Samsung Galaxy Ring Kini Di Malaysia - RM2,099

Akhirnya, selepas sekian lama menanti - Samsung Galaxy Ring kini dijual di Malaysia pada harga RM2,099. Galaxy Ring adalah cincin pintar untuk memantau tahap kesihatan dan kecergasan pengguna.

Ia dimuatkan dengan pelbagai sensor untuk memastikan pengguna tidur lena, bernafas dengan baik, mempunyai degupan jantung baik dan banyak lagi

Cincin ini walau bagaimanapun terhad kepada saiz 5 ke 14 sahaja dengan tempahan mengambil masa selama 6 minggu.

Galaxy Ring juga adalah cincin yang hanya boleh digunakan dengan aplikasi Samsung Health. Selain itu, ia hanya boleh dibeli oleh pengguna Galaxy S dan Galaxy Z sahaja.

Baterinya bertahan sehingga 7 hari, namun ia turut bergantung kepada saiz cincin. Adakah anda akan membeli cincin ini atau mencari jenama lain seperti Ultrahuman Ring yang jauh lebih murah di Malaysia?

Some rights reserved  © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)