Predator Orion 7000, Helios 18 AI & Monitor OLED 4K Baharu Rasmi Di Malaysia

Acer Malaysia hari ini mengumumkan barisan produk gaming baharu dalam siri Predator, termasuk sebuah desktop berkuasa tinggi, dua laptop gaming dengan kuasa AI, dan monitor OLED 4K yang menyokong kadar segar semula sehingga 480Hz! Barisan ini bukan sahaja memberi nafas baharu kepada pasaran gaming lokal, malah turut menunjukkan komitmen Acer dalam membekalkan teknologi tercanggih kepada peminat e-sukan dan pencipta kandungan digital.

Predator Orion 7000 – Desktop Gaming Paling Padu?

Desktop Predator Orion 7000 kini hadir dengan kombinasi paling ganas setakat ini — Intel Core Ultra 9 285K dipadankan dengan NVIDIA GeForce RTX 5080 serta 64GB RAM dan SSD 2TB. Kombinasi ini bukan sahaja menawarkan kuasa pemprosesan yang luar biasa, malah sesuai untuk pencipta kandungan yang memerlukan kuasa rendering tinggi.

Bukan itu sahaja, sistem penyejukan pun bukan calang-calang: ada liquid cooling, kipas khas Predator CycloneX 360, dan pencahayaan ARGB yang boleh dikustom sepenuhnya mengikut citarasa pengguna. Reka bentuk casis juga moden dan futuristik, lengkap dengan panel lutsinar untuk menonjolkan komponen dalaman yang memukau.

Kalau nak main game AAA tanpa kompromi, ini mesin yang boleh bawa anda ke medan perang digital tanpa lag. Tambahan pula, desktop ini sokong WiFi 7 dan Thunderbolt 4 — memang future-proof dan sangat sesuai untuk mereka yang mahukan prestasi tanpa had.

Harga: RM15,999

Tersedia sekarang di Acer eStore, Shopee & Lazada

Freebie: Kerusi gaming Predator (RM1,299) + RM150 Touch ’n Go eWallet (hingga 15 Mei)

Predator Helios 18 AI – Laptop Ganti Desktop

Laptop ini boleh dikatakan “desktop dalam bentuk laptop”. Dikuasakan Intel Core Ultra 9 275HX, RTX 5080, dan paparan Mini LED 18 inci 2K 250Hz, ia menyokong hingga 192GB RAM & 6TB SSD! Sesuai untuk hardcore gamers dan pengguna profesional yang mahukan prestasi maksimum dalam bentuk mudah alih.

Yang menarik, sistem penyejukan AeroBlade Gen 6 gunakan bilah logam ultra nipis, dan ada thermal grease jenis liquid metal untuk penyejukan maksimum walaupun ketika sesi gaming atau rendering paling berat.

Highlight lain:

  • MagKey 4.0 untuk kunci WASD/Arrow (boleh tukar gaya ikut keselesaan)
  • RGB lighting boleh ubah ikut selera, dengan zon pencahayaan individu
  • Thunderbolt 5, WiFi 7, dan per-key RGB lighting untuk pengalaman lebih peribadi

Bukan sekadar kuasa semata, rekaan Helios 18 AI turut memukau dengan lampu RGB gaya “InfiniteRing” di bahagian palm rest, jalur MilkyWay RGB belakang dan logo Predator bercahaya.

Harga: RM19,999 (RTX 5080)

Pra-tempah sehingga 15 Mei 2025

Termasuk beg rolltop Predator (RM599) + Monitor RM899 pada harga RM35 + RM150 eWallet!

Predator Helios Neo 16S AI – Slim Tapi Power

Untuk gamer dan content creator yang nak laptop berkuasa tapi tak besar gedabak, ini jawapannya. Ketebalan cuma 12mm, tapi dalamnya ada Intel Core Ultra 9, RTX 5070 Ti, dan paparan OLED 2K 240Hz yang menghasilkan visual menakjubkan.

Siap dengan RAM 32GB, SSD 1TB dan slot tambahan kalau nak naik taraf. Penyejukan pun mantap guna AeroBlade Gen 5 dan liquid metal thermal paste. Gabungan ini membolehkan laptop mengekalkan prestasi tinggi tanpa sebarang throttling walaupun digunakan lama.

Ia juga hadir dengan sokongan penuh untuk NVIDIA Studio, menjadikannya pilihan tepat bagi pereka grafik, editor video dan pereka 3D.

Harga: RM11,999

Pra-tempah dari 15 hingga 31 Mei 2025

Hadiah sama seperti Helios 18 AI

Predator X32 X3 – Monitor OLED 4K Dengan 480Hz?!

Monitor ini memang syurga visual untuk gamer kompetitif dan pereka visual. Saiz 31.5 inci, resolusi 4K OLED, sokong 240Hz native atau hingga 480Hz di FHD menggunakan teknologi DFR (Dynamic Frequency & Resolution).

Ciri menarik:

  • DCI-P3 99%, Delta E<1 untuk warna tepat dan konsisten
  • G-SYNC & FreeSync Premium Pro untuk gerakan lancar tanpa screen tearing
  • HDR True Black 400, response time hanya 0.01ms untuk aksi pantas
  • Port lengkap: HDMI 2.1, DP 1.4, USB-C (90W), siap jadi USB hub dengan speaker stereo built-in

Bukan sahaja untuk gaming, monitor ini juga ideal untuk suntingan video dan grafik profesional. Ia datang dengan pensijilan Eyesafe 2.0 dan rekaan ergonomik yang boleh laras tinggi, condong dan putar.

Harga: RM4,999

Free: Headset Predator Galea 315 (RM199) + diskaun RM500 hingga 15 Mei

Acer Aspire 7 – Pilihan “Budget Gamer”

Sesuai untuk gamer kasual atau pelajar yang nak laptop boleh kerja dan main game sikit-sikit. Dilengkapi Intel Core i5-12450H dan RTX 3050, paparan 15.6" FHD 144Hz, serta RAM 16GB dan SSD 512GB. Boleh upgrade hingga 64GB RAM dan tambah storan NVMe jika diperlukan.

Aspire 7 turut hadir dengan waranti 2 tahun termasuk waranti antarabangsa untuk tahun pertama. Sangat sesuai sebagai laptop serba boleh untuk belajar, bekerja dan hiburan ringan.

Harga: RM3,299

Mula dijual 9 Mei

Dapat speaker mini + RM80 eWallet

Untuk maklumat lanjut atau nak tengok spesifikasi penuh, boleh lawat Predator Malaysia Facebook atau terus ke laman Acer eStore dan kedai rasmi Shopee/Lazada mereka. Jangan lupa rebut tawaran dan ganjaran promosi sebelum tamat!

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram