REDMAGIC 10 Air Kini Rasmi Di Malaysia - Harga Bermula RM2699

Nubia kembali mencabar definisi gaming phone moden menerusi peranti terbaharu mereka, REDMAGIC 10 Air yang dilancarkan pada 29 April 2025. Peranti berprestasi tinggi, model ini hadir bukan sahaja dengan spesifikasi yang terbaik dalam kelasnya, tetapi juga rekaan yang lebih refined dan minimalis.

Rekaan - Bukan Seperti Fon Gaming

Kebanyakan telefon gaming cenderung tampil dengan estetika cyberpunk yang keterlaluan, lampu RGB di sana sini, tulisan futuristik, dan rekaan agresif yang kadang-kadang lebih mengingatkan kepada Alienware berbanding telefon. Namun, REDMAGIC 10 Air memilih pendekatan lebih matang.

Dengan ketebalan hanya 7.855mm dan berat 205g, ini mungkin antara telefon gaming paling nipis dalam pasaran. Bingkai tengah diperbuat daripada aluminium, memberi rasa premium dan kukuh tanpa perlu berlebihan.

Skrin Besar dan Boleh Dikatakan Hampir Tiada Bezel

REDMAGIC 10 Air menampilkan skrin 6.8 inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Kecerahan maksimum mencecah 1,600 nits, menjadikannya mudah dilihat walaupun di bawah cahaya matahari. Nisbah skrin-ke-badan mencecah 93.7%, memberikan pengalaman visual yang hampir tanpa gangguan — sesuai untuk permainan kompetitif mahupun tontonan video.

Cip Pemprosesan - Snapdragon 8 Gen 3 Terkini Untuk Proses AI

REDMAGIC 10 Air dijana oleh cip Snapdragon 8 Gen 3, pemproses pertama di dunia yang menyokong model generative AI sehingga 10 bilion parameter secara on-device. Ini bukan sahaja mempercepatkan prestasi biasa, malah membuka jalan kepada pengalaman AI seperti penjanaan kandungan, terjemahan masa nyata, dan pembantu pintar – semuanya tanpa perlu sambungan ke awan.

Bateri Boleh Tahan Sehingga 28 jam!

Untuk menyokong prestasi tinggi ini, telefon dilengkapi bateri 6,000mAh. Menurut Nubia, ini mampu bertahan sehingga 28 jam penggunaan. Ia juga menyokong 80W pengecasan pantas, yang bermakna anda boleh kembali ke medan perang dalam masa yang singkat selepas mengecas.

Sistem Penyejukan - Teknologi Laptop Dalam Poket?

Antara perkara paling menarik ialah sistem penyejukan 9 lapisan ICE Cooling System, termasuk penggunaan logam cecair — teknologi yang kebiasaannya ditemui dalam komputer riba gaming. Adaptasi ini dijangka membolehkan suhu kekal terkawal walaupun semasa sesi permainan berjam-jam.

2 Variasi Pilihan Yang Ditawarkan Dengan Diskaun Sehingga RM800 dan percuma REDMAGIC Cooler 6 Air bernilai RM199 hanya untk belian secara online bermula 5 - 31 May 2025 sementara stok masih ada.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram