Poco telah melancarkan peranti baharu mereka, Poco C71, yang memfokuskan kepada penggunaan asas harian dengan harga jualan RM299 sahaja. Menariknya, peranti ini hadir dengan reka bentuk yang menyerupai iPhone 16, memberikan penampilan premium pada harga mampu milik.
Poco C71 dilengkapi paparan IPS LCD HD+ bersaiz 6.88-inci, menjadikannya sesuai sebagai peranti kedua atau pilihan ideal untuk kanak-kanak. Ia dijana oleh cip UNISOC T7250 (12nm), dengan padanan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman sebesar 128GB.
Dari segi fotografi, peranti ini menyertakan kamera utama 32MP di bahagian belakang dan kamera swafoto 8MP di hadapan. Selain itu, ia juga menawarkan sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, dan pengimbas cap jari di bahagian sisi untuk kemudahan tambahan.
FixBay menyarankan Poco C71 sebagai pilihan peranti kedua yang berbaloi memandangkan kos baik pulihnya sangat rendah. Dengan harga mampu milik seperti ini, pilihan di tangan anda baik pulih atau terus beli baharu?