami tawarkan. Jangan lupa untuk layari laman rasmi kami untuk lebih banyak info-info menarik yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.
JIka anda memerlukan sebarang perkhidmatan berkaitan, boleh kunjungi mana-mana pusat perkhidmatan yang disenaraikan di halaman FixBay Service Center ini.
Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan proses baik pulih telefon pintar seperti iPhone dan peranti Android seperti Samsung dan sebagainya. Kami akan berusaha keras untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cemerlang di bawah payung FixBay pula.
Terima kasih diucapkan kepada semua atas sokongan selama ini, tanpa sokongan anda semua, pasti sukar untuk kami meneruskan perkhidmatan yang baik setakat ini.
Selamat datang kami ucapkan.
Apple watch SE saya tak boleh nak switch on, bile charge kadang screen hidup tapi berkelip kelip dan sekarang terus blank je, bila lagi takde apa apa respon.. boleh saya tahu range harga untuk baiki apple watch berdsarkan apa yg saya berithu di atas