ASUS ROG Xbox Ally Rasmi - ROG Ally X Yang Lebih Berkuasa Untuk 2025

ROG Ally X atau ROG Xbox Ally? ASUS Republic of Gamers (ROG) telah melancarkan konsol permainan mudah-alih baharu dengan siri ROG Xbox Ally.

ROG XBOX Ally & Ally X - Pesaing ROG Ally X

Dibangunkan melalui kerjasama strategik bersama pasukan Xbox di Microsoft, dua model baharu iaitu ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X diperkenalkan dengan rekaan yang ditambah baik, perisian yang lebih lancar, dan spesifikasi dalaman terkini yang lebih berkuasa.

Kerjasama Strategik Lahirkan ROG Ally X Lebih Berkuasa

Perubahan paling ketara pada siri ROG Xbox Ally berbanding ROG Ally X biasa adalah pengalaman perisiannya. Berbeza dengan model sebelumnya yang bergantung pada Armoury Crate SE, siri baharu ini membawakan pengalaman skrin penuh Xbox sebaik sahaja peranti dihidupkan.

Secara tidak langsung pengalaman Xbox yang tulen dalam bentuk ROG Ally X yang sudah dikenali ramai dapat dialami.

ROG Ally X dengan pengalaman Xbox

Walaupun antaramuka ini dioptimumkan untuk navigasi menggunakan butang dan analog, ia masih dikuasakan oleh Windows 11. Ini bermakna pengguna tidak kehilangan fleksibiliti platform PC.

Permainan daripada pelancar lain atau modifikasi masih boleh diakses dengan mudah, memberikan gabungan terbaik antara ekosistem konsol Xbox dan kebebasan penggunaan PC Windows pada sebuah peranti seakan ROG Ally X.

Mungkin menarik minat anda? - Tingkatkan Permainan Anda: 5 ciri telefon yang terbaik untuk gaming pada 2024

Dua Model Untuk Keperluan Prestasi Berbeza

ROG menawarkan dua varian untuk siri ini, setiap satunya disasarkan untuk segmen pengguna yang berbeza. Ia memudahkan pengguna yang sudah mengenali ROG Ally dan ROG Ally X.

Model utama, ROG Xbox Ally X, dikuasakan oleh pemproses AMD generasi baharu, iaitu Ryzen AI Z2 Extreme. Cip ini bukan sahaja menawarkan kuasa yang tinggi untuk permainan AAA, tetapi turut dilengkapi dengan NPU (Neural Processing Unit) untuk membolehkan ciri-ciri berasaskan AI kekal efisien untuk sekarang dan masa hadapan.

Ia dipadankan dengan spesifikasi mercu mencapai 24GB RAM LPDDR5X-8000, storan 1TB SSD, dan bateri sebesar 80Wh.

Model asas, ROG Xbox Ally, pula dijana oleh pemproses AMD Ryzen Z2 A yang memfokuskan kepada penggunaan kuasa yang lebih cekap. Walaupun direka untuk prestasi setaraf konsol, tumpuan utamanya adalah untuk memanjangkan hayat bateri semasa permainan dengan tetapan watt rendah, bersama bateri 60Wh.

Kedua-dua cip menyokong suite perisian terkini AMD seperti FidelityFX Super Resolution (FSR) dan AMD Fluid Motion Frames (AFMF) untuk meningkatkan kadar bingkai.

Ergonomik Diperbaharui Sepenuhnya Berbeza Dengan ROG Ally X

Mendengar maklum balas pengguna, ROG telah mereka bentuk semula tubuh peranti ini sepenuhnya. Cengkaman tangan kini diinspirasikan daripada alat kawalan Xbox, menawarkan keselesaan yang lebih baik untuk sesi permainan yang jangka masa panjang. Tekstur pada bahagian tapak tangan juga ditambah baik untuk cengkaman yang lebih selesa.

Khusus untuk model ROG Xbox Ally X, ia turut dilengkapi dengan impulse triggers, memberikan maklum balas haptik yang lebih jitu dan imersif dalam permainan yang menyokongnya.

Spesifikasi Penuh ROG Xbox Ally X dan ROG Xbox Ally - Pesaing ROG Ally X?

SpesifikasiROG Xbox Ally X (2025)ROG Xbox Ally (2025)
PemprosesAMD Ryzen AI Z2 Extreme ProcessorAMD Ryzen Z2 A Processor
Paparan7" FHD (1080p) IPS, 120Hz, 500 nits, FreeSync Premium, Gorilla Glass Victus + DXC7" FHD (1080p) IPS, 120Hz, 500 nits, FreeSync Premium, Gorilla Glass Victus + DXC
Memori24GB LPDDR5X-800016GB LPDDR5X-6400
Storan1TB M.2 2280 SSD512GB M.2 2280 SSD
Input TambahanImpulse triggersHall Effect analog triggers
Bateri80Wh60Wh
Port I/O1x USB4, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1x UHS-II microSD, 1x jek audio 3.5mm2x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1x UHS-II microSD, 1x jek audio 3.5mm
RangkaianWi−Fi 6E(2×2)+Bluetooth⊗5.4Wi−Fi 6E(2×2)+Bluetooth⊗5.4
Berat715 gram670 gram
Dimensi290.8(W)×121.5(D)×50.7(H)mm290.8(W)×121.5(D)×50.7(H)mm

Baik Beli Edisi Xbox Atau Setia Dengan ROG Ally X?

Kedua-dua model ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X akan dilancarkan pada musim cuti 2025 di pasaran terpilih termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Singapura dan beberapa negara Eropah.

Ketersediaan untuk pasaran lain seperti Malaysia dijangka akan menyusul di kemudian hari. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga jualan rasmi diumumkan. Pengguna yang berminat boleh mendaftar di laman web rasmi ROG untuk mendapatkan notifikasi apabila pra-tempahan dibuka.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram